25 Ogos 2007

Ancaman Barat-Zionis terhadap Malaysia: Bukan lagi dongeng konspirasi atau mitos akademik.

MALAYSIA mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen sejak mencapai kemerdekaan dari penjajahan British pada tahun 1957. Walaupun sistem yang mensyaratkan seorang ketua eksekutif dan sebuah parlimen dipilih oleh suara majoriti rakyat ini dianggap sistem pemerintahan paling sempurna, tetapi hakikat mutakhir jelas membuktikan perkara yang sebaliknya.
Jika diperinci perkembangan dunia yang sedang giat menghadapi fenomena globalisasi sejak sedekad dua lalu, akan terserlah hakikat paling membimbangkan tentang imej kesempurnaan sistem Demokrasi Berparlimen ini.
Sebagai misalan, sejak Amerika Syarikat (AS) mendapat pengiktirafan sebagai satu-satunya kuasa besar dunia (the sole remaining superpower) dengan berkuburnya Kesatuan Soviet sekitar dekad 1980an, beberapa kejadian penggulingan pemimpin yang diistilah oleh media Barat sebagai “regime change” berlaku di beberapa negara akibat krisis politik mahupun ekonomi yang tercetus secara mendadak.
Krisis yang menumbangkan banyak pemimpin dan rejim di kalangan negara membangun Dunia Ketiga mahupun negara maju Hemisfera Utara itu rata-ratanya dikaitkan dengan percaturan tangan-tangan halus dengan jangkauan yang bersifat global.

Tangan halus

Kini kewujudan rangkaian tangan halus ini tidak lagi menjadi suatu teka-teki. Malah ia mula dikenalpasti oleh kalangan akademik, media dan para pejuang hak asasi dan alam sekitar bebas antarabangsa sebagai suatu usaha untuk mewujudkan sebuah empayar global bagi pihak tamadun Yahudi-Kristian Barat yang dilaksanakan melalui penguasaan rejim kewangan dan perdagangan global bergelar korporatokrasi (corporatocracy).
Kajian yang dilakukan oleh kalangan pertubuhan dan individu bebas di negara-negara maju Barat sendiri jelas membuktikan bahawa rejim koporatokrasi global ini didalangi oleh apa yang disebut sebagai Bilderberg Group, atau juga dikenali sebagai Trilateral Commission, yang punyai keahlian di kalangan elit politik, kewangan dan sosial di tiga benua iaitu di Amerika, Eropah dan Asia.
Dalam hal ini, apa yang perlu diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia, di kalangan keahlian Bilderberg bagi Asia turut terdapat nama dua orang anak watan negara kita: ahli korporat yang menguasai kumpulan perbankan dan kewangan Arab-Malaysia, Azman Hashim, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Noordin Sopiee (allahyarham).
Di tanahair, Azman sedia dikaitkan sebagai dalang di sebalik pelbagai kontroversi mahupun skandal kewangan yang berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia Ke 4, Dr Mahathir Mohamad, mahupun Perdana Menteri yang menjadi penggantinnya, Abdullah Ahmad (berita lanjut akan disiarkan dari masa ke semasa pada postings akan datang). Kontroversi ini termasuklah skandal insider tradings sekitar kegawatan 2007 dan reverse take-over sebuah syarikat milik Khazanah Malaysia di bawah Kementerian Kewangan Malaysia Inc., Avenue Capital Resources, oleh ECM Libra; di mana menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin adalah salah seorang ahli Lembaga Pengarahnya.

