15 September 2008

MAKE WAY FOR THE SAKE OF NATIONAL SECURITY…A DIRE PLEA TO PM ABDULLAH AHMAD BADAWI

By The Guardian

Sir:

Five years into your administration of the nation has in its effect corroded the very foundation that our founding fathers have aspired for and built over the past 50 years or so.

What appears to be your single-minded but somewhat hasty attempt at national re-engineering post-Mahathir by introducing unbridled and alien neo-liberal policies has eaten into the very national foundation that UMNO and the Royal Malaysia Police, its two most enduring sentinels, have been jealously defending.

As a result, whatever semblance of decisive national authority, as a legacy of your predecessors, is diminishing within a relatively short span of your stewardship of the nation. Such is especially true in regard to the real and present menace facing the nation’s overall security.

Ominous evidences of your misguided and wayward policies on National Security are manifold, first and foremost being what was popularly perceived to be your pathetic and vain-glorious attempts at introducing openness in your administration.Such shoddy attempts at socio-political re-engineering have backfired on the administration by creating potentially divisive centrifugal effects on the inherently delicate balance of the nation’s plural Asian society.

Your themes of openness and outright democratization of the nation, had in actual fact empowered and mobilized myriad evil forces of racial and religious extremisms. This is so much so that certain elements within your Federal Cabinet are foolishly carrying out their own little suicidal campaigns against the preventive Internal Security Act (ISA).

In such particular case, what took certain segments of the opposition and other forces of anti-establishment decades to achieve is being achieved by your favorite mandarins within a matter of days of the present Muslim fasting month of Ramadhan.

If not for crusading initiatives by some of your ministers, the national security machinery itself, as well as the grassroots within UMNO – by boldly exercising their fundamental prerogatives – things could have been much worse than they are at present.

This plea is exclusively made with the question of National Security and Stability in mind, especially in view of the current worrisome developments affecting ethnic and religious harmony amongst segments of the nation’s plural society.

Sir,

If you continue to allow your leadership to pose as a detriment to internal security, public order and overall stability and security of the nation, then be prepared to accept the fact that you have irretrievably lost the qualification and credibility to lead our beloved nation.

12 September 2008

KETUANAN MELAYU

SEJAK Pak Lah menerajui kepimpinan Negara dan UMNO, timbul pelbagai kemelut berbahaya dalam suasana perhubungan kaum di dalam negara kita yang terdiri dari berbilang kaum. Ini mencapai kemuncaknya apabila Majlis Tertinggi (MT) UMNO bertindak menggantung hak keahlian Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Dato’ Ahmad Ismail kerana didakwa mengeluarkan kenyataan umum yang berbau perkauman. Atok melihat episod yang bakal tercatat secara prominent dalam lipatan sejarah politik tanahair ini telah menimbulkan semacam kesedaran dan keberanian baru di kalangan umat Melayu, khusus kalangan akar umbi di dalam UMNO, untuk mempertahankan maruah ketuanan bangsa mereka.
Berikut adalah antara bukti tentang kesedaran dan keberanian baru ini. Setelah sekian lama berehat, Atok terpanggil untuk mengaktifkan semula laman blog ini dengan artikel berikut yang merupakan luahan perasaan seorang ahli akar umbi pelapis muda UMNO yang hanya mahu dikenali melalui nombor keahlian di dalam parti.

Si Bongkok

KETUANAN MELAYU DALAM DILEMA : SUATU KELUHAN
Oleh :
Ahli UMNO 03455189

Saya terpanggil untuk menulis artikel ini memandangkan hati nurani ini sudah tidak tertahan melihat timbulnya pelbagai masaalah yang berkaitan dengan hubungan antara kaum di negara kita ini, khususnya yang berkaitan dengan survival bangsa Melayu. Segala yang berlaku ini adalah bertitik tolak dari keputusan Pilihanraya Umum Ke 12 (PRU 12) yang menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan lima buah negeri kepada pembangkang; pencapaian terburuk dalam sejarah BN mahupun UMNO.

Di sini, saya ingin memberi amaran dan mengingatkan kepentingan lain-lain kaum di negara ini agar tidak mempertikaikan gagasan ‘Ketuanan Melayu’ yang telah dipersetujui bersama ketika menuntut kemerdekaan dari penjajah British dulu.

