Sepanjang 22 tahun berada di pucuk kepimpinan Malaysia, malah sehingga kini apabila beliau sudah pun bersara, mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sering ditohmah sebagai seorang “conspiracy theorist” bersikap rasis terhadap, antara lainnya, warganegara berketurunan Cina Seberang Laut. Dari dasar luarnya pula, Dr M dicap “anti-semitic” (anti-Yahudi), justeru kerap bersikap “recalcitrant” (keras kepala) terhadap kepentingan Tamadun Yahudi-Nasara Barat. Apakah kebenaran di sebalik imej negatif yang dipaparkan ini?
Berikut adalah pengamatan yang dibuat oleh seorang wartawan keturunan Yahudi, Dr
Beliau yang menetap di
Bagi memudahkan pemahaman, pihak editor (ed.) turut memasukkan beberapa keterangan.
KETIKA berada di pucuk kepimpinan
Dr M (ed. selain Fidel Castro dari
Mantan Perdana Menteri
Dr M sedar sikap kepimpinan yang kurang bertanggungjawab ini hanya akan membuatkan negara dan rakyat terjerumus ke dalam lembah kemiskinan sambil mewujudkan segelintir golongan maha kaya (super-rich).
Justeru di bawah pentadbiran beliau,
Namun demikian, Dr M tidak layak disifatkan sebagai seorang sosialis. Bahkan dalam dasar pembangunan sosio-ekonominya, sentiasa menggalakkan pertumbuhan Kelas Pertengahan di kalangan masyarakat di negaranya. Malah beliau diketahui kuat berpegang kepada Mencius (Mengzi), tahap kedua di dalam ajaran Confucius yang menegaskan tentang tanggjungjawab pemerintah terhadap rakyat kebanyakan.
SOROS
Dalam tempoh beliau menerajui
Serangan kewangan yang didalangi Soros ini telah meranapkan usaha pembangunan selama 10 tahun serta kerja kuat oleh kira-kira 20 juta penduduk di
KEPETUALANGAN IMF
Selepas berlaku serangan dari
Dari sikap berat sebelah IMF dan Bank Dunia (ed. yang turut dipengaruhi kepentingan ekonomi dan kewangan global Barat) jelas terserlah motif sebenar di sebalik serangan ekonomi dan kewangan Soros: yakni bagi melumpuhkan sistem ekonomi dan kewangan negara dan meletakkannya tertaklok kepada rejim IMF, justeru Orde Dunia Baru (ed. mengikut cita-cita komplot ekonomi dan korporat Barat yang kini lebih dikenali sebagai Global Corporatocracy atau Korporatokrasi Global).
Kesemua negara yang tunduk kepada peraturan IMF telah menghadapi kemusnahan di dalam sistem ekonomi dan kewangan mereka. Negara-negara ini termasuklah
Mengenai kegawatan ekonomi di
Gantinama baru terhadap sistem kuku besi kewangan dunia adalah ‘masyarakat antarabangsa’ ; segala apa yang dilakukan oleh negara anda bagi mempertahankan kedaulatan akan dianggap sebagai ‘serangan terhadap masyarakat antarabangsa,’ dan bukan bagi melaksanakan hak mempertahankan diri dari amalan riba yang digalakkan oleh rejim perbankan global; yang mana semakin banyak hutang yang dijelaskan maka semakin banyak tertunggaknya hutang berkenaan.
Justeru, atas alasan inilah
Malaysia berjaya mengekalkan kemerdekaan kerana orang tua yang tegar ini, Dr M engkar terhadap kehendak IMF.
Anwar Ibrahim telah mengambil kesempatan dari keadaan kegawatan negara yang didalangi Soros untuk menimbulkan keadaan huru hara. Seorang pemimpin yang lemah pasti akan meletak jawatan dan membiarkan negara terus huru hara dalam menghadapi apa yang dihadapi oleh Dr Mahathir (ed. ketika menghadapi kegawatan ekonomi dan tentangan reformasi dari Anwar Ibrahim lewat tahun 1990an).
Bagaimanapun, Dr M telah dengan bijaksana menangani ancaman dari kalangan anasir Neo-Liberal ini dengan memperalatkan peruntukan undang-undang sedia ada, terutama yang berkaitan dengan aktiviti homoseks. Walaupun keputusan (ed. untuk mendakwa Anwar di bawah undang-undang anti-homoseks di bawah Kanun Kesiksaan ) ternyata tepat tetapi amat sukar untuk diambil:
Malah di Amerika Syarikat penjenayah tersohor lagi licik Al Capone kecundang juga akhirnya atas dakwaan mudah mengelak cukai setelah lain-lain peruntukan undang-undang tidak berkesan. Dalam hal ini, seorang penyokong IMF tidak kurang hinanya dari penjenayah.
IGAUAN
Bagaimanapun, bagi kalangan masyarakat intelek dan cendekiawan di Malaysia, episod menangani karenah Anwar Ibrahim, justeru kebejatan IMF, sesuatu igauan yang buruk : mereka (golongan intelek dan cendekiawan di
Soros masih mengekalkan kehadirannya di
Itu sebabnya saya pernah memberitahu kalangan rakan media di
Minggu ini, Dr M punyai sebab yang kukuh untuk merasa gembira: sebuah mahkamah di Perancis telah mendapati Soros bersalah atas pembabitan di dalam dagangan dalaman. Walaupun denda sebanyak AS$2 juta yang dikenakan tidak mungkin memberikan keinsafan kepada penyangak matawang antarabangsa ini yang mendapatkan keuntungan sehingga AS$ 1 billion dalam dagangan harian, tetapi cukup sekadar untuk mengesahkan beliau sebagai seorang pencuri. Berdasarkan segala karenah manusia berfahaman Neo-Liberalis yang memualkan ini maka tidak hairanlah jika terbukti kelak bahawa kezaliman puak Zionis di Palestin sengaja diatur bagi mengabui mata masyarakat antarabangsa terhadap kejahatan kaum kerabat mereka yang memperjuangkan Globalisasi. Ketika askar Zionis sibuk memusnahkan sebuah perkampungan (ed. di Palestin), Soros dan IMF pula sibuk meranapkan sebuah negara.
