02 September 2007

PERMATA ASLI ILMU DARI JOHOR

“Sudah Taj us-Salatin ini fil akhir,
Dan Bukhari dengan Taj itu fakir,
Seribu syukur kepada Tuhannya,
Yang menganugerahkan pertolongan-Nya,
Pada Bukhari yang Taj itu ada,
Bahawa pada Raja gembira itu pada,
Menjadi hakim kerajaan erti,
Dan nyatalah raja yang baik pekerti,
Sedang ada mahkota dikepalanya,
Dan erti pun hendaklah dinyawanya,
Isi perbendaharaannya zahir,
Terindah dari sekaliannya jawahir,
Apatah gerangan sekarang ku kata,
Melihat hartanya ertilah semata,
Bukhari ku ingatkan pangkat itu,
Maha besar daulatlah daulat itu,
Dan syukurlah akan kurnia Shah Alam
Sambil katakan begitu siang malam.
ﺁﺃﺇ

Petikan dari kata penutup penuh hikmah di dalam kitab Taj us-Salatin (Mahkota Segala Raja-Raja) karangan pendita Empayar Melayu Johor kurun ke 17 Masehi, Bukhari al-Jauhari. Kitab ini satu-satunya panduan bersifat meta-fizik terbitan Alam Melayu yang menyentuh tentang ehwal pemerintahan dan kepimpinan negara dan masyarakat. Ketika mula diterbit, kitab ini telah digunakan secara meluas oleh para pemerintah di seluruh Alam Melayu, termasuk juga kalangan penganjur penjajahan Belanda ketika menjajah Indonesia selama 350 tahun. Munsyi Abdullah banyak merujuk kepada kitab ini dalam usaha menganalisis keperibadian Sir Stamford Raffles. Malah tindakan Sultan Hussin di Temasik menolak usul dagangan awal dari Raffles juga berpedomankan tugas dan tanggungjawab raja seperti yang gariskan di dalam Taj us-Salatin.Versi Jawa kitab ini banyak berperanan membantu Sultan Jogjakarta dan Solo dalam urusan pemerintahan. Di Aceh, pemilihan permaisuri Sultan Iskandar Thani adalah berpandukan isyarat metafizik yang terdapat di dalam Taj us-Salatin. Usaha cendekiawan nusantara terbilang, Nuruddin ar-Raniri untuk menggantikan Taj us-Salatin dengan Bustan us-Salatin gagal kerana hikmah di sebalik fatwa terhadap kepimpinan negara yang terkandung di dalam kitab dari Johor ini ternyata lebih berkesan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku anak JOHOR dulu, baru anak MALAYSIA!

Tanpa Nama berkata...

Di mana saya boleh dapat naskah Taj Us-Salatin?

Si Bongkok Tanjung Puteri berkata...

hj rahim bertanya:
Di mana saya boleh dapat naskah Taj Us-Salatin.

Si Bongkok jawab: Hanya terdapat satu naskah milik saya. Tetapi Haji boleh dapatkan bantuan orang di Dewan Bahasa Pustaka bagi mendapatkan naskah yang diterbit oleh DBP hasil Tesis yang dibuat oleh seorang pengkaji tempatan Sdra Kamal Hussein.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Si Bongkok. Jasamu tetap dikenang. Suatu pendedahan yang berani tanpa takut risiko.
Kita semua akan menyokong anda.

Tolong dedahkan dimana pusara si Bongkok di Tanjung Puteri . Biar kita sedekah fatihah yang telah lama terhutang.

Bagi Si Bongkok era 2000 - anda kami sanjungi.

Cili~man.

Unknown berkata...

Assalamulaikum

Boleh tak kalau Tajus Salatin milik Tuan ini dibuat dalam bentuk versi digital.

Terima kasih