12 Ogos 2009

Wabak H1N1 satu ancaman terhadap Keselamatan Negara?

Oleh Penyambung Warisan

LANGKAH Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan pandemik Influenza A H1N1 sebagai satu ancaman kepada Keselamatan Negara baru-baru ini merupakan pandangan peribadi beliau.

Menurut sumber-sumber, wabak yang semakin menjadi-jadi di peringkat antarabangsa dan di Malaysia itu hanya boleh ditakrif dan diumumkan sebagai ancaman kepada Keselamatan Negara oleh satu mesyuarat penuh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri.

Adalah difahamkan bahawa MKN hanya akan mengadakan mesyuarat penuh bagi membincangkan tentang wabak H1N1 itu esok. Dan hanya mesyuarat itu sahaja yang layak membuat ketetapan sama ada wabak berkenaan perlu ditakrif sebagai ancaman kepada Keselamatan Negara. Ini adalah bagi menentukan segala tindakan membasmi wabak berkenaan diberikan keutamaan teratas, termasuk tindakan menutup sekolah dan sebagainya.

Pihak MKN sudah tentu tidak mahu kesilapan dari segi penakrifan terhadap ancaman wabak berkenaan menjejaskan kehidupan harian Negara ini, terutama dari segi aktiviti ekonomi dan pelajaran.

"Keputusan akan mengambil kira implikasi tindakan susualan yang bakal diambil ekoran penakrifan itu terhadap kehidupan ekonomi, sosial dan politik negara ,” jelas sumber-sumber lain yang terlibat secara langsung dengan badan tertinggi kerajaan mengenai hal ehwal Keselamatan Negara itu .

Sementara itu, adalah difahamkan bahawa kadar kematian dari wabak berkenaan berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan di Malaysia setakat ini adalah yang tertinggi di kalangan Negara anggota ASEAN.

Perkembangan inilah yang menggerakkan pihak MKN membuat keputusan untuk mengadakan sidang penuhnya esok.

6 ulasan:

Batak Rabit berkata...

Dalam dunia tanpa sempadan sekarang, macam-macam alasan diberi orang untuk menegakkan kepentingsn peribadi, terutama kalangan orang politik. Saya amat tersentak bila Tok Bongkok mendedahkan perihal PM kita buat kenyataan tentang H1N1 sebagai ancaman kepada Keselamatan Negara secara samberono, tanpa merujuk kepada Majlis Keselamatan Negara. Hanya saya ingin nasihat: jangan jadi macam Pak Lah, cukuplah!

Aya berkata...

Mengikut kaum kerabat aya, Tan Sri Muhyiddin cukup marah bila kebanyakan kita rakyat di Malaysia macam panik dan kehilangan punca apabila angka kematian akibat Selsema Babi ni semakin meningkat. Ada yang minta sekolah ditutup, kilang ditutup dan sebagainya. Jadi bilan bos abang Din, (Najib) kita tu sendiri umum bahawa H1N1 satu ancaman kepada Keselamatan Negara, bukankah haru namanya tu! Nampaknya macam depa ni dah mula tak sehaluan. Agaknya bila pulak nak timbul Team A dan Team B.

Veteran Medic berkata...

Throughout human history, it has been proven time and again that sufferings from epidemics were not merely caused by the diseases per se but also as a result of a peculiar massive panic syndrome amongst members of the affected societies...

Tok Dalang berkata...

Si Luncai(versi moden dan realiti, Najib Tun Razak) terjun dengan labu-labunya! Biarkan! biarkan!(Sahut orang ramai).

Mangsa 13 Mei berkata...

PM Najib belum pun memasukki separuh penggal pertama menerajui kepimpinan negara dan UMNO. Jadi apa nak dihairankan jika dia tersilap pandang dalam kes H1N1 seperti yang dilaporkan. Yang pentingnya beliau setakat ini kelihatan seperti seorang pemimpin yang sanggup mengemudi negeri berdasarkan teguran dan sentimen popular.

Kalau ada sesiapa yang benar-benar hendak mengukur daya kepimpinan beliau maka hendaklah memberikan beliau peluang membuktikan diri untuk sekurang-kurangnya sepenggal. Lepas itu hendak hentam, hentamlah. Lagipun beliau mewarisi suatu keadaan kelam kabut dan caca merba legasi kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Akhir kata, pengajaran dari keadaan politik caca merba yang diwarisi dari pentadbiran Pak Lah harus dijadikan iktibar buat kita semua untuk lebih matang dalam menyokong atau mengkritik para pemimpin.

Kepada orang-orang Melayu yang menjadi pewaris kepada sebuah negara yang punyai masyarakat berbilang kaum serta keturunan, kita perlu lebih bijaksana serta bersikap magnanimous dalam perhubungan kita dengan rakan-rakan senegara yang terdiri dari bukan Melayu.

Tanpa perasaan muhibbah dan berbaik sangka terhadap kaum lain ini, manakan mungkin kita dapat disegani oleh kalangan bukan Melayu.

Sekolah Atap berkata...

Sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pula nak pimpin sebuah umat pada zaman globalisasi, zaman dunia tanpa sempadan.