17 Oktober 2010

PERINGATAN KEPADA PUCUK KEPIMPINAN UMNO: ANCAMAN PENULARAN FENOMENA PERKAUMAN POPULAR DI KALANGAN UMAT MELAYU

Umat Melayu di Malaysia masakini dikhuatiri sedang dilanda fenomena psiko-sosial massa sama seperti yang menggerakkan suku kaum majoriti Germanic di Jerman untuk mengupayai pergerakan Nazi Hitler Jerman dalam usaha mengguling rejim nasionalis konservatif Republik Weimar di Berlin yang dilihat pro-suku kaum minoriti Yahudi, pada tahun 1933

SEGAMAT: Suatu Khidmat Pesanan Ringkas yang dikirim seorang kenalan dari Selangor yang merupakan seorang aktivis Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) pada 15 Oktober, ditulis seperti berikut:

"Selamat datang ke Pesta Puji Memuji UMNO yg akan berlangsung dari 19hb hingga 23hb Okt ini di PWTC. Satu pesta yang pasti terus melemahkan parti keramat org Melayu yang sememangnya sudah semakin lemah. Pesta ini lebih membimbangkan dari pesta muda mudi yang kononnya lupa diri. Muda mudi yang lupakan diri boleh diselamatkan oleh pemimpin yang kuat jati dirinya. Tapi kalau pemimpin sudah lupa diri jgn kata muda mudi, bangsa tak dapat diselamatkan, bahkan negara juga boleh tergadai. Wahai perwakilan ke Pesta Puji Memuji UMNO, insaflah.Bangsa mu semakin dihina. Agamamu telah dinodai kesuciannya, Tanahair mu hampir dirampas. Fikir2lah, tegurlah pemimpin mu dengan berani. Berani kerana benar. Berani kerana Agama mu, Bangsa mu dan Tanahair mu. "

Pelbagai tuntutan keterlaluan dari kepentingan bukan Melayu sejak akhir-akhir ini, ditambah dengan semacam pendekatan appeasement atau pujukan yang diambil pucuk kepimpinan kerajaan yang diterajui UMNO dalam menangani tuntutan berkenaan, dikhuatiri sedang melahir dan memupuk satu sab-budaya (sub-culture) atau budaya kontra (counter-culture) anti-establishment popular di kalangan suku kaum majoriti Melayu di Malaysia masa kini.

Petanda timbulnya gejala psiko-sosial ini di kalangan massa Melayu, hatta di kalangan ahli-ahli parti establishment UMNO sendiri, antara lainnya, dapat jelas dilihat dari popularitI mendadak bukan sahaja PERKASA, bahkan pelbagai NGO lain yang menganuti agenda perjuangan bangsa yang sama.

Fenomena psiko-sosial seperti ini adalah sama seperti apa yang pernah dihadapi suku kaum majoriti Germanic (pecahan dari kumpulan suku kaum besar Aryan di Eropah) pasca selepas kekalahan negara Jerman dalam Perang Dunia Pertama.

Apa yang popular digelar oleh kalangan ahli Sains Kemasyarakatan Barat sebagai fenomena sab-budaya volkisch di kalangan kaum Germanic inilah merupakan asas kepada ideologi sosialis nasional Parti Nazi Hitler yang berjaya merampas kuasa dari rejim Republik Weimar di Berlin tanggal 30 Januari 1933, dan seterusnya menegakkan kerajaan Third Reich yang menawan keseluruhan benua Eropah, kecuali kepulauan British, dalam Perang Dunia Kedua.

Hasil kajian ahli Sains Kemasyarakatan Barat rata-ratanya membuktikan bahawa sab-budaya atau budaya kontra volkisch di kalangan suku kaum Germanic ini timbul hasil fenomena kompleks rendah diri umum (collective inferiority complex) di kalangan suku kaum dominan berkenaan ekoran kekalahan negara mereka di dalam Perang Dunia Pertama.

Fenomena ini telah dijelaskan kalangan sejarahwan dan ahli Sains Kemasyarakatan sebagai akibat dari tindakan rejim konservatif nasionalis Republik Weimar di Berlin tunduk kepada syarat-syarat armistice pihak Berikat – diterajui kuasa-kuasa Anglo-Amerika-Perancis yang pro suku kaum minoriti Yahudi Jerman – dengan menandatangani perisytiharan kalah perang tahun 1918 itu.

