31 Ogos 2010

Surat Terbuka kepada Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

Cauvinisme perkauman dan agama di Malaysia…bom jangka yang sedang berdetik pantas.


KEHARMONIAN perhubungan antara kaum yang berjaya dipupuk ekoran rusuhan kaum 13 Mei 1969 kini kembali pincang;bagaikan suatu bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.

Ekoran pendekatan keterbukaan atau liberalisme melulu anjuran mantan Perdana Menteri Malaysia ke 5, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kemudianya terpaksa diwarisi penggantinya masa kini, Datuk Seri Mohd. Najib, sentimen sectarian yang menyentuh isu perkauman mahupun agama semakin galak dimainkan oleh bukan sahaja pembangkang, malah kalangan parti yang memerintah.

Apa yang lebih membimbangkan, ancaman terhadap keharmonian kaum ini berlaku dalam suasana Barisan Nasional dan UMNO yang memerintah jelas berada di dalam keadaan goyah akibat timbulnya sentimen anti-establishment begitu .mendadak di kalangan rakyat, khusus kalangan pengundi kaum Cina dan pengundi muda, pada Pilihanraya Umum Ke 13 yang bakal menjelma.

Dalam kegawatan senario politik seperti ini, terdapat pelbagai kepentingan di dalam kedua-dua jurang pemisah politik kepartian di negara ini, mahupun pihak yang berkepentingan di dalam badan-badan bukan kerajaan mahupun media, yang melihat isu perkauman sebagai landasan paling mudah untuk meraih pengaruh di kalangan anggota masyarakat majmuk di negara ini.

Dalam hal ini, apa yang dilihat sebagai kegagalan barisan kepimpinan dalam Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin iuntuk bertindak tegas terhadap pelbagai kepentingan yang sedang membakar api perkauman ini tidak langsung membantu dalam usaha meredakan keadaan.

Malah sikap kepimpinan Perdana Menteri Ke 6 ini yang sekadar mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang bersifat amaran semata-mata, tanpa disusuli tindakan yang tegas oleh pihak yang berwajib, sedang dilihat oleh kalangan rakyat jelata sebagai suatu kelemahan yang ketara.

Persepsi tentang betapa lemahnya Kerajaan yang memerintah dalam menangani isu-isu sectarian inilah yang sedang menggalakkan lagi pelbagai kepentingan di dalam parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan mahupun media untuk terus bersikap cauvinis perkauman dan agama.

Dalam konteks ini, blog Si Bongkok Tanjung Puteri telah dan akan sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa tidak ada mana-mana pihak di negara ini yang harus mengatasi keperluan negara dan rakyat jelata untuk mengekalkan Ketenteraman Awam dan Keselamatan Dalam Negeri, apatah lagi mempertahankan Keselamatan Negara.

Bagi kami, walau apa pun isu atau agenda yang mungkin diperjuangkan oleh pihak berkepentingan ini dalam memainkan sentiment sectarian di kalangan rakyat, ianya tidaklah begitu penting jika dibandingkan dengan hak asasi kesemua peringkat anggota masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di negara ini untuk mendapat jaminan terhadap keselamatan diri dan keluarga mereka di dalam kehidupan harian.

Kepada Perdana Menteri dan Timbalan serta barisan kepimpinan Kerajaan yang diterajui mereka, harapan kami adalah untuk terus berusaha mendapatkan semula political will atau kemahuan politik untuk bertindak lebih tegas terhadap mana-mana anasir yang boleh memecahbelah perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini, tanpa mengira kawan mahupun lawan.

Akhir kata, kami ingin merayu secara langsung kepada YAB Datuk Seri Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin, perkara berikut:

With due respect Sirs, if you can be seen to be acting decisively, without fear or favor, and selflessly, on behalf of Malaysians from all walks of life; whilst disregarding certain vested domestic and alien interests, in facing this real and present sectarian menace facing the nation and its people, then you can be rest assured of a special place in the pages of our nation’s history.


11 ulasan:

Pemerhati Usang berkata...

Pada pandangan saya, walaupun Si Bongkok dah lama tak masuk posting baru, tapi posting yang terbaru ini bukan sahaja menarik tetapi amat relevan dengan ancaman yang kita kalangan majoriti senyap sedang hadapi di negara yang tercinta ini,

Lord of the Rim berkata...

Yo Bro. Being a baby boomer born just a year after Merdeka, its heartening to note that there's still someone out there who has got the gut to speak out against racial bigotry like the one pathetically permeating our multi-ethnic society lately. What's more amazing is your eloquence in expressing such a sober opinion, minus partisan political sentiments and narrow sectarianism, which was largely responsible for making the whole world go blind for ages. Bro. Si Bongkok, did you know that the socio-political mindset that you have just expressed in your blog was aptly reminiscent of the great Mahatama Gandhi, who was once famously quoted as having said..."an eye for an eye, makes the whole world blind.." Syabas Si Bongkok, and keep up the good work. I am sure many amongst my ethnic compatriots all over the country shall be behind you all the way!! Btw, I am a Chinese Malaysian, if you were wondering.

