12 Januari 2009

Zionis depan mata...sistem maklumat sensitif Bukit Aman diceroboh

Pada 14hb Julai, 2008, tanpa diheboh-hebohkan kepada pihak media, termasuk di kalangan media alternatif, Atok telah terpanggil untuk membuat satu laporan polis di Balai Polis Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Laporan berkenaan adalah mengenai apa yang diketahui dan diyakini satu komplot berbahaya untuk mengkompromi, menguasai dan menceroboh secara sulit sistem maklumat di pusat nadi penting keselamatan negara, Ibupejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.

Apa yang paling membimbangkan, pencerobohan yang turut melibatkan satu Unit Perisikan Pusat (Elektronik) PDRM yang serba sensitif, didalangi oleh dua orang yang diketahui punyai perkaitan rapat dengan masyarakat perisikan dan pertahanan sebuah negara yang telah lama menjadi musuh masyarakat antarabangsa, Zionis Israel.

Kedua-dua dalang ini juga menjadikan negara terdekat kita, Singapura sebagai “pengkalan korporat” mereka untuk menjalankan operasi mencerobohi sistem maklumat PDRM.

Gaza

Atok terpanggil untuk menulis posting ini dan mendedahkan kejadian breach paling serius dalam jentera keselamatan negara yang berlaku sejak lebih setahun lalu ini sempena tindakan kebinatangan tentera negara zionis itu “menyembelih” orang awam Palestin di Semenanjung Gaza.

Ketika posting ini ditulis, pencerobohan oleh bala tentera yang sombong dan hina itu telah memasukki minggu keduanya, manakala angka yang terkorban di kalangan rakyat Palestin tidak berdosa telah melepasi angka 700 orang yang termasuk ramai dari kalangan kanak-kanak dan bayi tidak berdosa.

Walaupun Malaysia tidak pernah mengadakan apa-apa bentuk perhubungan pun dengan negara Yahudi Zionis itu sejak merdeka, tetapi dalam laporan polis Atok, kedua-dua dalang yang mencerobohi sistem maklumat di Bukit Aman itu didedahkan sebagai rakyat Israel, Izhar David Nakar dan Ido Schecter.

David Nakar merupakan veteran Angkatan Udara Israel yang pernah menerima Israel Defense Award (Anugerah Pertahanan Israel). Beliau juga bertanggungjawan membangunkan satu sistem perisikan elektronik (ELINT) yang tercanggih bagi negara zionis itu. Schecter pula masih berkhidmat sebagai pegawai berpangkat Kapten di dalam Angkatan Udara Israel.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat di kalangan sumber-sumber yang boleh dipercayai, Atok mendedahkan melalui laporan polis yang dibuat itu bahawa modus operandi kedua-dua “master mind” Yahudi untuk mencerobohi sistem komputer Bukit Aman adalah dengan “memaksa” vendor Teknologi Maklumat tempatan yang menyertai program pengkomputeran PDRM supaya memberi sub kerja mereka kepada sebuah syarikat tempatan, Asia Soft (M) Sdn Bhd (ASSB) yang merupakan “syarikat samaran” atau dalam istilah masyarakat perisikan Barat/Israel, “proprietary company.”

Singapura

Apa yang menarik dalam hal ini, 30 peratus saham di dalam ASSB dimiliki oleh syarikat teknologi maklumat dari Singapura, Asia Soft (S) Pte Ltd (ASSPL). David Nakar dan Schecter merupakan ahli Lembaga Pengarah ASSPL. Syarikat Singapura itu pula dimiliki oleh sebuah lagi syarikat dari seberang Tambak Johor, Asia Soft Global Pte Ltd (ASGPL).

Seterusnya, ASGPL pula dimiliki oleh sebuah syarikat teknologi maklumat yang berpengkalan di Tel Aviv Israel, Top Image System (TIS). Selain menjadi Ahli Lembaga Pengarah ASSPL, David Nakar merupakan Pelopor/Pengerusi TIS, manakala Schecter merupakan Ketua Pegawai Eksekutif.

Setelah lebih tujuh bulan laporan polis dibuat, persoalan yang timbul adalah: apa telah terjadi dengan siasatan yang dijanjikan oleh pihak PDRM? Walaupun perkembangan terakhir yang Atok ketahui, selang tak sampai sebulan laporan polis dibuat, skandal espionage ini telah sengaja “dibocorkan” kepada akhbar The Star.

Walaupun akhbar harian tempatan bahasa Inggeris ini kemudian memuatkannya sebagai berita utama muka depan, tetapi tiada perkembangan atau fakta tambahan yang dipaparkan.

