18 September 2010

Lee Kuan Yew gila talak…tak serik-serik pengaruhi urusan dalaman di Malaysia




Oleh The Guardian

KUALA LUMPUR: Keadaan hubungan antara kaum di Malaysia masa kini tidaklah seteruk seperti yang cuba digambarkan baru-baru ini oleh Menteri Mentor Singapura yang juga selaku mantan Perdana Menteri Pengasas negara pulau sekangkang kera di Selatan Semenanjung itu, Harry Lee Kuan Yew.

Kenyataan Lee bahawa negara kita sedang berada di dalam keadaan paling menyedihkan dari segi hubungan antara kaum itu adalah semata-mata berdasarkan tingkah kepimpinan di kedua-dua belah jurang pemisah politik Pembangkang-Kerajaan di negara ini yang sejak akhir-akhir ini semakin galak mengeluarkan kenyataan demi kenyataan berunsur perkauman, demi kepentingan politik kepartian mereka masing-masing menjelang Pilihanraya Umum Ke 13.

Malah apabila beliau turut menyatakan dalam kenyataan terbaru itu bahawa keadaan hubungan antara kaum di Malaysia masa kini boleh menjadi lebih baik jika Singapura tidak dihalau dari menjadi anggota komponen Persekutuan dulu, jelas membuktikan bahawa beliau tidak pernah serik mencampuri urusan politik dalaman di negara ini.

Telah jelas ternyata di dalam lipatan sejarah negara bahawa sebab utama mengapa mantan Perdana Menteri Pertama Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra mengambil keputusan mengusir keluar Singapura dari Persekutuan Malaysia dalam tahun 1965 adalah semata-mata atas pengkhianatan dan kelicikan Lee, parti PAP dan parti-parti proksi mereka yang lain memainkan api perkauman sehingga mengugat Keselamatan dan Kedaulatan negara ketika itu.

Sejak keluar dari Persekutuan Malaysia, Singapura yang masih didalangi Lee hingga ke hari ini dengan berproksi anaknya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, tampaknya tidak pernah serik mencampuri urusan dalaman di negara ini, termasuk kuat disyaki sebagai pencatur utama yang licik lagi halus di sebalik pelbagai pergolakan politik, ekonomi dan sosial mutakhir.

Walaupun republik pulau sekangkang kera itu kini terkenal sebagai sebuah negara maju lagi progresif yang berkait rapat dengan arus globalisasi Tamadun Yahudi-Kristian Barat, tetapi jelas ternyata bahawa Lee bagaikan orang gila talak, waimah beliau dan pewarisnya itu masih gagal menjadi teraju utama dalam menentukan arah tujuan Persekutuan Malaysia yang mempunyai keluasan tanah dan perairan, mahupun jumlah penduduk, yang jauh lebih besar.

Justeru, sekelian para pemimpin politik di negara ini, baik yang mewakili Barisan Nasional yang memerintah mahu pun Pakatan Rakyat pembangkang, perlu menghentikan dengan kadar segera naluri politik semula jadi untuk memainkan sentimen perkauman atau keagamaan.

Segala petunjuk mutkahir membuktikan bahawa kecenderongan untuk memainkan sensitiviti kaum di kalangan pemimpin politik ini lambat launnya akan turut menimbulkan perasaan permusuhan di kalangan rakyat jelata berbilang kaum di negara ini di dalam perhubungan antara satu dengan yang lain.


“Jika keadaan ini berterusan, ia sudah hampir pasti akan menimbulkan permusuhan di kalangan rakyat sambil mewujudkan ketirisan dari segi kemampuan pihak berwajib untuk menjamin Keselamatan dan Kedaulatan Negara,” jelas seorang penganalis veteran dalam bidang Keselamatan Negara.


7 ulasan:

TAIPINGMALI (TM) berkata...

Selagi ada hayat di badan LKY masih inginkan jawatan Perdana Menteri Malyasia.

Tiga Line Pencen berkata...