Sejak itu, politik di Malaysia adalah berasaskan kekuasaan bangsa Melayu itu sendiri. Orang Melayu perlu menguasai politik di negara kita ini seperti mana orang-orang Cina menguasai politik di Singapura. Sepertimana yang dikatakan oleh orang lama UMNO iaitu Saudara Sulaiman Alias, dasar-dasar ‘Kemelayuan’ harus diakui orang-orang Cina di negara ini sebagaimana orang Melayu mengakui dasar-dasar ‘Kecinaan’ di Republik Singapura.

Politik aliran perdana Melayu yang ditunjangi UMNO lahir daripada keluhuran Kontrak Sosial yang bertunjangkan kemerdekaan negara itu sendiri. Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 terjadi akibat timbulnya usaha untuk menidakkan, mempersoal dan melanggar Kontrak Sosial di mana janji-janji yang dipersetujui bersama dahulu tidak dipenuhi ini sehingga mengancam kestabilan negara. Ekoran itu, Dasar Ekonomi Baru diwujudkan ekoran peristiwa 13 Mei 1969 bagi memenuhi janji-janji ‘ Kontrak Sosial yang dibuat pada tahun 1957.

Namun demikian, sejak akhir-akhir ini, jelas terdapat usaha yang dijalankan oleh kepentingan politik kaum-kaum tertentu di negara ini untuk mempersoalkan gagasan Ketuanan Melayu ini dengan hasrat untuk merosakkannya sambil memperbodohkan bangsa Melayu. Dalam hal ini, saya dengan tegas dan tanpa prejudis ingin memberi peringatan kepada kepentingan politik kaum tertentu ini agar mereka tidak keterlaluan dalam menyuarakan segala tuntutan.

Jika bangsa Melayu terlalu ditekan dan ditindas, kita pasti akan bertindak balas. Jika ini dibiarkan, tidak hairan jika berulang semula pertumpahan darah sepertimana yang berlaku pada tanggal 13hb Mei 1969.

Sejarah perjuangan bangsa Melayu telah membuktikan bahawa UMNO hanya akan dapat dihancurkan dari dalam oleh kalangan pemimpin palsu yang sewenang-wenang melaungkan slogan ingin menjaga kepentingan bangsa Melayu tapi sebenarnya bersekongkol dengan kaum tertentu bagi menghancurkan kedudukan bangsa Melayu itu sendiri.

Bagaimanakah kalangan pemimpin UMNO separuh masak ini akan dapat memberi jaminan bahawa Hak Ketuanan Melayu tidak terus diperjudikan oleh bukan Melayu.

Gagasan Ketuanan Melayu yang melahirkan Agenda Melayu bukannya merupakan suatu gerakan sosio-politik yang berasaskan pilih kasih, tetapi bertujuan memelihara hak keistimewaan orang Melayu seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Tetapi malang sekali, masih terdapat kepentingan kaum-kaum tertentu di negara ini yang masih berdegil dan enggan memahami hakikat itu. Selama ini, mereka tidak dihalangi dari memiliki sekolah sendiri, penggunaan bahasa, budaya dan agama ibunda mereka sendiri tanpa diganggu gugat oleh sesiapa pun.

Semua ini dapat dilakukan kerana Melayu, melalui UMNO, telah menunaikan janji. Pada hakikatnya, tanpa parti UMNO, masa depan lain-lain kaum belum tentu dapat terjamin. Tetapi apakah yang diperolehi oleh UMNO hasil daripada pengorbanan begitu besar.

Cabaran terhadap bangsa Melayu dan UMNO kian getir dan mencabar. Bangsa Melayu, tidak kira dari golongan mana dan bidang apapun, hendaklah sedar bahawa Ketuanan Melayu bukan satu slogan kosong yang boleh dipermudah begitu sahaja.

Perhatikanlah di sekeliling kita: berapa banyakkah lagi saki baki kuasa politik yang ada pada bangsa Melayu? Tanya diri kita: siapakah yang mengusai ekonomi Negara?. Siapakah yang menjadi pemilik baru segala hasil bumi di negara ini sambil membolot segala kekayaan darinya dan menyimpannya di luar negara?

Jawapannya mudah: gagasan Greater Singapore atau Singapura Raya rejim Harry Lee di Singapura sudahpun mula berputik di Malaysia; seperti juga gagasan Greater Israel sering mencerobohi malah mengganas di bumi Palestin serta juga kalangan negara–negara Arab berdaulat lagi merdeka yang bersempadan dengan negara haram Zionis Yahudi itu. Nauzubillah minzalik!

