04 September 2007

SATU CONTOH BERLELUASA RASUAH DI BAWAH REJIM UMNO MUTAKHIR


Oleh : Theodore Herzl

KUALA LUMPUR: Dengan memperalat sebuah syarikat proksi Menteri Pelancongan, Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) dipercayai telah bersubahat menggelapkan sejumlah besar peruntukan sebanyak RM 52 juta dari Kementerian berkenaan.

Jumlah yang digelapkan melalui syarikat proksi ini adalah bagi mengadakan satu ekspo aeroangkasa antarabangsa di sini.

Difahamkan pihak Kementerian Pelancongan telah bersetuju meluluskan peruntukan tersebut ekoran permohonan yang dibuat oleh syarikat proksi berkenaan, Best Venue Sdn Bhd (Best Venue).

PROKSI

Anggota Lembaga Pengarah Best Venue terdiri dari antara kalangan proksi Ku Nan paling dipercayai, termasuk Setiausaha Politik beliau sendiri Abu Mansor Khamis, dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mustafa Kamal.

Sebelum memegang jawatannya sekarang sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Seputeh untuk satu tempoh yang lama.

Permohonan yang dibuat oleh Best Venue adalah berdasarkan konsep permohonan asal bagi menganjurkan Ekspo Aeroangkasa Antarabangsa Malaysia yang telah terlebih dahulu dikemukakan oleh sebuah firma penganjuran ekspo tempatan yang beribupejabat di Singapura, Mactus Sdn Bhd (Mactus) kepada Ku Nan sendiri.

Bagaimanapun, ekspo aeroangkasa itu telahpun diadakan dengan jayanya di Pusat Ekspo Antarabangsa Subang lewat Julai lalu.

Di dalam pemohonan asal itu, Mactus telah memberikan sebutharga berjumlah hanya RM 21 juta untuk menganjurkan ekspo berkenaan.

UBAHSUAI

Bagaimanapun, permohonan Mactus untuk menganjurkan ekspo tersebut telah diubahsuai oleh Best Venue dengan menokok tambah sebutharga menjadi RM 52 juta.

Berbekalkan konsep yang diperolehi dari Mactus dan sebutharga yang telah dipinda itu, Best Venue kemudian membuat permohonan kepada pihak Kementerian untuk menganjurkan ekspo berkenaan.

Apabila permohonan tersebut diluluskan, Best Venue telah mengeluarkan surat perlantikan kepada Mactus untuk menganjurkan ekspo itu dengan diberi peruntukan RM 21 juta seperti yang diperlukan

Peruntukan selebihnya berjumlah RM 31 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Best Venue.

Menurut kalangan sumber yang mengetahui tentang transaksi ini, kesemua operasi menggelapkan dana kerajaan ini, justeru wang kalangan rakyat jelata yang membayar cukai, telah dilakukan oleh ahli Lembaga Pengarah Best Venue dengan pengetahuan serta kolusi dari Ku Nan.

REJIM LAMA

Dengan berakhirnya rejim mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad lewat 2002, maka karier politik Ku Nan dianggap ramai dari kalangan anggota akar umbi UMNO dan para pemerhati sebagai telah berkubur.

Seperti juga kalangan majoriti anggota barisan kepimpinan rejim UMNO masa kini yang mengisi kepimpinan di peringkat Jemaah Menteri mahupun di negeri-negeri, beliau tidak termasuk kalangan “orang pilihan” rejim pelapis, Abdullah Ahmad Badawi (Dolah).

Malah pada tempoh pemerintahan rejim Dr Mahathir, Ku Nan telah dikenalpasti sebagai antara “tokoh” paling sesuai untuk diangkat menduduki barisan pucuk kepimpinan parti serta negara atas peranan menegakkan konsep kapitalisme kroni (crony capitalism) UMNO yang mengalakkan amalan rasuah.

Malah beliau yang pernah menjadi satu-satunya anggota Majlis Tertinggi Dr Mahathir dari sektor korporat lebih dikenali di kalangan anggota akar umbi parti atas sifat sebagai proksi kepada satu empayar korporat bukan Melayu tempatan yang terbina atas konsep kapitalisme kroni.

Justeru dalam rombakan kabinet yang diadakan ekoran Pilihanraya Umum 2004, nama beliau langsung tidak tersenarai di dalam senarai asal barisan Jemaah Menteri baru Dolah.

Bagaimanapun, hasil usaha melobi secara agresif dengan memperalatkan pengaruh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Zaki Zahid yang begitu akrab dengan menantu Dolah Khairy Jamaluddin, maka nama Ku Nan termasuk juga dalam senarai anggota Jemaah Menteri di saat-saat akhir.

HUTANG

Dipercayai bahawa bekas orang kuat Dr Mahathir itu tidak punya pilihan melainkan terpaksa “menebalkan muka” menyertai Kabinet Dolah akibat menanggung bebanan hutang yang terlalu tinggi.

Ekoran kegawatan ekonomi dan kewangan Asia Timur 2007, Ku Nan dianggarkan terhutang tidak kurang RM 700 juta akibat kegiatan dagangan di bursa saham serta lain-lain aktiviti perniagaan yang kuat berbau kronisme dan nepotisme.

Malah di kalangan kenalan rapat, kebanyakan aktiviti beliau sebagai Menteri Pelancongan lebih ke arah mendapatkan keuntungan peribadi, terutama usaha untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan hutang yang telah tertunggak sekian lama itu.

“Setakat ini, beliau hanya mampu menjelaskan ansuran faedah dari jumlah hutang asas yang tertunggak itu,” jelas salah seorang kenalan rapat beliau.

3 ulasan:

Abang Din berkata...

Teruskan dedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam UMNO sejak diselinap roh Yahudi Zionis dan mengakibat berkuburnya parti dalam tahun 1987!

Tun Teja berkata...

Bang, jangan takut, Tijah masih ada kerambit terselit celah sanggul!

adiwadipak berkata...

Bang, kita lupakan dulu bab Ku Nan sakau duit gomen tu. Sekarang kaum kerabat blog Cina kita dah mula kurang ajar, dia hentam Dr Mahathir dan kutuk Melayu habis-habisan fasal dr Mahathir takut Melayu Johor tergadai oleh geng-geng Cina Yahudi Pak Boleh BeLah dari Singapore. Amacam bang, apa nak buat?