17 Oktober 2010

PERINGATAN KEPADA PUCUK KEPIMPINAN UMNO: ANCAMAN PENULARAN FENOMENA PERKAUMAN POPULAR DI KALANGAN UMAT MELAYU

Umat Melayu di Malaysia masakini dikhuatiri sedang dilanda fenomena psiko-sosial massa sama seperti yang menggerakkan suku kaum majoriti Germanic di Jerman untuk mengupayai pergerakan Nazi Hitler Jerman dalam usaha mengguling rejim nasionalis konservatif Republik Weimar di Berlin yang dilihat pro-suku kaum minoriti Yahudi, pada tahun 1933

SEGAMAT: Suatu Khidmat Pesanan Ringkas yang dikirim seorang kenalan dari Selangor yang merupakan seorang aktivis Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) pada 15 Oktober, ditulis seperti berikut:

"Selamat datang ke Pesta Puji Memuji UMNO yg akan berlangsung dari 19hb hingga 23hb Okt ini di PWTC. Satu pesta yang pasti terus melemahkan parti keramat org Melayu yang sememangnya sudah semakin lemah. Pesta ini lebih membimbangkan dari pesta muda mudi yang kononnya lupa diri. Muda mudi yang lupakan diri boleh diselamatkan oleh pemimpin yang kuat jati dirinya. Tapi kalau pemimpin sudah lupa diri jgn kata muda mudi, bangsa tak dapat diselamatkan, bahkan negara juga boleh tergadai. Wahai perwakilan ke Pesta Puji Memuji UMNO, insaflah.Bangsa mu semakin dihina. Agamamu telah dinodai kesuciannya, Tanahair mu hampir dirampas. Fikir2lah, tegurlah pemimpin mu dengan berani. Berani kerana benar. Berani kerana Agama mu, Bangsa mu dan Tanahair mu. "

Pelbagai tuntutan keterlaluan dari kepentingan bukan Melayu sejak akhir-akhir ini, ditambah dengan semacam pendekatan appeasement atau pujukan yang diambil pucuk kepimpinan kerajaan yang diterajui UMNO dalam menangani tuntutan berkenaan, dikhuatiri sedang melahir dan memupuk satu sab-budaya (sub-culture) atau budaya kontra (counter-culture) anti-establishment popular di kalangan suku kaum majoriti Melayu di Malaysia masa kini.

Petanda timbulnya gejala psiko-sosial ini di kalangan massa Melayu, hatta di kalangan ahli-ahli parti establishment UMNO sendiri, antara lainnya, dapat jelas dilihat dari popularitI mendadak bukan sahaja PERKASA, bahkan pelbagai NGO lain yang menganuti agenda perjuangan bangsa yang sama.

Fenomena psiko-sosial seperti ini adalah sama seperti apa yang pernah dihadapi suku kaum majoriti Germanic (pecahan dari kumpulan suku kaum besar Aryan di Eropah) pasca selepas kekalahan negara Jerman dalam Perang Dunia Pertama.

Apa yang popular digelar oleh kalangan ahli Sains Kemasyarakatan Barat sebagai fenomena sab-budaya volkisch di kalangan kaum Germanic inilah merupakan asas kepada ideologi sosialis nasional Parti Nazi Hitler yang berjaya merampas kuasa dari rejim Republik Weimar di Berlin tanggal 30 Januari 1933, dan seterusnya menegakkan kerajaan Third Reich yang menawan keseluruhan benua Eropah, kecuali kepulauan British, dalam Perang Dunia Kedua.

Hasil kajian ahli Sains Kemasyarakatan Barat rata-ratanya membuktikan bahawa sab-budaya atau budaya kontra volkisch di kalangan suku kaum Germanic ini timbul hasil fenomena kompleks rendah diri umum (collective inferiority complex) di kalangan suku kaum dominan berkenaan ekoran kekalahan negara mereka di dalam Perang Dunia Pertama.

Fenomena ini telah dijelaskan kalangan sejarahwan dan ahli Sains Kemasyarakatan sebagai akibat dari tindakan rejim konservatif nasionalis Republik Weimar di Berlin tunduk kepada syarat-syarat armistice pihak Berikat – diterajui kuasa-kuasa Anglo-Amerika-Perancis yang pro suku kaum minoriti Yahudi Jerman – dengan menandatangani perisytiharan kalah perang tahun 1918 itu.