Bangsa Melayu, khususnya kalangan akar umbi mahupun pemimpin di dalam UMNO, perlu menghentikan segera amalan mendewa-dewakan pemimpin. UMNO dan bangsa Melayu perlu menghentikan amalan membina pemimpin yang tidak sepatutnya dibina dan disanjung. Apa yang perlu diambil kira adalah: apakah sumbangan kalangan pemimpin yang diangkat ini kepada Agama, Bangsa dan Negara, terutama dalam menjamin masa depan serta maruah anak cucu kita.

Kalangan akar umbi UMNO perlu membuktikan kepada dunia bahawa pemimpin perlu dipilih dari kalangan yang bermaruah supaya disegani dan digeruni baik oleh kawan mahupun lawan. Pemimpin yang bakal menerajui parti dan negara selepas ini perlu juga mempunyai ketokohan sekurang-kurangnya seperti Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein atau pun Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman.

Saya berkata demikian kerana masih terdapat segelintir ahli UMNO tidak jemu-jemu mengangkat pemimpin yang tidak penting kepada survival orang Melayu. Mereka secara terus menerus bersekongkol sama dalam usaha mempertahankan kalangan pemimpin yang terbukti langsung tidak berkebolehan untuk membela nasib bangsa Melayu, apatah lagi dalam mempertahankan maruah bangsa kita ini.

Adakah kita terus ingin mewujudkan dan membina kalangan pemimpin anak bangsa yang terdiri dari mereka yang tidak segan silu berkompromi dengan kepentingan lain-lain kaum ketika menghadapi tekanan dari mereka.

Pemimpin bacul lagi dayus dalam kategori ini pasti akan bertempiaran lari setiap kali disergah oleh bukan Melayu dengan isu-isu yang menyentuh hak ketuanan Melayu. Contoh paling jelas tentang ini adalah episod mencium keris oleh Dato’ Hishammudin. Beliau akhirnya terpaksa meminta maaf setelah menerima tekanan demi tekanan bukan sahaja dari pelbagai kepentingan bukan Melayu tetapi oleh kalangan pemimpin di dalam UMNO sendiri.

Pada hakikatnya kuasa politik Melayu telah pun berada pada peringkat awal kepupusan. Ini berlaku sejak kebelakangan ini atas sikap pucuk kepimpinan UMNO masa kini yang mengambil pendekatan appeasement atau terlalu bertolak ansur dalam menangani tekanan demi tekanan dari kepentingan bukan Melayu. Justeru terhamburlah dari bibir-bibir kalangan pemimpin berkenaan beberapa perkataan yang sudah menjadi cliche amat meloyakan seperti, bertolak ansur , persaudaraan , kembali kepada prinsip dan jangan menimbulkan kecoh.

Pada satu sudut kita mahu orang Melayu menjadi ‘ tuan ’ di negara ini tanpa sesiapa jua berani mencabar ‘ tuan ’ tersebut, tetapi dalam nada yang sama itu juga kita mahu bukan Melayu diberi kuasa yang hampir sama dengan orang Melayu. Lama-kelamaan, tanpa disedari oleh kalangan penggubal dasar itu sendiri, kita orang Melayu nescaya akhirnya mendapati diri kita terperangkap di dalam genggaman kepentingan bukan Melayu.

Bukankah ini senjata makan tuan namanya.

Kepupusan kuasa politik Melayu belum lagi berlaku sepenuhnya tetapi proses ke arah itu sedang berjalan tanpa disedari.

Terdapat segelintir pemimpin UMNO dan orang Melayu yang dilabelkan ‘orang baik’ dan dianggap ‘orang yang tidak menimbulkan kecoh ‘. Jika Orang Melayu diserang oleh bukan Melayu dengan tuntutan-tuntutan yang keras, kalangan pemimpin anak bangsa inilah yang akan mula-mula sekali merayu kepada ‘tolak ansur’.

Bukan salah sesiapa kalau kita terus mundur dan lemah, yang salah ialah kita sendiri kerana terlalu mengharapkan ‘orang baik’ menjadi pemimpin UMNO dan Kerajaan.

Malangnya, apabila muncul kalangan pemimpin UMNO dan Orang Melayu yang berani menentang kepentingan bukan Melayu yang sedang berusaha mencabar kepentingan anak bangsa, golongan pemimpin ‘orang baik’ dan ‘tidak kecoh’ ini pula yang mencemuh tindakan pemimpin Melayu yang berani mempertahankan maruah bangsa.

Tanyalah pada Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera, dia mungkin ada jawapannya.

