07 Disember 2007

AGENDA TERSEMBUNYI DI SEBALIK WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR (WPI)

Bahagian Akhir

Tidak dinafikan potensi pembangunan koridor ekonomi seperti WPI ini untuk menjadi pemangkin dan pemacu ekonomi di Selatan Johor.

Namun demikian, berdasarkan pelan induk pembangunan wilayah berkenaan, terlalu banyak konsesi diberikan kepada orang luar, terutama kalangan pelabur dari Singapura.

Dasar, perancangan dan perlaksanaan program pembangunan di WPI ini kebanyakannya membelakangkan kepentingan taktikal dan strategik masyarakat tempatan, terutama kalangan orang Melayu, sehingga tidak boleh tidak memperlihatkan keadaan “menang sorak, kampong tergadai”.

Berdasarkan pengamatan ini, kedudukan Melayu di WPI nescaya bakal menjadi ibarat “melukut ditepi gantang” kerana gagal turut serta di dalam arus pembangunan pesat yang dijangka berlaku di kawasan berkenaan.

Jika ini berlaku, ternyata bahawa wilayah pembangunan ekonomi di selatan tanahair ini bertentangan sama sekali dengan dasar afirmatif kerajaan untuk menyusun semula masyarakat dan memelihara ketuanan bangsa Melayu di bumi sendiri.

Gejala ini juga amat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang jelas menjamin kedudukan orang Melayu dalam semua aspek kehidupan di negara yang berdaulat lagi merdeka ini.

Konsep pembangunan wilayah seperti WPI ini perlu dilihat sebagai hanya memenuhi cita-cita segelintir anggota pucuk kepimpinan UMNO masa kini yang ternyata begitu ghairah untuk menyesuaikan diri dengan perencanaan globalisasi tamadun Yahudi-Nasara Barat dengan konsep Orde Dunia Baru mereka yang ternyata sedang giat ditentang oleh kalangan masyarakat Dunia Ketiga dan negara Islam yang sedang membangun.

Tidak dinafikan pembangunan koridor ekonomi di selatan tanahair ini akan lambat laun atau sedikit sebanyak melimpah kepada kalangan rakyat jelata.

Namun demikian, sekiranya limpahan ini tidak seiring dengan peningkatan kos pengeluaran dan sara hidup di sekitar wilayah berkenaan, ini pasti akan membawa kesan negatif kepada masyarakat setempat yang rata-ratanya terdiri dari mereka yang menjalankan ekonomi sara hidup seperti bertani secara kecil kecilan.

Perancangan tidak seimbang di WPI yang mementingkan modal insan dari segi knowledge economy atau ekonomi pengetahuan berintensif modal pasti akan membataskan peluang pekerjaan kepada anak tempatan yang kebanyakannya masih tidak berpelajaran tinggi.

Dasar dan perencanaan WPI sedia ada bakal mencetuskan satu bencana sosial di dalam wilayah pembangunan berkenaan. Bencana ini bakal menjelma dalam bentuk ketidakseimbangan sosio-ekonomi di antara penduduk tempatan dengan para pelabur/pekerja asing.

Kemelut ini pasti menjadi lebih rumit apabila warga Singapura yang mempunyai kuasa membeli yang lebih besar bebas masuk, bergerak dengan mudah untuk bekerja dan tinggal di dalamnya.

Bagi menegaskan kejanggalan WPI dari segi mendaulatkan agama, bangsa dan negara, berikut dipaparkan perbandingan antara program pembangunan wilayah di selatan Johor ini dengan Koridor Pembangunan Utara Semenanjung yang melibatkan tiga buah negeri iaitu Perak, Kedaj, Pulau Pinang dan Perlis:

Perbezaan di antara Koridor Utara dan WPI

* WPI melibatkan sebuah negeri sahaja iaitu Johor manakala Koridor Utara membabitkan
empat buah negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

* Pelaburan WPI melibatkan pelaburan langsung dari negara jiran iaitu Singapura. Di Koridor Utara, tiada negara asing terlibat dalam pelaburan secara langsung.