Ke arah Empayar Global

Pada asasnya komplot neo-imperialisme global ini diimpikan dan ditaja oleh dua dalang kewangan Yahudi-Kristian antarabangsa paling berpengaruh yang sering dikaitkan dengan pergerakan zionisme antarabangsa: keluarga Rockerfeller dan keluarga Rothschild.
Secara umumnya, komplot antarabangsa ini dilihat sedang berusaha mewujudkan empayar global dengan merencana suatu program tipu muslihat agar setiap negara di dunia menggubal perlembagaan politik dan struktur ekonomi kebangsaan yang sesuai dengan program penjajahan baru mereka.
Secara terperincinya pula, perlembagaan politik dan struktur ekonomi kebangsaan yang didalangi kabal Barat ini bertujuan:

(1) meletakkan kuasa politik di tangan individu yang terpilih (dictatorship) sambil
menghapuskan kuasa politik orang tengah (representative politics);
(2) mewujudkan penumpuan industri secara paling maksima (monopolistic
industry) sambil menghindari sebarang bentuk persaingan bebas (laissez faire) dalam bidang perdagangan dan perindustrian;
(3) mewujudkan kawalan menyeluruh terhadap harga barangan dan bahan mentah – ini mampu dilaksanakan oleh Kumpulan Bilderberg melalui penguasaan terhadap Bank Dunia, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) ; dan
(4) mewujudkan institusi kehakiman dan sosial yang mampu menangani
sebarang tindakbalas dari kalangan rakyat jelata (instruments of repression), di mana-mana negara yang hendak dikuasai.

Bertopengkan reformasi

Bagaimanapun, penjajahan global bentuk baru ini lazimnya akan bertopengkan pembaharuan atau reformasi, seperti yang sedang jelas berlaku di Republik Rusia. Di negara bekas peneraju Kesatuan Soviet yang telah lama berkubur itu, penjajahan baru atas nama pembaharuan sedang giat memporak-peranda institusi asas masyarakat dengan berpandukan pola-pola berikut:

(1) campur tangan di dalam sistem kewangan Republik Rusia melalui usaha menggalak hutang, pengecilan sumber hasil dari percukaian, mengawatkan lagi krisis hutang tidak berbayar, dan memperkenalkan sistem kewangan yang lemah;
(2) melemahkan potensi saintifik dan teknologi negara berkenaan melalui dasar pentadbiran yang mengurangkan dana sokongan terhadap kemajuan sains dan teknologi, menghindari kerjasama teknologi dan integrasi penghasilan saintifik melalui pengalakkan dasar pengswastaan sambil mendalangi sikap penggubal dasar di Moscow untuk tidak mementingkan pengwujudan sebarang dasar saintifik mahupun teknikal, mahupun perindustrian;
(3) menggalakkan penjualan blok-blok ekuiti saham berpengaruh di dalam syarikat tempatan yang terlibat dalam sektor industri, tenaga and telekomunikasi, kepada kepentingan asing;
(4) merencana secara halus dan tipu muslihat pemindahan hak untuk mengeksploitasi bahan mentah bernilai lagi strategik dari syarikat tempatan kepada syarikat gergasi antarabangsa dari Barat;
(5) mendalangi secara halus penguasaan asing terhadap bursa saham Rusia;
(6) mendalangi penguasaan terhadap dasar ekonomi tempatan mahupun luar negeri Republik Rusia melalui persekongkolan halus dengan kalangan individu pembuat dasar di negara berkenaan.

Malah Perhimpunan Bilderberg 2007 yang diadakan di Istanbul, Turki Mei-Jun lalu merupakan satu usaha bagi membina kata sepakat dalam merumus strategi dan dasar untuk menangani kemungkinan berlakunya kebangkitan semula kuasa politik dan ekonomi sosialis Rusia. Sebelum itu lagi, Kumpulan Bilderberg giat memainkan peranan mengekang sebarang usaha dari kepimpinan negara tersebut – sejak dari pemerintahan Boris Yeltsin pada awal 1990an hinggalah kepada Vladimir Putin masa kini – yang dianggap bertentangan dengan kehendak kuasa hegemoni unipolar AS.
Shock Therapy