Appeasement

Walaupun Atok memahami keperluan pihak yang berwajib di dalam birokrasi keselamatan negara kita untuk mengekalkan sikap low profile dalam kes sensitif seperti ini – barangkali memandangkan ianya melibatkan negara jiran akrab kita di dalam ASEAN, Singapura – tetapi dikhuatiri sikap berdiam diri ini dianggap musuh satu langkah appeasement atau langkah mengalah; terutama oleh mana-mana anasir subversif pihak asing atau fifth columnists dari kalangan rakyat tempatan yang sudah pasti mempunyai agenda tersembunyi.

Segala dasar mahupun undang-undang kerahsiaan kerajaan sepatutnya digunakan untuk melindungi negara dan rakyat dari musuh – terutama musuh utama masyarakat antarabangsa masa kini, iaitu pergerakan yahudi zionis/kristian zionis antarabangsa – dan bukan untuk melindungi mana-mana pemimpin politik mahu pun birokrat dari rakyat yang sepatutnya mereka lindungi.

Lagipun aspek keselamatan dan kedaulatan negara merupakan sesuatu yang tidak boleh dikompromi atas apa-apa alasan sekalipun kerana ia seharusnya mengatasi setiap individu atau institusi!!

6 ulasan:

Puddy Tat berkata...

Negara ini di tubuhkan oleh kuasa kolonial British. Negara ini adalah bekas tanah jajahan British. Parti politik yang berkuasa dalam negara ini pada awalnya menentang British tetapi kemudian bekerjasama dan bersekongkol dengan British.

British dan kaum Zionis ini telah membunuh, menangkap , memenjara dan menghalau keluar sesiapa sahaja yang menentang negara baru ini. Akhirnya kuasa kolonial British telah memberikan kemerdekaan. Semua ini berlaku sesudah tamatnya perang dunia ke dua.

Zionisma ialah satu fahaman perkauman – hegemoni satu bangsa. Zionisma membawa fahaman rasis yang percaya hanya bangsa mereka sahaja yang betul. Bangsa-bangsa lain adalah salah. Bangsa-bangsa lain akan dianggap bangsa kelas ke dua. Malah jika ada bangsa lain yang tinggal dalam negara mereka, bangsa asing ini wajib tunduk kepada kuasa politik hegemoni perkauman. Zionisma adalah politik hegemoni satu bangsa.

Jika ada sesiapa yang berani mengkeritik negara hegemoni satu bangsa dan satu agama ini mereka akan dianggap musuh. Jika mereka dianggap musuh maka mereka boleh di penjara. Undang-undang kolonial British membolehkan warga di penjara tanpa bicara. Banyak penentang fahaman perkauman dan hegemoni satu bangsa ini telah di penjara. Ada yang berbelas-belas tahun. Ada yang telah digantung mati.

Negara Zionis ini sentiasa menggunakan AJENDA KESELAMATAN sebagai dasar utama dalam negara. Sesiapa yang cuba mengkritik negara hegemoni satu bangsa akan di anggap mengancam keselamatan. Apa sahaja yang cuba dilakukan oleh warga jika di tafsir bertentangan dengan fahaman hegemoni satu bangsa ini akan di anggap mengancam keselamatan negara.

Justeru jika ada tiga warga yang berkumpul mereka akan dianggap bahaya dan mengancam keselamatan negara. Ini kerana negara Zionis ini semenjak zaman British sentiasa dalam kedaaan perang. Walau pun telah lama merdeka undang-udang perang British ini masih terus berjalan.

Berkumpul secara aman tidak dibenarkan dalam negara Zionis. Ini akan dianggap memporak perandakan keselamatan awam. Semua perhimpunan akan di anggap perhimpunan haram – hanya parti Zionis dan penyokong-penyokong mereka sahaja yang boleh berkumpul dan berhimpun.

Jika ada perhimpunan berlaku walau pun dengan aman, jentera daulah – polis dan pencegah rusuhan – akan datang mengancam. Penangkapan terhadap perhimpuan aman adalah satu yang biasa berlaku dalam negara Zionis ini. Simbahan air asid adalah satu yang biasa kelihatan dalam negara Zionis. Peluru hidup juga digunakan untuk menembak dan menakutkan mereka yang berkumpul.

Bala tentera kaum Zionis hanya dipilih dari satu bangsa sahaja. Bangsa lain tidak akan dibenarkan memasuki bala tentera negara ini. Polis mereka juga dari satu bangsa. Mukhabarat - polis rashia - mereka mungkin ada bangsa-bangsa lain. Ini kerana mereka ingin menyamar masuk ke dalam masyarakat bangsa-bangsa lain untuk merisek.