Dalam pada itu, milieu sab-budaya volkisch – pada asasnya mengimpikan penebusan maruah kaum Germanic melalui perjuangan menangani kedajalan, intrig dan desepsi suku kaum minoriti Yahudi yang berpengaruh – itulah yang telah menggemilangkan secara mendadak nama tokoh Nazi Jerman, Hitler dan, orang kuatnya melalui pertubuhan Schutzstaffel (SS) Nazi, Heinrich Himmler.

Hitler yang ketika itu hanya merupakan seorang bekas askar berpangkat Korporal dalam Perang Dunia Pertama, dan Himmler, seorang anak guru sekolah yang sedang menuntut di dalam bidang pertanian di Universiti Munich, telah dari seawal tahun 1920an dapat mengesan fenomena psiko-sosial popular ini di kalangan anak bangsa mereka, lantas mempopularkan gerakan Nazisme yang kemudiannnya dilihat kuasa Anglo-Amerika Barat yang pro minoriti Yahudi Jerman sebagai bersifat ekstremis perkauman.

Kejayaan Hitler yang dianggap sebagai Fuhrer (bapa bagi bangsa Germanic) - dengan dibantu oleh Reichsfuhrer SS Himmler yang digeruni kalangan suku kaum minoriti tapi dihormati oleh masyarakat Germanic – adalah kerana bercambahnya persepsi popular di kalangan masyarakat suku kaum dominan itu bahawa kekalahan negara mereka di tangan pihak Berikat adalah angkara kelemahan kepimpinan konservatif nasionalis di Berlin yang dilihat terlalu dipengaruhi suku kaum minoriti Yahudi; lantas dilihat sebagai kepimpinan kerajaan pusat yang lemah lantaran mengambil pendekatan appeasement terhadap segala kehendak suku kaum minoriti berkenaan yang ternyata pro-Berikat/Anglo-Amerika-Perancis.

Fenomena inilah yang menelurkan apa yang dilihat oleh blok Anglo-Amerika-Perancis itu sebagai fahaman fasis Nazisme yang dianuti kuasa-kuasa Axis Jerman/Jepun/Itali/Sepanyol di dalam Perang Dunia Kedua.

Jika Hitler dan Himmler dapat mengesan menularnya fenomena sab-budaya volkisch ini di kalangan anak bangsa mereka dan menumpang “tui” dari fenomena psiko-sosial itu kerana kedua-duanya bukan kalangan elit politik konservatif nasionalis yang memerintah ketika itu, maka begitulah juga dikhuatiri akan berlaku di kalangan umat Melayu di negara ini, khususnya kalangan generasi pelapis bangsa berpelajaran, yang tampaknya kian bingung atau disillusioned dengan gelagat elit kepimpinan negara diterajui UMNO dalam melayani tuntutan bukan Melayu mutakhir.

Kecelaruan persepsi di kalangan massa Melayu ini digawatkan lagi dengan apa yang popular dilihat sebagai satu gerakan oleh elit kepimpinan mutakhir UMNO untuk mengganti ideologi asas Kebangsaan Melayu anutan Parti itu sejak tahun 1946 dengan sesuatu yang dikhuatiri seiring dengan gagasan Malaysian Malaysia anjuran bekas Perdana Menteri Singapura, Harry Lee Kuan Yew sekitar tahun 1960an ketika Singapura masih berada di bawah Persekutuan Tanah Melayu; dan selama ini diwarisi parti pembangkang tempatan DAP.

Persepsi berbahaya di kalangan umat Melayu ini bercambah ekoran kekeliruan secara berterusan tentang aspirasi sebenar di sebalik gagasan 1 Malaysia anjuran Perdana Menteri Ke 6, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Malah gelagat penuh tanda tanya pucuk kepimpinan UMNO masakini itu, selaku teras pucuk kepimpinan Malaysia, turut dilihat sebagai tunduk kepada tekanan geo-politik dan ekonomi dari kepentingan Yahudi-Nasrani global untuk menegakkan arus globalisasi mengikut acuan mereka, dengan sokongan kuasa Anglo-Amerika mutakhir.

Perlu diingat bahawa aktivis PERKASA yang menghantar Khidmat Pesanan Ringkas di atas berusia pada sekitar 20an. Beliau berjaya mengumpul pengikut yang agak ramai untuk menyertai PERKASA di beberapa buah daerah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Malah beliau merupakan tenaga penggerak dalam mengadakan beberapa siri bengkel “jatidiri bangsa” ala work camps di bawah naungan PERKASA serta beberapa NGO Melayu yang seperjuangan dengannya.

Setakat ini siri bengkel berkenaan mendapat sambutan begitu menggalakkan dari kalangan orang Melayu di seluruh Negara.

