Ketika dalam lawatan ke India bulan lepas, Tun Dr Mahathir Mohamaed telah mengeluarkan satu kenyataan yang mendakwa bahawa sistem demokrasi adalah penghalang bagi pembangunan di negara demokrasi terbesar di dunia itu. Benar atau tidak, apa yang pasti kenyataan dari mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 4 itu boleh dianggap aneh dan telah menimbulkan ironi. Ketika berada di puncak kepimpinan politik di Malaysia dulu, beliau jelas kelihatan berpegang kepada prinsip kebebasan mana-mana negara untuk mengamalkan demokrasi mengikut acuan masing-masing. Beliau juga terkenal kerana prinsip menentang campur tangan asing dalam urusan politik dalaman mana-mana negara yang berdaulat lagi merdeka. Justeru, kenyataan yang dianggap tidak bertanggungjawab dari bekas PM itu ketika dalam rangka lawatannya ke India telah mendapat kecaman hebat dari kalangan pelbagai lapisan masyarakat di negara tersebut. Kecaman paling lantang dan bernas datangnya dari seorang penulis bebas dan aktivis politik dari negeri Maharashtra, Siddharthya Swapan Roy.
Walaupun Roy seorang warga asing tetapi segala apa yang disebut beliau tentang legasi kepimpinan politik Tun Dr Mahathir – walaupun diakui sesetengah fakta yang beliau utarakan mengenai Malaysia tidak begitu tepat – tetapi dari sudut pandangan persepsi umum itulah yang sejak akhir-akhir ini kerap saya utarakan di laman Facebook sebagai “Mahathirisme” – suatu legasi fahaman politik pentadbiran negara yang dianuti secara senyap-senyap melalui pintu belakang oleh UMNO sejak dari kepimpinan Perdana Menteri yang ke 4 dan Presiden Parti yang ke 5 itu yang sama sekali bertentangan dengan semangat asal ideologi Kebangsaan Melayu Parti yang menjadi tonggak kepada kerajaan Barisan Nasional. Sebagaimana berkuburnya ayahanda Tun Dr Mahathir, arwah Mohamed Iskandar Kutty di negeri Kerala, India begitulah juga negara di benua kecil di India ini bakal dikenali dalam lipatan sejarah sebagai bermula pecahnya telur tembelang busuk ideologi haram Mahathirsme yang telah selama ini begitu parah mencacatkan persepsi orang ramai terhadap parti keramat UMNO.
Berikut adalah kecaman Roy terhadap Dr Mahathir yang yang sempat saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu:
Dear Dr Mahathir,
Beberapa hari yang lepas, saya terbaca satu laporan akhbar yang menyebut Tuan sebagai berkata bahawa demokrasi seperti yang diamalkan di India adalah batu penghalang terhadap pembangunannya, dan kami (negara India) hanya akan mencapai kemajuan jika dapat menghapuskan kebejatan sistem demokrasi yang diamalkan selama ini.
Untuk itu, saya merasa agak terharu dengan keperihatian Tuan terhadap masa depan negara kami. Bagi kami penduduk India, berita yang mengatakan bahawa ada pihak asing yang perihatin terhadap pembangunan di negara kami sudah tentu merupakan sesuatu yang indah didengar.
Namun demikian, walaupun Tuan mungkin mempunyai niat yang baik dalam teguran yang dibuat terhadap negara kami itu, tetapi ternyata teguran itu adalah berasaskan nasihat yang tak betul.
Mungkin saya tak mempunyai pengetahuan yang tepat tentang sedalam mana pengetahuan yang Tuan miliki mengenai sejarah negara kami. Tetapi berasaskan hakikat (dari pengamatan Roy) bahawa akhbar di negara Tuan adalah hampa berita; tiada apa-apa-apa yang dipersembahkan melainkan nyanyian dan tarian di dalam media elektronik di negara Tuan; begitu kurangnya kedai buku yang menjual buku-buku ilmiah (misalnya, buku-buku yang boleh dimanafaatkan dalam menimba ilmu tentang sejarah dan bukan yang mengajar pembaca bagaimana untuk menjadi jutawan segera hanya dengan enam langkah); bercambahnya gedung membeli-belah berbanding dengan begitu kurangnya perpustakaan; bercambahnya pusat latihan bagi tukang urut, peramugari dan juruteknik segera, berbanding institusi pengajian tinggi, terutama yang menawarkan pengajian di dalam disiplin sains kemasyarakatan; dan, menyedari bahawa segala kegilaan masyarakat konsumer dan hedonis yang terdapat di Malaysia ini bermula di bawah kepimpin Tuan, saya mula merasa agak ragu setakat mana pengetahuan Tuan tentang sejarah India mahupun sejarah mana-mana negara di dunia ini.