Melalui usaha beberapa pakar teori sosialis Yahudi-Kristian yang dikaitkan dengan Bilderberg seperti Jeffrey Sachs, Jonathan Hay, Andrei Schliefer dan David Lipton, usaha Republik Rusia untuk menentang kemaraan ekonomi kapitalis Barat tiba-tiba menjadi begitu lemah.
Perencanaan jahat kalangan dalang ekonomi Yahudi-Kristian Barat ke atas Rusia yang digelar “shock therapy” itu melibatkan, antara lainnnya, berleluasanya skim pinjaman atas tujuan pembelian saham; seperti yang berlaku di Malaysia sejurus sebelum kegawatan ekonomi dan matawang Asia Timur tahun 1997-1999.
Hasil manipulasi ekonomi dari luar itu, Republik Rusia akhirnya kecundang dalam kancah anarki apabila kalangan rakyat menjadi begitu tertekan hidup mereka. Keadaan ini juga telah menjejaskan kemampuan negara bekas kuasa utama dunia ini untuk mengekalkan kekuatan bala tenteranya bagi mengimbangi kuasa ketenteraan Barat.
Sebenarnya, senario yang berlaku di negara bekas peneraju Kesatuan Soviet ini merupakan sesuatu yang telah lama diimpikan oleh Kumpulan Bilderberg. Bertitik tolak dari perhimpunan bersejarah yang diadakan di Mont Tremblant, Kanada pada 26-28 April 1968, komplot ini telah merumus suatu strategi jahat lagi halus bagi mempengaruhi kalangan negara di dunia, terutama kalangan negara satelit di bawah Kesatuan Soviet ketika itu, dengan manipulasi halus terhadap sektor ekonomi dan kewangan negara berkenaan.
Di dalam perhimpunan tersebut, anggota Jawatankuasa Pemandu Bilderberg, George Ball telah buat julung kalinya membentangkan dasar globalisasi pertubuhan berkenaan dan bagaimana dasar tersebut dapat membentuk sebuah Orde Baru Dunia.
Melalui kertas kerja yang berjudul “Internationalisation of Business”, Ball yang pernah berkhidmat secara berturut-turan di bawah dua AS, John F Kennedy dan Lyndon B. Johnson sebagai Setiausaha Rendah Negara Bagi Hal Ehwal Ekonomi, telah membentangkan garis panduan tentang manafaat yang mampu diperolehi oleh sebuah orde ekonomi penjajahan baru dunia yang berlandaskan konsep “syarikat dunia”(world company”).
Menurut beliau, perkara utama yang perlu dihapuskan sebelum konsep Orde Baru Dunia itu dapat ditegakkan adalah “struktur politik usang yang terdapat pada sesebuah negara.” Dengan lain perkataan, Ball menganjurkan pengembalian kepada sistem penjajahan lama tetapi kali ini berlandaskan kepada konsep “syarikat dunia”. Adalah jelas bagi beliau bahawa struktur sesebuah negara atau konsep kebajikan ke atas rakyat merupakan suatu halangan utama dalam usaha untuk mengeksploitasi secara bebas hasil bumi ini, terutama di kalangan negara miskin, seperti yang diimpikan oleh gagasan empayar penjajahan baru dunia.
Berdasarkan apa yang ditegaskan oleh Ball ini, adalah jelas bahawa keutamaan gagasan syarikat dunia yang dianjurkan oleh komplot global Bilderberg adalah perdagangan bebas antarabangsa yang tidak boleh diganggu-gugat lagi, yakni konsep dagangan berat sebelah mengikut piawaian British. Konsep ini menganjurkan pembelian dengan murah untuk dijual dengan harga yang melambung mahal.