18 September 2010

Lee Kuan Yew gila talak…tak serik-serik pengaruhi urusan dalaman di Malaysia




Oleh The Guardian

KUALA LUMPUR: Keadaan hubungan antara kaum di Malaysia masa kini tidaklah seteruk seperti yang cuba digambarkan baru-baru ini oleh Menteri Mentor Singapura yang juga selaku mantan Perdana Menteri Pengasas negara pulau sekangkang kera di Selatan Semenanjung itu, Harry Lee Kuan Yew.

Kenyataan Lee bahawa negara kita sedang berada di dalam keadaan paling menyedihkan dari segi hubungan antara kaum itu adalah semata-mata berdasarkan tingkah kepimpinan di kedua-dua belah jurang pemisah politik Pembangkang-Kerajaan di negara ini yang sejak akhir-akhir ini semakin galak mengeluarkan kenyataan demi kenyataan berunsur perkauman, demi kepentingan politik kepartian mereka masing-masing menjelang Pilihanraya Umum Ke 13.

Malah apabila beliau turut menyatakan dalam kenyataan terbaru itu bahawa keadaan hubungan antara kaum di Malaysia masa kini boleh menjadi lebih baik jika Singapura tidak dihalau dari menjadi anggota komponen Persekutuan dulu, jelas membuktikan bahawa beliau tidak pernah serik mencampuri urusan politik dalaman di negara ini.

Telah jelas ternyata di dalam lipatan sejarah negara bahawa sebab utama mengapa mantan Perdana Menteri Pertama Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra mengambil keputusan mengusir keluar Singapura dari Persekutuan Malaysia dalam tahun 1965 adalah semata-mata atas pengkhianatan dan kelicikan Lee, parti PAP dan parti-parti proksi mereka yang lain memainkan api perkauman sehingga mengugat Keselamatan dan Kedaulatan negara ketika itu.

Sejak keluar dari Persekutuan Malaysia, Singapura yang masih didalangi Lee hingga ke hari ini dengan berproksi anaknya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, tampaknya tidak pernah serik mencampuri urusan dalaman di negara ini, termasuk kuat disyaki sebagai pencatur utama yang licik lagi halus di sebalik pelbagai pergolakan politik, ekonomi dan sosial mutakhir.

Walaupun republik pulau sekangkang kera itu kini terkenal sebagai sebuah negara maju lagi progresif yang berkait rapat dengan arus globalisasi Tamadun Yahudi-Kristian Barat, tetapi jelas ternyata bahawa Lee bagaikan orang gila talak, waimah beliau dan pewarisnya itu masih gagal menjadi teraju utama dalam menentukan arah tujuan Persekutuan Malaysia yang mempunyai keluasan tanah dan perairan, mahupun jumlah penduduk, yang jauh lebih besar.

Justeru, sekelian para pemimpin politik di negara ini, baik yang mewakili Barisan Nasional yang memerintah mahu pun Pakatan Rakyat pembangkang, perlu menghentikan dengan kadar segera naluri politik semula jadi untuk memainkan sentimen perkauman atau keagamaan.

Segala petunjuk mutkahir membuktikan bahawa kecenderongan untuk memainkan sensitiviti kaum di kalangan pemimpin politik ini lambat launnya akan turut menimbulkan perasaan permusuhan di kalangan rakyat jelata berbilang kaum di negara ini di dalam perhubungan antara satu dengan yang lain.


“Jika keadaan ini berterusan, ia sudah hampir pasti akan menimbulkan permusuhan di kalangan rakyat sambil mewujudkan ketirisan dari segi kemampuan pihak berwajib untuk menjamin Keselamatan dan Kedaulatan Negara,” jelas seorang penganalis veteran dalam bidang Keselamatan Negara.


06 September 2010

Menjelang PRU 13…sindrom penafian diri di kalangan kepimpinan BN


KUALA LUMPUR: Kepimpinan Barisan Nasional yang didalangi pucuk kepimpinan UMNO sedang dilanda sindrom penafian diri (syndrome of self-denial) dan berada dalam keadaan tenggelam punca akibat laporan risikan politik dari sumber rasmi mahu pun tidak rasmi yang tidak memihak kepada mereka menjelang Pilihanraya Umum Ke 13.

Sebagai misalan, laporan risikan sulit dari kalangan agensi rasmi mahupun melalui media, khususnya media alternatif di alam siber, rata-ratanya sedang memaparkan senario prestasi lebih buruk bagi BN dalam PRU kali ini jika dibandingkan dengan PRU Ke 12 sebelumnya.