Dalam pada itu, milieu sab-budaya volkisch – pada asasnya mengimpikan penebusan maruah kaum Germanic melalui perjuangan menangani kedajalan, intrig dan desepsi suku kaum minoriti Yahudi yang berpengaruh – itulah yang telah menggemilangkan secara mendadak nama tokoh Nazi Jerman, Hitler dan, orang kuatnya melalui pertubuhan Schutzstaffel (SS) Nazi, Heinrich Himmler.

Hitler yang ketika itu hanya merupakan seorang bekas askar berpangkat Korporal dalam Perang Dunia Pertama, dan Himmler, seorang anak guru sekolah yang sedang menuntut di dalam bidang pertanian di Universiti Munich, telah dari seawal tahun 1920an dapat mengesan fenomena psiko-sosial popular ini di kalangan anak bangsa mereka, lantas mempopularkan gerakan Nazisme yang kemudiannnya dilihat kuasa Anglo-Amerika Barat yang pro minoriti Yahudi Jerman sebagai bersifat ekstremis perkauman.

Kejayaan Hitler yang dianggap sebagai Fuhrer (bapa bagi bangsa Germanic) - dengan dibantu oleh Reichsfuhrer SS Himmler yang digeruni kalangan suku kaum minoriti tapi dihormati oleh masyarakat Germanic – adalah kerana bercambahnya persepsi popular di kalangan masyarakat suku kaum dominan itu bahawa kekalahan negara mereka di tangan pihak Berikat adalah angkara kelemahan kepimpinan konservatif nasionalis di Berlin yang dilihat terlalu dipengaruhi suku kaum minoriti Yahudi; lantas dilihat sebagai kepimpinan kerajaan pusat yang lemah lantaran mengambil pendekatan appeasement terhadap segala kehendak suku kaum minoriti berkenaan yang ternyata pro-Berikat/Anglo-Amerika-Perancis.

Fenomena inilah yang menelurkan apa yang dilihat oleh blok Anglo-Amerika-Perancis itu sebagai fahaman fasis Nazisme yang dianuti kuasa-kuasa Axis Jerman/Jepun/Itali/Sepanyol di dalam Perang Dunia Kedua.

Jika Hitler dan Himmler dapat mengesan menularnya fenomena sab-budaya volkisch ini di kalangan anak bangsa mereka dan menumpang “tui” dari fenomena psiko-sosial itu kerana kedua-duanya bukan kalangan elit politik konservatif nasionalis yang memerintah ketika itu, maka begitulah juga dikhuatiri akan berlaku di kalangan umat Melayu di negara ini, khususnya kalangan generasi pelapis bangsa berpelajaran, yang tampaknya kian bingung atau disillusioned dengan gelagat elit kepimpinan negara diterajui UMNO dalam melayani tuntutan bukan Melayu mutakhir.

Kecelaruan persepsi di kalangan massa Melayu ini digawatkan lagi dengan apa yang popular dilihat sebagai satu gerakan oleh elit kepimpinan mutakhir UMNO untuk mengganti ideologi asas Kebangsaan Melayu anutan Parti itu sejak tahun 1946 dengan sesuatu yang dikhuatiri seiring dengan gagasan Malaysian Malaysia anjuran bekas Perdana Menteri Singapura, Harry Lee Kuan Yew sekitar tahun 1960an ketika Singapura masih berada di bawah Persekutuan Tanah Melayu; dan selama ini diwarisi parti pembangkang tempatan DAP.

Persepsi berbahaya di kalangan umat Melayu ini bercambah ekoran kekeliruan secara berterusan tentang aspirasi sebenar di sebalik gagasan 1 Malaysia anjuran Perdana Menteri Ke 6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Malah gelagat penuh tanda tanya pucuk kepimpinan UMNO masakini itu, selaku teras pucuk kepimpinan Malaysia, turut dilihat sebagai tunduk kepada tekanan geo-politik dan ekonomi dari kepentingan Yahudi-Nasrani global untuk menegakkan arus globalisasi mengikut acuan mereka, dengan sokongan kuasa Anglo-Amerika mutakhir.