Kekuatan negara Zionis ini bergantung kuat dengan polis-polis rashia. Mukhabarat Zionis ini ada di merata tempat. Dalam universiti, dalam masjid, di perhentian bas malah dimana-mana tempat awam akan kelihatan mukhabarat ini berkeliaran. Mereka menyamar sebagai orang biasa untuk mengutip maklumat jika ada sesiapa yang berani bersuara menentang hegemoni satu bangsa.

Negara hegemoni satu bangsa ini memiliki parlimen dan mengakui sebuah negara demokrasi berbanding dengan negara-negara lain. Tetapi parlimen negara ini tidak pernah berusaha untuk melupuskan undang-undang perang yang diwarisi dari zaman kolonial British dahulu. Undang-undang perang ini sentiasa ada dalam negara ini. Negara ini sentiasa dalam keadaan berperang.

Selain dari menganggap bahawa bangsa mereka sahaja yang betul – fahaman Zionisma juga menganggap agama lain adalah salah. Agama mereka adalah agama pilihan tuhan. Kitab-kitab suci orang lain dianggap tidak betul. Hanya kitab suci dan agama mereka sahaja yang membawa jalan ke syurga. Agama lain adalah ajaran sesat yang membawa ke neraka.

Negara Zionis ini mendapat sokongan ketenteraan dari negara-negara luar. Negara Zionis ini membeli berbilion-bilion ringgit peralatan senjata dari Amerika, Britain, Russia dan Peranchis. Kereta kebal, kapal terbang jet, kapal selam, senapang, pistol, gas pemedih mata, asid anti- rusuhan - semua alat persenjataan ini di bekalkan oleh negara luar. Semua senjata ini di beli kerana kaum Zionis tahu bahawa inilah satu-satu cara untuk mereka terus berkuasa.

Akhir-akhir ini kaum Zionis ini telah mula membuat alat-alat senjata sendiri. Semua ini dibuat kerana negara Zionis ini masih terus menerus dalam keadaan perang.

Salah satu sifat kaum Zionis yang amat menonjol ialah merampas tanah-tanah. Perampasan tanah-tanah ini terus menerus berlaku. Tahun demi tahun tanah akan di rampas. Tanah-tanah yang dirampas adalah tanah-tanah asli yang telah di teroka beratus-ratus tahun oleh penduduk tempatan. Ada tanah pertanian yang di rampas. Ada tanah perkampongan asli yang telah di rampas.

Kaum Zionis akan memberi alasan keselamatan jika mereka ingin merampas tanah. Pembangunan juga akan di jadikan alasan. Mendirikan empangan air , membuat jalan raya atau mendirikan penempatan bandar-bandar baru sering menjadi alasan untuk merampas tanah.

Pada awalnya undang-undang akan digunakan untuk merampas tanah-tanah ini. Jika gagal maka jentera polis dan tentera akan di bawa untuk merampas tanah peneroka. Polis-polis rashia akan mengancam. Ada tuan tanah yang akan dibeli. Jika gagal di beli maka tuan empunya tanah akan di ancam. Jika ancaman tidak berjaya maka akan berlaku tangkapan.

Tanah- tanah yang di rampas ini akan di berikan kepada penyokong kaum Zionis. Tanah- tanah pertanian subur yang telah di rampas ini akan di berikan kepada syarikat-syarikat yang menyokong fahaman hegemoni satu bangsa. Tuan-tuan pemilik tanah yang telah dirampas ini akan memberikan sokongan dana kepada kaum Zionis. Hotel-hotel, kondo dan apartmen mewah akan di dirikan di atas tanas yang telah di rampas.

Kaum Zionis akan melakukan diskriminasi terhadap bangsa-bangsa lain. Kaum Zionis mengamalkan diskriminasi untuk memastikan kuasa politik dan ekonomi terus di tangan mereka. Segala macam undang-undang akan diluluskan untuk memastikan hegemoni satu bangsa ini berterusan.

Kaum Zionis tidak akan mempedulikan pandangan masyarakat antarabangsa. Resolusi-resolusi badan-badan antrabangsa tidak di endahkan. Badan-bandan dunia diperlekehkan. Di dalam negara hanya pandangan yang bersetuju dengan politik Zionisma sahaja yang di benarkan. Jika ada kritikan yang muncul dari akhbar luar negara maka suara-suara ini akan dianggap benci kepada budaya bangsa kaum Zionis.