Jadi, izinkanlah saya menjelaskan tentang sejarah kemerdekaan negara kami.
Kami mencapai kemerdekaan dari penjajah setelah melalui pahit getir perjuangan yang begitu panjang. Perjuangan kami adalah bagi menumpaskan satu rejim penindas, tidak adil dan ganas yang telah sekian lama membelenggu kehidupan rakyat di India, dan menggantikannya dengan kerajaan yang diasaskan oleh prinsip kebebasan, persamaan, persaudaraan.
India dari dulu hingga kini adalah sebuah masyarakat benar-benar majmuk yang dihuni oleh rakyat dari pelbagai keturunan, kepercayaan yang bertutur dalam pelbagai bahasa, mengikut pelbagai budaya, dan berpegang kepada pelbagai ideologi politik. Dalam kepelbagaian ini, kami berkata kepada satu sama lain: walaupun dalam suasana kepelbagaian, kita akan berusaha untuk berkongsi hidup dan menegakkan sebuah negara berdaulat yang terus menegakkan prinsip-prinsip demokrasi, sosialisme dan sekularisme.
Kami tidak pernah berkata bahawa kami mahu menjadi seperti Malaysia atau negara Cina, mahu pun Amerika Syarikat..
Di India, tiada sesiapa mengatasi undang-undang
Kami mahu menjadi sebuah negara yang mengamalkan sistem yang menjamin persamaan semua golongan rakyat; bukan seperti di negara Tuan yang secara rasminya mempruntukkan hak istimewa golongan Melayu-Islam dengan menganggap mereka sebagai rakyat kelas pertama sambil merendah-rendahkan taraf rakyat dari keturunan Tamil, Cina dan pelbagai kumpulan etnik yang lain.
Walaupun mereka (golongan bukan Melayu-Islam) ini menganggap Malaysia sebagai negara mereka sendiri, Tuan telah merendah-rendah martabat mereka dengan menganggap mereka sebagai golongan rakyat kelas kedua.
Kami (di India) sedang berusaha menegakkan suatu sistem di mana seseorang itu dinilai mengikut merit atau mengikut apa yang mampu mereka lakukan.
Tuan mungkin sukar untuk mempercayai jika dikatakan bahawa kebanyakan kami rakyat di India memandang rendah dan menolak sebarang usaha untuk menilai seseorang atau sesuatu golongan itu berasaskan identiti bangsa, seperti penarafan bumiputera yang diinstitusikan di negara Tuan.
Di negara kami, sebarang usaha mempromosi kepentingn diri atau keluarga dianggap amalan korupsi dan nepotisme; bukan seperti di negara Tuan yang menganggap itu pembangunan.
Dalam hal ini, kami sedang giat berusaha membasmi amalan rasuah, dan (Tuan pasti sukar mempercayainnya) menghukum mereka yang disabitkan kesalahan di bawah undang-undang yang berkenaan. Di India, tiada sesesiapa mengatasi undang-undang, dan terdapat ramai tokoh berkuasa yang terpaksa menerima hukuman kerana terlibat dalam amalan rasuah atau tidak menghormati undang-undang.
Memandangkan Tuan juga yang memulakan debat tentang perbezaan antara pembangunan dan demokrasi, saya yakin adalah menjadi sesuatu perkara yang menarik untuk mengetahui apakah pandangan golongan minoriti di negara Tuan – terutama mereka yang tertindas dan terpenjara – mengenai perkara ini.
Dalam hal ini, perlu saya perkatakan bahawa, pandangan Tuan mengenai pembangunan pada umumnya adalah sama sekali bertentangan dengan kami di India.
Pembangunan bukan galang ganti kepada nilai
Apa yang telah dilakukan terhadap hutan tropika dan sumber air di Malaysia (yakni, dengan memusnahkan beribu-ribu ekar kawasan hutan dan sumber air untuk memberi laluan kepada ladang kelapa sawit, ladang ternakan babi dan sebagainya) pasti akan menimbulkan kemarahan massa rakyat jika perkara tersebut berlaku di India yang majoriti rakyatnya perihatin terhadap konsep pembangunan mampan.
Kami masih belum dapat diyakinkan bahawa membina jalan bersimen – walau selebar manapun, membina bangunan di sepanjangnya, walaupun bagaimana berkilau sekalipun bangunan berkenaan, dan membenarkan kereta menggunakannya, walau selaju mana pun kenderaan itu – tidak dapat menyamai betapa pentingnya dipelihara kepelbagaian kehidupan alam semula jadi.