Parti UMNO dan orang Melayu telah berkali-kali diuji. Kini, pada penghujung tahun 2008 , UMNO akan di uji sekali lagi. Adakah ahli-ahli UMNO sanggup terus melakukan kesilapan kerana menganggap kalangan pemimpin ‘orang baik’ dan ‘tidak kecoh’ itu baik untuk orang-orang Melayu dan survival Melayu.

Orang Melayu dan UMNO perlu insaf bahawa para pemimpin bukan Melayu yang berjaya mendesak mendapatkan Kerakyatan Malaya untuk penduduk bukan Melayu ketika dan selepas Negara mencapai kemerdekaan dari penjajahan British bukanlah dari golongan yang ‘baik-baik’ dan ‘tidak kecoh’, malah sebaliknya; merekalah yang paling ‘kurang ajar’ dalam memajukan tuntutan mereka kepada orang Melayu.

Adakah kita terlupa bagaimana terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei 1969?. Di manakah pemimpin-pemimpin Melayu yang ‘baik’ dan ‘tidak kecoh’ ini pada waktu itu. Jika tidak kerana adanya orang Melayu dan pemimpin Melayu yang ‘berani’ dan ‘ kurang ajar ’ pada waktu itu, mana mungkin wujudnya pemimpin ‘baik’ dan ‘tidak kecoh’ ini masa kini.

Cuba kita imbas kembali bagaimana Cina Queen, Harry Lee Kwan Yew mengambil Singapura dari orang Melayu dan bagaimana republik itu di perintah sekarang? Adakah dengan air liur dan tangan yang halus?, Perhatikan halus-halus kehidupan orang-orang Melayu di sana.

Dasar pertahanan republik itu juga berasaskan doktrin untuk menyerang secara pre-emptive kalangan negara jiran Islam-Nusantara mereka, khususnya negara kita. Bagaimana pula dengan dasar-dasar yang lain? Fikir dan renungkan-renungkanlah sejenak.

Bagaimanakah Melayu hendak merancang jika kalangan akar umbi UMNO terikat untuk menyokong, membina dan menaikkan kalangan pemimpin yang berfikiran lemah dan yang begitu tebal dengan appeasement mentality atau mentaliti tolak ansur.

Akar umbi UMNO dan keseluruhan umat Melayu perlu belajar daripada kesilapan lalu. Dalam Perhimpunan Agong yang bakal datang Disember nanti, kalangan akar UMNO tidak sepatutnya membuat kesilapan lagi.

Sisa-sisa kuasa politik mungkin masih berada dalam tangan orang Melayu, tetapi apakah gunanya ini jika kalangan pemimpin masih lemah, asyik bertolak ansur, dan hanya semacam layak untuk menjadi pengerusi boneka bagi sesebuah syarikat sahaja.

Apakah gunanya kuasa politik dalam tangan menteri-menteri Melayu yang langsung tidak berkemampuan untuk merancang dan bertindak bagi menjamin agar kuasa politik terus kekal di dalam tangan anak bangsa Melayu?.

Kita sedang dalam proses kehilangan kuasa politik. Sekiranya kita terus dilambung dan diampu oleh kalangan pemimpin yang tidak ada rekod untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak Ketuanan Melayu, maka UMNO semakin hampir menuju kehancuran secara total.

Kesimpulannya, tindak tanduk yang diambil oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan orang Melayu kebelakangan ini menunjukkan seolah-olah tiada seorang pun Pemimpin Melayu yang harus bercakap benar. Ada di antara mereka telah termasuk ke dalam perangkap halus kepentingan bukan Melayu apabila sewenan-wenangnya melabel mana-mana pemimpin Melayu yang berhujah tentang Ketuanan Melayu sebagai ingin memanjat tangga kuasa.

Akhir sekali, sesiapa jua pemimpin UMNO yang bakal dinobatkan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO nanti perlu memahami dengan mendalam gagasan Ketuanan Melayu serta penjelmaan-penjelmaannya seperti Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya.

Apa-apa pun dasar yang hendak dibuat selepas ini perlulah bertitik tolak dari semangat serta aspirasi Ketuanan Melayu itu sendiri. Jika ada pemimpin UMNO yang menyeleweng dari landasan yang telah dipersetujui bersama ini, bukan saja mereka akan menggali kubur mereka sendiri bahkan bertanggungjawab terhadap kehancuran dan kemusnahan sebuah bangsa bertauhid lagi bertamadun di negara Malaysia yang kita cintai ini.

Sekian.

DEMI AGAMA , BANGSA , NEGARA