Kaum Zionis akan menuduh warga yang menentang hegemoni satu bangsa sebagai warga yang tidak patriotik, ajen negara asing atau telah keluar dari agama suci mereka dan mengikut ajaran sesat. Justeru itu negara Zionis ini mewajibkan warganya menggunakan kad pengenalan. Dalam kad pengenalan ini akan di letakan agama dan bangsa. Ini untuk memastikan kesucian bangsa mereka.

( Kita tidak perlu ke Gaza untuk melihat keganasan Zionis. Kita tidak perlu ke Tel Aviv untuk memahami Zionisma. Kita tidak perlu ke Jenin, Hebron untuk melihat tanah-tanah di rampas. Kita tidak perlu melihat Haram–al-Sharif untuk melihat tempat ibadat di runtuhkan. Kita tidak pergi ke Nablus untuk melihat rumah-rumah di runtuhkan. Kita tidak perlu melihat Ariel Sharon yang terlibat dalam pembunuhan.

Kita lihat Tasek Utara, Kampong Chu Badak, Kampong Berembang, tanah-tanah orang asli di Sabah dan Serawak yang dirampas. Kita lihat berapa banyak kuil Hindu yang telah dimusnah. Masjid dan surau yang telah diruntuhkan. Berapa buah gereja Orang Asal yang telah diruntuhkan.

Kita lihat bagaimana keterlibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya – ini tidak ada bezanya dengan pembunuhan Abu Jihad. Bukan Tzipi Livni Menteri Luar Israel sahaja yang mengahalau keluar pengkritiknya , Syed Hamid Menteri Luar Malaysia baru sahaja berkata sesiapa yang tidak suka kepada undang-undang negara ini sila tinggalkan negara ini.

Peluru hidup menembak penunjuk perasaan bukan hanya di Baitulmukadis tetapi di Memali dan Batu Buruk. Bukan Shin Bet sahaja yang mengintip di Birzeit University – Polis Cawangan Khas juga mengintip di semua universiti di Malaysia.

Jangan terlupa Bilik Rashia tahanan ISA tidak ada bezanya dengan yang di tahan di Facility 1391 di Israel.)

Jangan hanya mengutuk yang jauh tetapi lupa yang di hadapan mata. Zionisma bukan hanya orang Yahudi. Zionisma adalah fahaman politik hegemoni satu bangsa dan satu agama. Zionisma adalah semua kerajaan zalim yang menindas warganya. (TT)

ruyom berkata...

Malaysia two million Indians make up less than 8% of the population today nut have been the victims of the NEP policy since 1971.

Today after 51 years of independence, the definition for "Indian" has become a metaphor for backwardness.

Even though the median family income of Indian Malaysians according to official statistics is higher than that of malays, certain segments of the Indian Malaysians population live in with hardcore poverty and form part of the lowest strata in terms of economic ownership.

The official statistics show that the national wealth owned by Indians is only 1.2% of traded equity since 1971.

And according to Hindraf, 15% of Malaysian juvenile delinquents are Indian while 50% of all convicts in prison since 2004 and 41% of beggars in 2003 were Indians.

The percentage of Indians in the civil service fell from 40% in 1957 to less than 2% in 2005.

According to official records, 30 to 35 Indians per 100000 commit or attempt to commit suicide annually as compared to 10 to 12 Malaysians per 100000 in 2006.

In education, the Indians make up less than 5% of the university intake of over 45000 annually.

The Indians in the country are seeking equality after 51 years of independence and what Malaysia needs now is a sacrifice of the rich and super-rich of all races in staying clear of the NEP to allow the poor of all races to move up and progress.

Si Bongkok Tanjung Puteri berkata...

Terima kasih "Puddy Tat" kerana memberikan insight panjang lebar lagi berani tentang Zionisme. Atok anggap semua orang berani lagi berilmu macam awak sebagai Sahabat sehidup semati. Jangan segan dan silu utk hubungi Atok secara langsung di 012-681 5379. Kepada "Ruyom", Atok ingin memberitahu bahawa hak asasi dan keadilan bagi setiap insan di muka bumi ini, tanpa mengira keturunan dan fahaman, merupakan sesuatu yang telah sekian lama bertakhta di dalam hati sanubari Atok. Pada sekitar awal 1980an, Atok sendiri pernah memulakan satu demonstrasi "sit-in" secara aman di Batu Caves bagi membantah operasi meletup batu kuari di sana yang dikhuatiri boleh mengakibatkan runtuhnya Batu Caves. Inisiatif Atok ini telah mendapatkan sokongan di kalangan AJK Kuil Hindu Batu Caves, termasuk kalangan sami-sami mereka. Bagaimanapun, tindakan Atok ini telah disalahtafsir oleh kalangan rakan seagama dan sebangsa terdiri dari Melayu beragama Islam yang mungkin salah faham tentang ajaran Nabi Muhammad yang sebenar. Batu Caves merupakan satu fenomena gua batu kapur ciptaan Tuhan yang paling mengagumkan di dunia. Khazanah alam seperti ini tidak seharus diganggu-gugat atas nama pembangunan dan perniagaan.