Berbalik kepada strategi “shock therapy” yang diperkenalkan oleh Bilderberg di beberapa buah negara masa kini, strategi ini pada asasnya melibatkan usaha menghapuskan kawalan ke atas harga barangan dan matawang sambil menggalakkan langkah membasmi subsidi kerajaan serta mewujudkan liberalisasi perdagangan di dalam sistem ekonomi dan matawang mana-mana negara yang menjadi sasaran.
Kesan ke atas Malaysia
Selain di Rusia, strategi liberalisasi beracun yang dianjurkan oleh Kumpulan Bilderberg ini sedang giat dilaksanakan di kalangan beberapa buah negara rantau ini, termasuk di Malaysia yang turut merasakan kegawatan ekonomi serantau 1997. Di negara kita, kesan buruk mainan komplot politik dan ekonomi global Barat ini mula dikesan sejak kepimpinan Dr Mahathir Mohamad hinggalah ke hari ini, yakni setelah kepimpinan Abdullah Ahmad sebagai Perdana Menteri Ke 5 memasukki tahun ke 4.
Walaupun negara berjaya lepas bebas dari kesan lebih buruk kegawatan ekonomi dan kewangan Asia Timur 1997 itu ekoran langkah bijak kepimpinan Dr Mahathir untuk mengenakan kawalan kewangan melalui langkah “pegging” yang menetapkan harga RM 3.80 bagi setiap AS$1.00, tetapi kebijaksanaan terhapus jua akhirnya oleh keegoan politik penggantinya. Dasar liberalisasi atau keterbukaan yang dibawa oleh Abdullah telah melepaskan Ringgit dari sebarang kawalan, justeru sekali lagi mendedahkan matawang negara kepada bahaya gejala spekulasi dalam pasaran matawang antarabangsa.
Dari segi kawalan ke atas bahan keperluan utama seperti petroliam, sejak tempoh agak singkat Abdullah menjadi Perdana Menteri, negara telah mengalami kenaikan harga minyak yang agak tinggi sebanyak dua kali. Kenaikan harga minyak bagi para pengguna di Malaysia dijangka akan terus berlaku dalam masa terdekat.
Kekhuatiran ini timbul kerana rejim Abdullah yang jelas berkecenderongan untuk mendokong dasar kapitalisme neo-liberal yang menggalakkan kuasa korporatokrasi global Barat, masih gagal untuk melayani suara bebas dari kalangan akademik, media, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan warga kelas menengah berpengaruh supaya diperuntukkan dana subsidi untuk menampan kesan dari fenomena kenaikan harga minyak dunia.
Para pendita Barat sendiri ada menyatakan, one wrong doesn’t make two rights (kesilapan oleh seseorang tidak semesti membuatkan orang yang seterusnya menjadi betul). Maka demikianlah halnya dalam kancah politik kepimpinan negara kita dari rejim Dr Mahathir lebih dua dekad lalu hinggalah ke rejim Abdullah masa kini.
Apa yang dilihat umum sebagai “retorik paku serpih, kata orang dia yang lebih”, di antara Dr Mahathir dan Abdullah tidak lain tidak bukan hasil percaturan halus komplot politik dan kewangan global tamadun Yahudi-Kristian Barat yang didalangi AS, justeru pergerakan zionis antarabangsa.
Sama-samalah kita dari kalangan anak watan patriotik hinggalah kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu, sebagai payung negara, menggembelingkan tenaga tanpa mengira asal keturunan untuk melepaskan diri dari sandiwara politik pecah dan perintah orde lama Barisan Nasional diterajui UMNO yang sejak akhir-akhir ini mula menunjukkan tanda-tanda menghadapi keruntuhan akibat persekongkolan penuh durjana selama lebih dua dekad, sama ada secara sengaja atau tidak, dengan komplot ekonomi dan kewangan Barat yang mempunyai agenda penjajahan sejagat.