* Rancangan pembangunan WPI mempunyai wilayah pentadbiran sendiri. Koridor Utara tiada pentadbiran sendiri dan sebaliknya berasaskan pembangunan sumber sedia ada di setiap negeri diselaraskan oleh sebuah badan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

* Fokus pelaburan WPI lebih kepada pembangunan perindustrian dan ekonomi kawasan bandar. Koridor Utara menumpu kepada pembangunan ekonomi luar bandar serta sektor pertanian.

*Yang paling penting, WPI melibat pelaburan dan penyertaan dari negara luar, terutama Singapura. Sebagai rakan akrab Zionis Israel dirantau ini, pengaruh, pasaran, barangan dan perkhidmatan yang berasal dari Israel akan begitu mudah dibawa masuk, justeru bakal menjadikan wilayah ini sebagai pusat pengedaran semula barangan Zionis kepada masyarakat Islam rantau ini dan seluruh dunia.

Ada pihak yang mungkin mengutarakan hujah bahawa sebelum wujud WPI, para pelabur dan individu dari Singapura telah sememangnya sekian lama membeli hartanah dan membina perusahan dan perniagaan mereka di sekitar Johor Bahru.

Namun begitu, kemasukan modal Singapura sebelum ini berlaku secara rambang. Tetapi dengan kewujudan WPI, proses pembelian hartanah dan membina perusahaan dan perniagaan sekitar Selatan Johor kini lebih berstruktur, terancang dan mempunyai gerak-kerja yang begitu komprehensif, lengkap dengan skima bagi mempermudahkan semua ini.

Pembangunan modal insan yang kononnya menjadi teras pembangunan dan penstrukturan masyrakat Malaysia, terutama orang Melayu, sebenarnya tidak diterapkan dalam perancangan mega di WPI ini.

Program pembangunan pekerja ilmuan (knowledge workforce), pekerja terlatih dan separa terlatih untuk penduduk tempatan tidak langsung dipertimbangkan di dalam WPI.

Jangan kita terus biarkan perlaksanaan WPI ibarat “kera dihutan di susui, anak dalam rumah mati kelaparan”.

Allah selamatkan Sultan
Anugerahkan dia
Segala kehormatan
Sihat dan ria
kekal dan makmur
Luaskan kuasa
Naungkan kami
Rakyat dipimpini bersama lagi
Dengan merdeka bersatu hati
ALLAH BERKATI JOHOR
Allah selamatkan Sultan

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cicit Si Bongkok said...
Pengambilan kawasan lebih 2,000 km persegi di selatan Johor untuk dijadikan koridor pembangunan Pak Lah boleh disamakan dengan langkah British mewujudkan Malayan Union. Kedua2nya bertujuan untuk menghakis hak ketuanan Melayu, Negeri-Negeri Melayu dan Raja-Raja Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.Perbuatan yang akhirnya akan menguntungkan jiran sombong kita, Singapura harus ditentang habis-habisan oleh semua rakyat Malaysia yang mahukan negara kita terus berdaulat lagi merdeka.

Tanpa Nama berkata...

Suggestion to Si Bongkok: Why don't you compile and publish the interesting series on WPI in a book form. As not many people have easy access to internet, especially amongst the kampung folks, such book could help expose Pak Lah's incompetent and bumbling administration, which has, within a short span of time, metamorphosed into a veritable lackey of the pro-zionist regime in Singapore.

A Voice berkata...

Cicit Si Bongkok

Saya pernah menulis satu artikel berkenaan WPI berjodol Ancaman Malayan Union ke III?

Tanpa Nama berkata...

Wahai Si Bongkok Tanjung Puteri, Teruskanlah perjuanganmu untuk Memperjuangkan dan membela hak dan nasib Orang Islam & Melayu. Kami orang Melayu bersatu teguh dibelakangmu. Semoga Allah merahmati perjuanganmu.