Kebanyakan laporan ini rata-ratanya memaparkan bahawa kalangan bukan Melayu, khususnya kalangan pengundi kaum Cina, dan pengundi muda sedang jelas memperlihatkan trend untuk menolak BN pada plihanraya PRU 13.

Dalam pilihanraya umum sebelum ini yang diadakan pada 8 Mac 2008, BN gagal mendapatkan majoriti dua pertiga manakala empat negeri di Semenanjung jatuh kepada pakatan pembangkang.

Prestasi suram bagi PRU 12 ini didahului oleh keadaan di mana pihak pembuat keputusan di dalam pucuk kepimpinan BN dan UMNO, terutama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, gagal mengambil berat laporan risikan sulit dari pihak yang berwajib mahupun dari sumber terbuka, khususnya media, justeru gagal bertindak berdasarkan laporan berkenaan.

Keadaan berbahaya yang diistilah dalam bidang intelijen sebagai intelligence breach ini nampaknya masih berlaku menjelang PRU 13.

Hanya bezanya kali ini kelemahan dilihat dari segi menterjemah laporan kepada bentuk tindakan yang bersesuaian.

“Kalangan agensi pembekal laporan risikan rasmi seperti Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia dan Cawangan Khas Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia sudah sekian lama mengesani trend perubahan dari segi sokongan di kalangan pengundi terhadap BN mahu pun UMNO menjelang Pilihanraya Umum Ke 13,” tegas sumber di kalangan masyarakat perisikan sulit negara.
Bagaimanapun, menurut sumber itu lagi, masalah lazimnya timbul apabila pihak pucuk kepimpinan BN dan UMNO sendiri tidak dapat menerima kenyataan yang dipaparkan melalui laporan risikan yang diterima, lantas gagal untuk bertindak berdasarkan laporan berkenaan.

Dalam hal ini, sumber berkenaan terpaksa mendedahkan hakikat bagaimana ada antara agensi risikan sulit rasmi negara yang terpaksa “KIV” begitu banyak laporan dari kalangan petugas Pelapor mahupun Penganalis mereka hanya semata-mata kerana laporan berkenaan menyatakan bahawa Gagasan 1 Malaysia yang sedang galak diwarwarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak tidak mendapat sambutan yang sepatutnya dari kalangan rakyat kebanyakan.

03 September 2010

13th General Election…a need for BN to fulfill its political transformation

Johari Ismail

Kuala Lumpur: Ongoing efforts by the ruling Barisan Nasional coalition to maintain its status quo come the 13th General Elections (PRU 13) needs to take into dire account the much-promised but scarcely-fulfilled political transformation program.

In what is being increasingly perceived by the party stalwarts as political transformation taking a back seat against socio-economic ones, the Najib-Muhyiddin leaderships are in a danger of alienating the coalition members at the grass root levels, come the crucial national elections.

Evidently, such a weakness is caused by one fundamental flaw: a lagging political leverage mechanisms caused by a generally weak political leadership within the vast Government bureaucracy at the Federal as well as State levels.

In what can be perceived as a glaring latter-day phenomena, the BN mandarins within the Government are somehow allowing themselves to play second fiddle to the civil servants, especially in decisions relating to development projects.

“In such a relationships now, things are such that credits normally goes to the civil servants whilst criticisms goes to the political leaders, hence the ruling parties they represents,” laments one veteran BN leader from the dominant UMNO.

He adds that such a phenomena is not only rife within the Federal bureaucracy but also within the BN-led states with increasing cases of State Exco members, assemblymen, Members of Parliament and even Menteris Besar and Chief Ministers receiving raw deals not only from the State Secretary offices but also from the lowly District Officers level.

In the run-up to the much-anticipated PRU 13, the writing is clearly on the walls.

The question now is for the Najib/Muhyiddin leaderships to firmly decide which is it going to be, the party, especially the dominant UMNO, controlling the Government or otherwise.

31 Ogos 2010

Surat Terbuka kepada Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

Cauvinisme perkauman dan agama di Malaysia…bom jangka yang sedang berdetik pantas.


KEHARMONIAN perhubungan antara kaum yang berjaya dipupuk ekoran rusuhan kaum 13 Mei 1969 kini kembali pincang;bagaikan suatu bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.

Ekoran pendekatan keterbukaan atau liberalisme melulu anjuran mantan Perdana Menteri Malaysia ke 5, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang kemudianya terpaksa diwarisi penggantinya masa kini, Datuk Seri Mohd. Najib, sentimen sectarian yang menyentuh isu perkauman mahupun agama semakin galak dimainkan oleh bukan sahaja pembangkang, malah kalangan parti yang memerintah.