Brezezinski Timur berkata...

Sememangnya pelbagai perkara yang telah berlaku di dalam kancah pentadbiran politik di negara kita sejak akhir-akhir ini direncana oleh kuasa hegemoni Barat/Zionis Antarabangsa. Ini satu hakikat, tetapi pihak jentera keselamatan negara punyai kemampuan terhad untuk membendungnya. Malah segala pencerobohan secara halus atau intrig terhadap kedaulatan dan keselamatan negara ini hanya boleh didedahkan dan dibendung berdasarkan kepada political will kepimpinan negara yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Abdullah Ahmad selepas Mac nanti. Kita perlu yakin bahawa jentera keselamatan negara akan memastikan bahawa ini menjadi antara agenda utama kepimpinan baru Najib/Muhyiddin. Kalau ini pun gagal, maka nasib masa depan anak cucu kita pasti dijajah secara halus oleh mainan hegemoni global kuasa Anglo-Amerika/Zionis.Setakat ini tanda-tanda jelas menunjukkan bahawa rejim baru Barack Obama di Washington DC besar kemungkinan akan menyokong secara halus Anwar Ibrahim untuk ditonjolkan sebagai client Islamic regime demi membantu dasar beliau untuk menundukkan seluruh Dunia Islam secara dasar berbaik-baik.

Spy Leman berkata...

How can the whole country missed such a scary espionage scandal that would, if left unchecked, spell disaster for all patriotic Malaysians? Tok Bongkok, u have surely made my day.Triple Syabas!!! Its things like the Bukit Aman Israeli spy scandal, which u are brave enough to expose, that should move all Malaysians to begin a serious rethinking of their priorities as reponsible citizenry in a sovereign nation.My reasoning is this: If professional keepers of our peace, stability and national security up on the hill could be duped into letting their guards down as to, wittingly or unwittingly, let the enemy in, what about the rest of us ordinary citizens of this great little nation of ours? Already, having special interests on matters related to our national security and sovereignty, I'm keeping a close watch on developments related to certain individuals and groups within our domestic political sphere; which I have strong and reliable reasons to believe are menaces to our national security. As far as I am concerned, these gullible and hopelessly unpatriotic politicians are clearly acting as convenient "fifth columnists", again wittingly or unwittingly, for foreign neocolonial designs on our blessed nation. To our incoming national leaderships come March, I would like to make this heartfelt plea: Sirs, please take into serious account the clear and present danger posed to the nation and its people by insidious forces of neocolonialism and neoimperialisms for the past few years or so. Please don't allow yourself to be trapped in self denial by brushing aside any evidences of silent encroachment by such forces as mere figments of rich imaginations; lest we want the nation and its people to suffer the same fate as our long suffering Palestinian brothers and sisters.

The Guardian berkata...

Its been almost a year since Si Bongkok made his police report on the alleged breach in security at out national police headquarters in Bukit Aman. Being someone privy to out National Security machinery, I've gathered enough evidences that pointed to the fact that the new Najib administration is taking the espionage scandal very seriously indeed. This is no ordinary scandal, and as such need to be tackled with utmost secrecy and dexterity. We're talking about an insidious global cabal that's enjoying an unwavering support from the world's sole remaining superpower, the US of A.The demise of an alleged pro-US, thus inevitably pro Zionis, Pak Lah regime doesn't mean that our nation is free from the clutch of such insidious global cabal. What all Malaysians ought to do in ensuring sovereignty and security of the nation is to help the new Najib/Muhyiddin regime in rehabilitating and reforming our political, economic and social life, which have been rent asunder by the "seriously compromised" Pak Lah predecessor regime. It is about time that all patriotic Malaysians, especially members of the nations most enduring sentinels - UMNO and the Royal Malaysian Police - give their utmost cooperation to the infantile regime in ridding the nation's political and bureaucratic spheres of remnants of the pathetically compromised Pak Lah regime. Salam