Abang Long berkata...

Poodah haprak punya Melayu. Hang ingat dengan buat surat terbuka kepada Najib dan Muhyidin hang boleh bodek depa dan dapat projek juta2 sambil jual bangsa sendiri. Hang jangan lupa, orang Melayu sekarang dah jelak dan tak peduli kat umno yang dipimpin oleh kaki rasuah dan kaki betina. Umno pasti akan ditolak depa dalam pilihanraya akan datang. Hang ada akai ka? Aku ingat hang ni bukan Melayu kot tapi menyamar jadi Melayu.

Tanpa Nama berkata...

wei abang long (perasan 3 line)
ptuihhh! gangster melayu la konon. kene tengking bangsa lain terus jilat buntut. dah la tu member geng hang terus baring atas jalan sokong kapiaq!!
melayu haprak lah ko ni. Hang memang melayu lupa punya kaki. Hang ingat hang terer? Piiiii ra!!!!
PKR dgn liwat , kroni , rasuah dan kaki botol, PAS dgn kroni, rasuah, sekongkol sekatil dgn kafir dan kaki betina dan pukul bini dan seleweng ajaran allah, DAP dgn atheis dan tipu dan rasuah dan manipulasi agama..
hang kata dia org nak menang? agak nye hang duduk kat mana? geng abdullah CD ka?
aku rasa hang ni bingai la. pergi la buat blog hang sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Allah kepada yang benar
Benar itu pahit
Pahit itu jadam
Jadam itu ubat
moga Allah melindungi Si Bongkok dan semua hamba yang sanggup berpahit demi KEBENARAN

Rakyat Kecil yang cintakan negara berkata...

Sudah lama aku mengidam tulisan yang macam SBTP ni untuk menggambarkan rasa kecewa terhadap kebaculan dan kedayusan pemimpin umno dan kerajaan yang lemah dan hanya tahu cakap tapi membiarkan kesombongan kaum pendatang dan sikitol berbuat ikut sedap mulut dan sesuka hati.Aku pasti kalau Tun Mahadir jadi PM keadaan ini tidak akan berlaku.Biar kerajaan tidak popular tetapi dihati rakyat diyakini kerajaan diyakini dapat menjaga keselamatan dan ketenteraman negara.Kerajaan akan bertahan lama. Kalau kerajaan hari ini bersikap begini berterusan nantilah kerajaan ini akan jadi"kera yang akan dikerjakan" dalam PRU 13. Penasihat-penasihat pemimpin bawa ketengah suara hati rakyat jangan fikir nak kaut harta negara je siang malam. Kalau negara ni hancur dengan engkaupun akan jadi abu...

rayz berkata...

Terima kasih tulisan si bongkok!!!
rasanya ramai lg kalangan pencinta negara Malaysia lain yg nk meluah perkara yg sama..
cma x tahu bgaimana dan cara nk smpaikan kpd PM..
hrp sgt2 ada penasihat2 PM yg terbaca dan sampaikan luahan hati ini...
jgn smpai nasi sudah jadi bubur...
melayu jd arang,cina jadi abu!!
pakat2 kita doa moga abg long n gang cpt sedar drpd tipu daya setan2 PR!!

Si Bongkok Tanjung Puteri berkata...

Perasaan kecewa "RAKYAT KECIL YANG CINTAKAN NEGARA" difahami. Tetapi cuba elak menggunakan kenyataan bersifat hasutan kaum seperti "...membiarkan kesombongan kaum pendatang dan sikitol berbuat ikut sedap mulut dan sesuka hati.." Dalam menangani dakyah kepentingan cauvinis perkauman, adalah lebih baik dan menguntungkan jika kita sentiasda dapat membuktikan sifat jatidiri Melayu tulin yang terkenal berhemah tinggi.

Intan Melaka berkata...

Syabas Si Bongkok. Tidak seperti sesetengah orang yang hanya pandai menyalak di belakang umpama baling batu sembunyi tangan.

Simple musings berkata...

I am sure the PM/TPM must have by now been informed of Si Bongkok's open letter. God help us all if they ain't already.

Cikgu Ng berkata...

The earlier part of my teaching career coincides with a political turmoil that deteriorated into racial blood lettings of May 13, 1969. It all began when anti-national elements - borrowing from Si Bongkok's "vested domestic and alien interests" - decided to play and make the people dance the sectarian tunes. The alien vested interests then were the Beijing and Singapore-based Comintern (Communism International) and its local underground networks of fifth columnist cadres. A network of Malay intelligentsia with leftist leanings surrounding then Deputy Premier, Tun Abdul Razak - a group dubbed by the Tunku then as the Ultra Malays - were the most obvious domestic vested interests; prominent of which was a young medical doctor from Kedah, Dr. Mahathir Mohamad.I don't know much about who's the rabble rousers this time around, but if there were, like what Si Bongkok was trying to impress us all, then the bom jangka is surely ticking away for an inevitable exlosive moment; that moment in time when all our efforts to gradually evolve a Bangsa Malaysia would be dashed.