MATAWANG
Selain dari Castro, Dr M juga semememangnya sedar tentang hakikat bahawa sumber utama kuasa di dunia masa kini adalah matawang dolar AS yang terlebih dinilai. Sejak tahun 1972, AS telah dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan matawang berkenaan tanpa diikat dengan nilai emas. Walaupun penipuan terbesar dalam sejarah umat manusia ini telah membawa kemewahan tak terhingga kepada segelintir orang, tetapi bagi kebanyakan umat manusia di serata pelosok dunia, kesengsaraan dan kemusnahan adalah akibatnya. Atas kesedaran inilah maka
Dr M berpendapat dagangan matawang perlu diharamkan: "
Jelaslah bahawa penipuan di dalam urusan dagangan matawang dunia telah mencapai ke suatu tahap paling tinggi. Kegiatan dagangan matawang adalah jauh lebih besar dari keseluruhan dagangan dunia.
BEBAS
Orde Dunia Baru punyai musuh paling lantang, Dr M. Beliau melihat gagasan Orde Dunia Baru Barat sebagai kesinambungan kepada penjajahan lama mereka: "Konsep ‘dagangan bebas’ telah sekian lama dilaung-laungkan oleh kalangan negara di Eropah. Pada abad ke 19 Masehi, Barat telah memperalatkan kapal-kapal perang mereka bagi memaksa
Tempoh begitu lama yang diambil dalam memimpin negaranya masih belum melembutkan sikap Dr M. Malah pemikiran beliau nampaknya telah menjadi berani dan luar biasa. Malah ketika dalam satu rangka lawatan rasmi ke Jepun, beliau ada menyarankan agar negara tersebut menolak model pembangunan Barat yang beliau yakin boleh menjejaskan segala pencapaian yang diperolehi negara matahari terbit itu setakat ini: Sistem Jepun amat berkesan bagi orang Jepun. Sistem ini telah menjadikan ekonomi Jepun sebagai ekonomi kedua terpenting di dunia. Walaupun sistem yang terbukti berkesan ini tidak meniru cara Barat, tetapi ia pasti tidak salah berdasarkan begitu banyak pencapaian terhasil darinya.
Dr M berpandangan bahawa Jepun perlu kembali kepada penglibatan lebih kerajaan di dalam ekonomi, di samping terus mempertingkat kepimpinan di kalangan masyarakat Asia, memandangkan "
Sentimen serupa mula terserlah di Iran dan kalangan negara Arab di mana penentangan terhadap British telah menyebabkan kalangan pemimpin nasionalis di Timur Tengah mendapat sokongan dari kalangan kuasa Axis.
ALTERNATIF
Menurut beliau bagi membolehkan dasar sesebuah kerajaan yang baru itu membuahkan hasilnya memerlukan masa bertahun-tahun. Pada tahun pertama, misalannnya, para pemimpin berlajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran negara yang diperintah. Tahun berikutnya, pemimpin berkenaan akan membentuk pandangan yang tersendiri, kemudiannnya barulah mengorak langkah untuk membuat keputusan. Dan bagi mana-mana keputusan yang telah dibuat ini untuk diadili oleh masyarakat, memerlukan beberapa tahun lagi. Dalam hal ini, Dr M pernah menyatakan bahawa segala kejayaan yang dicatat oleh beliau adalah berkat masa cukup yang diberikan.
Walaupun perkara ini merupakan suatu keganjilan bagi kebanyakan orang tetapi bagi tiga orang (ed. yang dianggap oleh Dr Shamir) sebagai antara negarawan paling berkarisma masa kini, Dr M, Dr Fidel Castro dan Pope telah berjaya memimpin untuk tempoh lebih 10 tahun tanpa banyak halangan.
Malah di kalangan badan korporat utama dunia yang kini lebih kurang sama berkuasa dan berpengaruh dengan kebanyakan negara, amalan untuk mengekalkan pucuk kepimpinan bagi satu jangka masa yang lama turut diamalkan.
Saya amat berkeyakinan jika negarawan seperti Dr M diberi peluang memimpin negara seperti Jepun, (atau Cina, atau Rusia, atau, mungkin, Kesatuan Eropah) keadaan dunia pasti akan berubah. Banyak perubahan besar telah berlaku sejak meletusnya Perang Dunia Kedua, dan kalangan rakyat kebanyakan di Eropah dan Amerika Syarikat, sedang mula merasakan bebanan sama dialami oleh penduduk Asia ketika dijajah dahulu.
Apa yang sering dilaung-laungkan oleh Barat sebagai “Masyarakat Terbuka” kini telah bertukar menjadi satu rompakan besar-besaran terhadap masyarakat mereka sendiri; seperti juga Orde Dunia Baru yang kian dilihat sebagai usaha penjajahan baru terhadap Eropah dan Amerika Syarikat oleh kalangan elit kewangan mereka sendiri (ed. terutama kalangan segelintir pemain utama sector perbankan dan korporat Yahudi-Zionis atau Nasara-Zionis yang berpegang kepada fahaman neo-konservatif mahu pun neo-liberalisme).