Apa yang lebih membimbangkan, ancaman terhadap keharmonian kaum ini berlaku dalam suasana Barisan Nasional dan UMNO yang memerintah jelas berada di dalam keadaan goyah akibat timbulnya sentimen anti-establishment begitu .mendadak di kalangan rakyat, khusus kalangan pengundi kaum Cina dan pengundi muda, pada Pilihanraya Umum Ke 13 yang bakal menjelma.

Dalam kegawatan senario politik seperti ini, terdapat pelbagai kepentingan di dalam kedua-dua jurang pemisah politik kepartian di negara ini, mahupun pihak yang berkepentingan di dalam badan-badan bukan kerajaan mahupun media, yang melihat isu perkauman sebagai landasan paling mudah untuk meraih pengaruh di kalangan anggota masyarakat majmuk di negara ini.

Dalam hal ini, apa yang dilihat sebagai kegagalan barisan kepimpinan dalam Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin iuntuk bertindak tegas terhadap pelbagai kepentingan yang sedang membakar api perkauman ini tidak langsung membantu dalam usaha meredakan keadaan.

Malah sikap kepimpinan Perdana Menteri Ke 6 ini yang sekadar mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang bersifat amaran semata-mata, tanpa disusuli tindakan yang tegas oleh pihak yang berwajib, sedang dilihat oleh kalangan rakyat jelata sebagai suatu kelemahan yang ketara.

Persepsi tentang betapa lemahnya Kerajaan yang memerintah dalam menangani isu-isu sectarian inilah yang sedang menggalakkan lagi pelbagai kepentingan di dalam parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan mahupun media untuk terus bersikap cauvinis perkauman dan agama.

Dalam konteks ini, blog Si Bongkok Tanjung Puteri telah dan akan sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa tidak ada mana-mana pihak di negara ini yang harus mengatasi keperluan negara dan rakyat jelata untuk mengekalkan Ketenteraman Awam dan Keselamatan Dalam Negeri, apatah lagi mempertahankan Keselamatan Negara.

Bagi kami, walau apa pun isu atau agenda yang mungkin diperjuangkan oleh pihak berkepentingan ini dalam memainkan sentiment sectarian di kalangan rakyat, ianya tidaklah begitu penting jika dibandingkan dengan hak asasi kesemua peringkat anggota masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di negara ini untuk mendapat jaminan terhadap keselamatan diri dan keluarga mereka di dalam kehidupan harian.

Kepada Perdana Menteri dan Timbalan serta barisan kepimpinan Kerajaan yang diterajui mereka, harapan kami adalah untuk terus berusaha mendapatkan semula political will atau kemahuan politik untuk bertindak lebih tegas terhadap mana-mana anasir yang boleh memecahbelah perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini, tanpa mengira kawan mahupun lawan.

Akhir kata, kami ingin merayu secara langsung kepada YAB Datuk Seri Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin, perkara berikut:

With due respect Sirs, if you can be seen to be acting decisively, without fear or favor, and selflessly, on behalf of Malaysians from all walks of life; whilst disregarding certain vested domestic and alien interests, in facing this real and present sectarian menace facing the nation and its people, then you can be rest assured of a special place in the pages of our nation’s history.


03 Mei 2010

The missing Block L and Block M oil field scandal ...in support of Dr. M

Following is the latest posting by Rocky Bru on the oil field scandal:

If there's a need for a Royal Commission of Inquiry, this is the one. After the expose by Dr M on his blog, Lim Kit Siang came out asking that Abdullah Ahmad Badawi explain himself. Dollah did but his explanation was lame, as lame as Kit Siang's call for the explanation in the first place. We are talking about a possible loss of USD100 billion in revenues, the possibility of a "Midnight Regulation", a major scandal involving the Prime Minister's Office, the Cabinet, a foreign government, and our national assets and the best anyone came out is, "Pak Lah, explain yourself"?

Call for a Royal Commission of Inquiry, Kit Siang! Do your job without fear and favor!

02 Mei 2010

Anwar Ibrahim: alat utama program halus "Regime Change" Barat di Malaysia?



Setiap kali memikirkan tentang pergolakan yang berlaku dalam kancah politik tanahair mutakhir sejak lebih kurang sedekad yang lalu, kita tidak boleh tidak terpaksa mengaitkannya dengan percaturan halus kuasa-kuasa asing, khususnya kuasa Yahudi-Kristian Barat yang bersendikan Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Zionis Israel serta kuasa-kuasa satelit mereka yang bertaburan seantero dunia.