Perlu diingat bahawa aktivis PERKASA yang menghantar Khidmat Pesanan Ringkas di atas berusia pada sekitar 20an. Beliau berjaya mengumpul pengikut yang agak ramai untuk menyertai PERKASA di beberapa buah daerah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Malah beliau merupakan tenaga penggerak dalam mengadakan beberapa siri bengkel “jatidiri bangsa” ala work camps di bawah naungan PERKASA serta beberapa NGO Melayu yang seperjuangan dengannya.

Setakat ini siri bengkel berkenaan mendapat sambutan begitu menggalakkan dari kalangan orang Melayu di seluruh Negara.

5 ulasan:

radio ga ga berkata...

Adolf Hitler, Saddam Hussein, Gamal Abdel Nasser kesemuanya punyai satu musuh utama, Yahudi. Ini bangsa tidak akan duduk diam selagi seluruh umat manusia di serata dunia tunduk kepada kehendak mereka, yakni apabila mereka dapat membina Kuil Nabi Sulaiman di Bukit Zaitun, Baitul Maqdis, dan bandaraya itu menjadi pusat pentadbiran kerajaan Global yang diimpikan para pemuka penyembah iblis mereka sejak zaman berzaman. Dalam menjalankan perencanaan halus untuk menjajah umat manusia, kaum penyembah Iblis laknattullah ini pertama kalinya kenalah mengkompromi jatidiri kalangan kaum-kaum mahupun negara-bangsa yang terdapat di muka bumi ini. Kalau PM Malaysia Ke 6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak bijaksana dalam mengemudi negara melayari arus Globalisasi dan Orde Baru Dunia, percaturan puak Neo Konservatif pro Zionis di Amerika Syarikat, maka Malaysia bakal terperangkap buat selama-lamanya di dalam perencanaan halus kaum yang telah menyiksa para nabi sejak zaman berzaman lagi ini. Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

hello, jo...apa yang hang merepek ni?

SSS Admin berkata...

Makluman

Kajian Semula Sistem Pendidikan bersama UNESCO

Artikel susulan bloggers:-

The Story of The Satu Sekolah Memo

Perjuangan KEMPEN SSS kini berputik!

Terima Kasih.

SSS Admin berkata...

Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) amat berbangga dan berterima kasih di atas sokongan Tuan/Puan.

Kami percaya bahawa sokongan Tuan/Puan masih lagi berterusan walaupun kami dapati laman citra Tuan/Puan tidak lagi memaparkan logo SSS sebagai tanda sokongan. Walaupun begitu, kami ingin menyampaikan ucapan terima kasih di atas sokongan Tuan/Puan selama ini.

Kami sedang mengemaskinikan senarai e-Patriot kami dan amat berharap sekiranya Tuan/Puan dapat menghubungi kami melalui emel ataupun meninggalkan catatan di laman SSS (halaman e-Patriot), secepat mungkin, sekiranya maklumat kami ini tersilap ataupun Tuan/Puan memaparkan semula logo SSS di laman citra Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

emel kami : satusekolah@gmail.com

laman web kami : http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com

"SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA"

Admin SSS

Anita berkata...

Hello,
Adakah anda dari segi kewangan ke bawah? adalah perniagaan anda menangis untuk kebangkitan semula kewangan, adakah anda mendapatkan pinjaman di bank dan tangan pemberi pinjaman yang salah dan anda di mana menolak? mencari tiada lagi, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua yang mereka mahu adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda, menipu rakyat yang tidak berdosa dan meningkatkan kesakitan mereka. Kami adalah pemberi pinjaman yang boleh dipercayai dan kami memulakan program pinjaman ini untuk membasmi kemiskinan dan mewujudkan peluang untuk keistimewaan yang kurang untuk membolehkan mereka menubuhkan sendiri dan memulihkan perniagaan mereka. untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel: anitacharlesqualityloanfirm@gmail.com dan mengisi borang di bawah.

PEMINJAM'S DATA.
1) Nama Penuh: ......... 2) Negara: ...... 3) Alamat: ......... 4) Jenis Kelamin: ..................
5) Status Perkahwinan: ... ..... 6) Pekerjaan: .......... Number 7) Telefon: ........................... 8) Pada masa ini kedudukan di tempat kerja: .... ............ 9) Monthlyincome ...... ...................
10) Pinjaman Tempoh: ............... 11) Tujuan pinjaman: ............... 12) Agama: ............
13) Tarikh lahir: ........................

sila memohon syarikat yang sah, kejayaan anda adalah matlamat kami.