RUMUSAN

Pada hakikatnya, Kumpulan Bilderberg bukan merupakan matlamat malah cara ke arah mewujudkan sebuah Empayar Dunia. Dari asalnya yang penuh rahsia, komplot ini telah menjadi begitu besar sehingga mampu bertindak sebagai sebuah kerajaan bayangan yang menentukan masa depan masyarakat dunia.
Matlamat utama komplot ini adalah bagi menjadi bumi ini ibarat sebuah penjara di mana hanya terdapat satu pasaran global yang dikuasai oleh sebuah Kerajaan Dunia, dikawal oleh satu Bala Tentera Dunia, sistem kewangannya dikuasai oleh Bank Dunia, manakala mutu kehidupan rakyat di bawah rejim global ini dibelenggu oleh kebendaan semata-mata di mana segala keperluan harian tidak terlepas dari diatur oleh sistem komputer serba canggih.
Walaupun potensi bencana yang mampu di bawa oleh gejala Empayar Dunia sesuatu yang amat buruk bagi umat manusia tetapi harapan masih tetap ada. Dalam menghadapi ancaman dari golongan elit sejagat yang buta Tauhid dan kemanusiaan ini, masyarakat umum di serata pelosok dunia mula kelihatan bangkit untuk menyuarakan kesedaran tentang gejala yang mengancam mereka secara kolektif ini.
Terdapat kesedaran bersama tentang segala kepincangan yang berlaku atas nama globalisasi yang kian menekan kehidupan manusia. Kesedaran baru ini dilihat sedang mengupayai kemampuan kita untuk belajar dan memahami secara kolektif segala kepincangan yang terpaksa dihadapi oleh umat manusia demi menegakkan satu Kerajaan Dunia yang tidak sepatutnya wujud.
Kebanyakan kepimpinan rejim pemerintahan negara di dunia yang alah dengan permainan halus golongan elit global yang merencana sebuah Empayar Dunia ini inginkan supaya kita, sebagai rakyat jelata, tidak berupaya untuk memahami apa-apa yang berlaku di peringkat antarabangsa. Justeru kita sering cuba diyakinkan bahawa kononnya segala peristiwa yang berlaku di pentas antarabangsa terlalu rumit untuk difahami. Betapa itu satu pembohongan yang amat ketara!
Kita juga sering didendangkan dengan dakyah kononnya rahsia negara perlu terus dikekalkan sebagai rahsia demi keselamatan negara. Sesungguhnya demikianlah hakikatnya! Tiada kerajaan di dunia yang sanggup membiarkan golongan rakyat kebanyakan menyedari bahawa kalangan pemimpin mereka yang selama ini dianggap terbaik, paling amanah dan terpandai turut bersekongkol dengan kumpulan elit global dalam konspirasi untuk merompak dan membawa kemusnahan di muka bumi Tuhan ini.
Kini ketika melalui tahun 2007, kita sedang berada di persimpangan dalam menangani segala kebejatan yang mampu dibawa oleh elit global yang mencita-citakan sebuah Rejim Dunia. Jalan yang kita, sebagai rakyat sebuah negara yang masih kekal berdaulat lagi merdeka, pilih untuk lalui mulai saat ini bakal menentukan masa depan seluruh umat manusia; sama ada kita rakyat Malaysia akan turut menjadi rakyat sebuah negara polis global yang dikuasai elektronik atau terus kekal sebagai insan yang bebas di sisi Allah SWT.
Kita perlu sentiasa ingat bahawa Tuhan tidak mungkin akan melepaskan kita dari belenggu “Zaman Gelap Baru” yang sedang direncana oleh segelintir elit global dan sekutu mereka di kalangan elit kebangsaan seluruh dunia. Semuanya terserah kepada kesedaran dan usaha kita sendiri. Ingat Tuhan tidak akan merobah nasib sesuatu bangsa itu melainkan bangsa itu sendiri yang berusaha merobahnya.
Maka dalam menghadapi tipu muslihat elit global yang penuh kedurjanaan serta sekutu mereka di kalangan segelintir pemimpin negara dan masyarakat, khususnya yang terdapat di Malaysia ini, penguasaan ilmu pengetahuan adalah amat penting. Dan dalam hal ini, jawapan yang diperlukan tidak mungkin kesampaian jika kita masih teragak-agak untuk bertanyakan jawapan yang paling cocok dengannya.
Akhir kata, jangan terus percaya secara melulu apa yang diperkatakan melalui risalah blog ini tentang ancaman yang sedang kita, sebagai umat manusia sejagat, sedang sama-sama hadapi dari golongan elit politik, ekonomi mahupun sosial yang bernafsu besar dan tamak haloba ini.
Malah usaha penyelidikan yang bebas dari mana-mana pengaruh atau dakyah politik kepartian mahupun ideologi perlu dilakukan, demi mendedahkan segala kepincangan masa kini dan masa lalu yang melibatkan masa depan anak cucu kita.
Berikut dicadangkan pelbagai bahan rujukan mengenai topik yang berkaitan. Kebanyakan buku yang disenaraikan boleh diperolehi di toko-toko buku Kinokuniya, MPH dan Times yang terdapat di beberapa bandar utama seluruh negara, khususnya Kuala Lumpur atau dari sistem Perpustakaan Negara Malaysia serta perpustakaan institusi pengajian tinggi tempatan:

Perkins, John. Confessions of an Economic Hit Man. San Francisco: Berret-Koehler, 2004;

Hiatt, Steven, ed. A Game As Old As Empire: The Secret World of Economic Hit Men and the Web of Global Corruption. San Francisco: Berret-Koehler, 2007;

Stiglitz, Joseph E. Globalization and its Discontents. New York: Norton,2003;

Chang, Ha-Joon. Kicking away the Ladder: How the Economic and Intellectual Histories of Capitalism Have Been Re-Written to Justify Neo-Liberal Capitalism. Cambridge: Cambridge University Press, 2002;

Chomsky, Noam. Hegemony or Survival: America’s Quest for Global Dominance. New York: Metropolitan, 2003. (www.chomsky.info/);

Ali, Tariq. The Clash of Fundamentalisms: Crusades, Jihads and Modernity. London: Verso, 2002. See Tariq Ali’s (www.tariqali.org/);

Mander, Jerry and Cavanagh, John, eds. (Juhasz, Antonio, contributing author).
Alternatives to Economic Globalization: A Better World Is Possible, 2nd edn. San Francisco: Berret-Koehler, 2004;

Hernwood, Doug. After the New Economy. New York: New Press, 2003;

Drohan, Madeleine. Making a Killing: How and Why Corporations Use Armed Forces to Do Business. Guildford, Conn.:Lyon’s Press, 2004;

Brzezinski, Zbigniew. The Grand Chessboard: American primacy and its geostrategic imperatives. New York: Basic Books, 1997;
Beaudry, Pierre. Synarchy Movement of Empire. Virginia: Leesburg, 2005 (http://www.pehi.eu/organisations/SME/Synarchy_Movement_of_Empire_book_04.pdf);
Glazyev, Sergei. From a Five-Year Plan of Destruction to a Five-Year Plan of Colonisation, EIR Bonn Symposium, 1997;
Nexus Magazine (http://www.nexusmagazine.com/);

Daniel Estulin. Breaking the Silence: Bilderberg Exposed (http://www.danielestulin.com/?op=noticias&noticias=%20ver&id=345&idioma=en

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro...kalau macam ni saya nak mintak berguru. Boleh amik thesis PhD.

Tanpa Nama berkata...

Will be glad to know you up close and share your thoughts.Congratulation

Tanpa Nama berkata...

Berita Harian, Utusan, NST...apa kamu semua buat. Tidur ke? Atau takut Yahudi Melayu tak bayar gaji?

Tanpa Nama berkata...

http://veil-open.blogspot.com
http://myspace.com/bildenberg
http://myspace.com/bilderberg

Tanpa Nama berkata...

ralat

http://veil-open.blogspot.com (ok)
http://myspace.com/bildenberg (ok)


http://myspace.com/bilderbergmy

TheTruth berkata...

Open Letter to all Moslems

http://veil-open.blogspot.com/2009_01_01_archive.html#2780548243387337574