Kini andaian itu nampaknya semakin menjadi kenyataan. Orang-orang di kedua-dua belah dinding pemisah politik negara, yakni parti yang memerintah dan pembangkang kian galak menceritakan tentang kononnya terdapat agen-agen sulit Zionis Israel cuba mengkompromi sistem Teknologi Maklumat dan Komunikasi sensitif di Ibupejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman Kuala Lumpur, hatta mempengaruhi Perdana Menteri sendiri dalam urusan menaikkan imej kepimpinannya di dalam pentadbiran Kerajaan yang ada melalui sebuah syarikat Perhubungan Awam antarabangsa APCO WORLDWIDE yang berpengkalan di Washington DC, dan kini punyai pejabat cawangan di Menara Kembar Pencakar Langit KLCC di Kuala Lumpur.

Di sini Tok Bongkok bukan bertujuan untuk mengesahkan kesahihan segala dakwaan yang dibuat melalui rangkaian penyebaran cerita-cerita politik itu. Malah pada hakikatnya timbulnya secara mendadak cerita-cerita konspirasi espionage asing ini bolehlah dikaitkan dengan mainan pihak Pembangkang, khususnya Parti Keadilan Rakyat, melalui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Menyentuh tentang DSAI, orang mungkin lupa bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO ini sendiri pernah dikatakan mendapat sokongan sulit dari kuasa besar tunggal dunia dari Barat yang juga menjadi pelindung utama rejim Zionis Israel di Tel Aviv, Amerika Syarikat (AS).

Episod DSAI diberikan protokol sambutan sebagai seorang Ketua Negara ketika melakukan lawatan rasni ke Washington DC sebagai Timbalan Perdana Menteri sekitar lewat tahun 1990an merupakan sesuatu yang menggalakan para pemerhati untuk menguatkan lagi teori sokongan asing terhadap beliau.

Malah ketika dipecat dari Kerajaan dan UMNO dan kemudian secara terang-terangan mendalangi gerakan Refomasi untuk mengguling Kerajaan yang ada, perhubungan DSAI dengan Washington DC, khususnya dengan beberapa tokoh pro-zionis tertentu di dalam pentadbiran bekas Presiden George W Bush, kian menyerlah. Beliau sering mengadakan perjumpaan dengan tokoh-tokoh yang menjadi penasihat penting Presiden Bush, terutamanya Paul Wolfowitz yang bertanggungjawab menghidupkan semula gerakan Kristian pro-Zionis bergelar gerakan Neo-Konservatif yang telah sedia berputik di Rumah Putih sejak pentadbiran Presiden Ronald Reagan.

Malah Wolfowitz yang menjadi rakan akrab DSAI merupakan orang yang bertanggungjawab mendalangi usaha pentadbiran Bush menyerang dan mencerobohi Afghanistan dan Iraq atas nama Perang Melawan Keganasan Antarabangsa.

Malah ketika masih berada di dalam UMNO dan Kerajaan, DSAI didapati banyak menjalin dan mengekalkan rangkaian perhubungan dengan beberapa tokoh cendekiawan modernis Islam dari Timur Tengah dan Benua Kecil India yang berkiblatkan Washington DC. Rangkaian perhubungan ini dibuat di dalam kerangka International Institute for Islamic Thoughts (IIIT)yang berpengkalan dekat dengan Washington DC.

Melalui buku yang Tok Bongkok terbit pada tahun 1999, Enigma Politik Anwar...Igauan atau Realiti? IIIT dapat dikaitkan sebagai alat yang digunakan oleh golongan orientalis Islam di AS untuk mempengaruhi masyarakat dan negara Islam di serata dunia, justeru menyokong percaturan geo-politik halus Washington di peringkat global.

Buku yang ditulis hasil usaha penyelidikan yang agak rapi ini adalah ekoran pengalaman Tok Bongkok berkhidmat selama enam bulan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Johor pada tahun 1998. Apa yang menggerakan atok untuk menulis buku ini ketika itu adalah ekoran episod DSAI cuba menunggangi Badan Perhubungan UMNO Johor dan beberapa tokoh penting Parti untuk melaksanakan satu komplot dalaman bagi mengguling boss beliau yang selaku Perdana Menteri Malaysia Ke 4 dan Presiden UMNO Ke 5, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menjelang Perhimpunan Agong UMNO yang diadakan pada bulan Oktober 1998.

Konspirasi didalangi DSAI ini dilakukan atas nama memerangi Korupsi, Kolusi dan Nepotisme - suatu slogan atau idea berbaur semangat liberal demokrat melulu Barat yang dicetuskan oleh kepentingan geo-politik halus Anglo-Amerika ketika itu. Slogan inilah juga yang digunakan oleh gerakan Refomasi di Indonesia bagi mewujudkan apa yang disebut oleh kalangan pemerhati percaturan geo-politik halus Barat sebagai program Regime Change sulit AS yang akhirnya berjaya menumbangkan kepimpinan Presiden Suharto di Jakarta.