Sejak pemerintahan Pak Lah dan hingga la ni di bawah Najib, apek tua pencinta Yahudi dari Singapura ni semakin galak nak campur urusan di Malaysia. Mengapa dia galak? Sebab pemimpin negara kita juga yang suka sangat bagi muka kat depa kerana lahap benar dengan duit Temasek Holding yang berjumlah berbilion dollar itu. Dulu bila Najib mula2 jadi PM, dia datang melawat Malaysia seminggu dan jumpa pemimpin2 parti politik memerintah dan pembangkang. Apa tujuan dia, kalau tidak lain dan tidak bukan untuk menghasut lah tu. Saya tengok pemimpin2 UMNO kita bila jumpa LKY macam murid sekolah jumpa Guru Besaq body language depa.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin LKY ini adalah orang gila. Tetapi beliau telah berjaya meningkatkan pendapatan Per Capita orang Singapura dari S400.00 dalam thun 1966 ke S44,000.00 se tahun pada hari ini. Kalau ini adalah kerja orang gila mungkin Malaysia pun perlu seorang gila menjawat Perdana Menteri.

Si Bongkok Tanjung Puteri berkata...

The Guardian ingin menjelaskan kepada Tanpa Nama dua perkara:

1. Dalam bahasa Melayu, apa yang dimaksudkan Gila Talak bukanlah gila dalam erti kata bidang psikiatri atau insanity, tetapi lebih kepada menerangkan keadaan lelaki atau perempuan yang menunjukkan tingkah laku atau tutur kata yang memperlihatkan sesalan atau terkilan setelah diceraikan atau menceraikan pasangan hidup masing-masing.

2. Bukan tujuan penulis untuk menafikan kejayaan yang dicapai Singapura di bawah Lee Kuan Yew dan pewarisnya tetapi apa yang ditegur adalah semata-mata dari segi persepsi realpolitik dan persejarahan: yakni apa yang dilihat sebagai campurtangan pemimpin asing dalam urusan dalaman sebuah negara yang berdaulat lagi merdeka seperti Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Si Bongkok,
Negara negara Barat campur tanggan dalam hal semua negara yang digolongkan sebagai Negara-Negara Dunia Tiga. Apabila kita tidak jaga keluarga kita orang luar mengambil sempatan campur tanggan.Kita mesti bersihkan rumah kita jika kita nak elakkan campur tanggan dari jiran kita.Salam.

Spy Leman berkata...

Saya setuju dengan Tanpa Nama bahawa kita perlu bersih rumah kita (Malaysia)jika nak elakkan campur tangan dari jiran (Singapura). Umum mengetahui bahawa kewujudan jiran kita itu di Nusantara yang majoriti pendudukanya adalah dari rumpun Melayu-Islam, bagaikan kewujudan Yahudi Zionis Israel di tengah rantau Arab-Islam. Malah kewujudan yang sedemikian memastikan Singapura mengambil pendekatan aggressive atau pre-emptive foreign policy dalam hubungan dengan jiran terdekat. Pendekatan dasar luar seperti ini memungkinkan mereka bertindak mencampuri urusan dalaman di negara jiran dalam usaha mengekang mana-mana trend politik, ekonomi mahu pun sosial yang berpunca dari negara berkenaan yang boleh mengancam kepentingan keselamatan dan kedaulatan Singapura. Justeru tidak mustahil campur tangan secara pre-emptive ini akhirnya turut melibatkan kekuatan negara republik pulau dari segi ketenteraan mahu pun perisikan. Segala petanda ke arah ini telah dan sedang wujud bagi kalangan anggota masyarakat perisikan di Malaysia dan negara-negara yang bersimpati dengan kita.

Tanpa Nama berkata...

kita patut berlebih mengurangkan hal-hal berkaitan singapore :

1. kurang mengambil endah perkara kejadian singapore
2. kurang menerima pelaburan
3. kurang membenar perdagangan
4. kurang membenar kemasukan rakyatnya ke Johor atau malaysia
5. kurang senangkan kemasukan kenderaan persendirian atau perdagangan Singapore ke Malaysia
6. kurang penerimaan habuan dari ahli eprniagaan singapore kepada ahli politik Malaysia
7. KURANG AJAR