Menyentuh tentang program Regime Change Barat ini, persoalannya yang patut difikirkan sedalam-dalamnya oleh pihak yang berwajib di Malaysia masa kini, adakah program seperti ini juga sedang berjalan di negara kita dengan usaha mempengaruhi dan mendalangi pihak tertentu di dalam kedua-dua benteng pemisah politik Kerajaan/Pembangkang dengan matlamat akhirnya bersempadankan Pilihanraya Umum Ke 13 yang bakal menjelang.

Tanda-tanda ke arah ini sudah jelas tertera di dinding-dinding (the writing is on the wall) bagi golongan yang perihatin terhadap isu ini. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak terngadah!!

Pak Lah's betrayal of UMNO - Are we gullible? Have we forgotten?



Its has been more than three years since I lodged that police report against the country's 5th Prime Minister and UMNO's 6th President, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and publish the book "UMNO Dikhianati"; thus underscoring a popular aura of a leader with doubtful political and moral standings. However, recent developments, as highlighted by the mainstream media at least, somehow reeks of efforts at embellishing, thus refurbishing, Abdullah's irreparably tarnished image. Why so? Are there vested interests within the current UMNO status quo leaderships purposely riding on Pak Lah's legacy for future political expediency? In this, and as far as Tok Bongkok is concerned, it is about time that the teeming UMNO grassroots hold fast to the old Malay adage: jangan bermain dengan api or jangan sampai berbuah dua kali; and also borrowing from the now infamous satirical chant derived from a poem by our much celebrated Statesman, Tun Dr Mahathir Mohamad: Melayu mudah lupa...Melayu mudah lupa...Melayu mudah lupa. Are we such a gullible lot for failing to realize that it took Pak Lah his mere five-year term as the country's no. 1 helmsman to erode UMNO's political ascendancy; a feat that took the raucous oppositions decades since Independence. The legacy of Pak Lah's weak and incompetent leaderships has to a certain degree not only weakened UMNO but have in more than one way eroded the very foundation of the hitherto successful consociational politics of plural Malaysia, as represented by the Barisan Nasional (BN). The unprecedented poor showing by the UMNO-led BN during the nation's 12th General Elections of March 2008, when Pak Lah was at the coalition's helm, should have by now serve as a sobering testimony to such an unpopular leadership. Among other things, Pak Lah's clumsy experiment with blatant democratic liberalism or openness of the West has not only weakened UMNO but have in many ways threatened to render impotent the other component parties of the ruling coalition that inherently represents the nation's multi-racial set-up. Though we understandably opted to deny it, political insecurity and fretfulness is now virtually the order of the day within the nation's status quo body politics. Thanks but no thanks to Pak Lah, Malaysia as we all knew it, will never be the same again. Instead of the futile attempt at white-washing the tainted image of one incompetent and failed leader, UMNO, and BN as a whole, should be better off reinventing itself to the period pre-Pak Lah, lest we are prepared to face another humiliation, or even, Allah forbids, abject defeat at the hands of the opposition, come the 13th General Elections.

09 Januari 2010

Zionis menyelinap depan mata...sistem maklumat sensitif Bukit Aman diceroboh

Pada 14hb Julai, 2008, tanpa diheboh-hebohkan kepada pihak media, termasuk di kalangan media alternatif, Atok telah terpanggil untuk membuat satu laporan polis di Balai Polis Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Laporan berkenaan adalah mengenai apa yang diketahui dan diyakini satu komplot berbahaya untuk mengkompromi, menguasai dan menceroboh secara sulit sistem maklumat di pusat nadi penting keselamatan negara, Ibupejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.

Apa yang paling membimbangkan, pencerobohan yang turut melibatkan satu Unit Perisikan Elektronik Pusat (Elektronik) PDRM yang serba sensitif, didalangi oleh dua orang yang diketahui punyai perkaitan rapat dengan masyarakat perisikan dan pertahanan sebuah negara yang telah lama menjadi musuh masyarakat antarabangsa, Zionis Israel.

Kedua-dua dalang ini juga menjadikan negara terdekat kita, Singapura sebagai “pengkalan korporat” mereka untuk menjalankan operasi mencerobohi sistem maklumat PDRM.

Gaza

Atok terpanggil untuk menulis posting ini dan mendedahkan kejadian breach paling serius dalam jentera keselamatan negara yang berlaku sejak lebih setahun lalu ini sempena tindakan kebinatangan tentera negara zionis itu “menyembelih” orang awam Palestin di Semenanjung Gaza.

Ketika posting ini ditulis, pencerobohan oleh bala tentera yang sombong dan hina itu telah memasukki minggu keduanya, manakala angka yang terkorban di kalangan rakyat Palestin tidak berdosa telah melepasi angka 700 orang yang termasuk ramai dari kalangan kanak-kanak dan bayi tidak berdosa.

Walaupun Malaysia tidak pernah mengadakan apa-apa bentuk perhubungan pun dengan negara Yahudi Zionis itu sejak merdeka, tetapi dalam laporan polis Atok, kedua-dua dalang yang mencerobohi sistem maklumat di Bukit Aman itu didedahkan sebagai rakyat Israel, Izhar David Nakar dan Ido Schecter.

David Nakar merupakan veteran Angkatan Udara Israel yang pernah menerima Israel Defense Award (Anugerah Pertahanan Israel). Beliau juga bertanggungjawan membangunkan satu sistem perisikan elektronik (ELINT) yang tercanggih bagi negara zionis itu. Schecter pula masih berkhidmat sebagai pegawai berpangkat Kapten di dalam Angkatan Udara Israel.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat di kalangan sumber-sumber yang boleh dipercayai, Atok mendedahkan melalui laporan polis yang dibuat itu bahawa modus operandi kedua-dua “master mind” Yahudi untuk mencerobohi sistem komputer Bukit Aman adalah dengan “memaksa” vendor Teknologi Maklumat tempatan yang menyertai program pengkomputeran PDRM supaya memberi sub kerja mereka kepada sebuah syarikat tempatan, Asia Soft (M) Sdn Bhd (ASSB) yang merupakan “syarikat samaran” atau dalam istilah masyarakat perisikan Barat/Israel, “proprietary company.”

Singapura

Apa yang menarik dalam hal ini, 30 peratus saham di dalam ASSB dimiliki oleh syarikat teknologi maklumat dari Singapura, Asia Soft (S) Pte Ltd (ASSPL). David Nakar dan Schecter merupakan ahli Lembaga Pengarah ASSPL. Syarikat Singapura itu pula dimiliki oleh sebuah lagi syarikat dari seberang Tambak Johor, Asia Soft Global Pte Ltd (ASGPL).

Seterusnya, ASGPL pula dimiliki oleh sebuah syarikat teknologi maklumat yang berpengkalan di Tel Aviv Israel, Top Image System (TIS). Selain menjadi Ahli Lembaga Pengarah ASSPL, David Nakar merupakan Pelopor/Pengerusi TIS, manakala Schecter merupakan Ketua Pegawai Eksekutif.

Setelah lebih tujuh bulan laporan polis dibuat, persoalan yang timbul adalah: apa telah terjadi dengan siasatan yang dijanjikan oleh pihak PDRM? Walaupun perkembangan terakhir yang Atok ketahui, selang tak sampai sebulan laporan polis dibuat, skandal espionage ini telah sengaja “dibocorkan” kepada akhbar The Star.

Walaupun akhbar harian tempatan bahasa Inggeris ini kemudian memuatkannya sebagai berita utama muka depan, tetapi tiada perkembangan atau fakta tambahan yang dipaparkan.

Appeasement

Walaupun Atok memahami keperluan pihak yang berwajib di dalam birokrasi keselamatan negara kita untuk mengekalkan sikap low profile dalam kes sensitif seperti ini – barangkali memandangkan ianya melibatkan negara jiran akrab kita di dalam ASEAN, Singapura – tetapi dikhuatiri sikap berdiam diri ini dianggap musuh satu langkah appeasement atau langkah mengalah; terutama oleh mana-mana anasir subversif pihak asing atau fifth columnists dari kalangan rakyat tempatan yang sudah pasti mempunyai agenda tersembunyi.

Segala dasar mahupun undang-undang kerahsiaan kerajaan sepatutnya digunakan untuk melindungi negara dan rakyat dari musuh – terutama musuh utama masyarakat antarabangsa masa kini, iaitu pergerakan Yahudi Zionis/Kristian Zionis antarabangsa – dan bukan untuk melindungi mana-mana pemimpin politik mahu pun birokrat dari rakyat yang sepatutnya mereka lindungi.

Lagipun aspek keselamatan dan kedaulatan negara merupakan sesuatu yang tidak boleh dikompromi atas apa-apa alasan sekalipun kerana ia seharusnya mengatasi setiap individu atau institusi!!