Kami di India terlalu berkeyakinan bahawa tindakan menempatkan semula sejumlah besar penduduk dari tempat asal mereka demi memberi laluan kepada pembinaan prasarana membazir seperti litar lumba kereta, merupakan satu usaha yang mencacatkan istilah “pembangunan” dari erti kata sebenarnya.
Walaupun terdapat tidak kurang banyaknya aktiviti pelancongan seks di negara Tuan dan industri berkenaan diklankan secara terbuka, tetapi dalam pada masa yang sama masih terdapat kaum wanita yang dikenakan hukum sebatan atas kesalahan seks dan lain-lain aktiviti maksiat. Ini bagi kami suatu kemunafikan yang amat mengaibkan.
Ramai di kalangan kami rakyat India mengetahui tentang kecenderongan Tuan untuk bersikap zalim di dalam kerjaya peribadi (ketika menjadi Perdana Menteri). Suatu kerjaya di mana Tuan terlibat dalam pelbagai tindakan yang kadangkala bersifat kuku besi dan ganas atas nama Islam (yang Tuan fahami secara songsang), dan pada ketika yang lain pula atas alasan keselamatan dan kepentingan negara.
Kami menyedari bagaimana Tuan berjaya memanjat anak-anak tangga ke puncak menara kuasa dengan menghapuskan ramai dari kalangan yang menjadi batu penghalang, hingga dapat terus bertahan selama lebih dua dekad, dengan pemerintahan berasaskan taktik dan perancangan yang jauh mengatasi falsafah munafik Machiavelli
Ramai juga dari kalangan kami yang mengetahui tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri yang masih berkuatkuasa di negara Tuan, dan bagaimana undang-undang itu diperalatkan bagi melenyapkan tentangan dari pembangkang – mengurung mereka dan menggantikan pembangkang dengan suatu versi demokrasi yang lemah dan caca merba.
Tuan mungkin menyedari setakat ini kecenderongan saya (melalui makalah protes ini) untuk menggunakan ayat “kebanyakan kami” atau “ramai dari kami” dan, untuk mengelak dari membuat dakwaan yang melampau..
Pemahaman yang songsang terhadap pembangunan
Budaya masyarakat di India turut terdapat unsur menerima kepelbagaian dari segi pendapat dan pandangan. Atas fakta inilah saya ingin perkatakan bahawa terdapat juga kalangan rakyat di negara kami yang punyai pendapat dan pandangan seperti Tuan, dan yang mungkin akan memberikan sokongan terhadap apa telah Tuan utarakan mengenai negara mereka.
Mereka juga mungkin berpandangan bahawa jalanraya adalah lebih penting dari insan yang menggunakannya atau tidur di pinggirnya.
Golongan warga India yang berfikiran seperti Tuan ini juga telah menganggap istilah pembangunan sebagai pembangunan kekayaan individu dan “pembangunan” seperti ini dianggap sebagai “lembu suci” yang mengatasi segala-galanya termasuk hak dan kehidupan sesama insan..
Dengan menguasai harta kekayaan, segelintir golongan minoriti yang berpemikiran sama dengan Tuan di India ini mampu memaparkan diri sebagai golongan majoriti semata-mata atas kekayaan yang dimiliki dan dipergunakan untuk membeli ruangan di media cetak mahupun di alam siber.
Majoriti kalangan kami rakyat di India sentiasa bersedia untuk mengakui atau berbincang secara panjang lebar bahawa India memang menghadapi pelbagai masaalah (dari segi pembangunan), termasuk masalah prasarana jalanraya yang masih belum sempurna..
Namun demikian, kami juga tidak akan teragak-agak mempertahankan hakikat bahawa India tidak mungkin akan mengatasi masalah pembangunannya dengan mengurangkan amalan demokrasi..
9 ulasan:
Sebelum terlambat, sudah sampai masanya bagi anggota akar umbi untuk mereformasi mana-mana yang jumud di dalam Parti mengikut gagasan "political game-changer" Dato' Sri Presiden kita. Para pemimpin yang duduk di sekeliling pemimpin nombor satu kita itu tiada masa untuk memikirkan hal-hal yang serius seperti ini dalam kegilaan mereka untuk mengaut seberapa banyak harta kekayaan negara menjelang PRU 13.
If I may add a little, dear Si Bongkok, the enduring legacy of your so-called Mahathirisme have always been insidiously advocating iron-fisted Rules by Law (as against the democratic Rule of Law). Though the octogenarian figure has since long-retired, I am sure he's still breathing bad breath down the nape of his current successor, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. As a consequence, I am also sure that the younger and still mentally stable successor has all these while been suffering in silence over all the direct and indirect patronizing from the old man who simply refuses to retire; for a reason, which I am sure has a lot to do with a chronic strain of megalomania.
Tembelang Mahathir mula pecah bila dia halang peluang Petronas dari menguasai kepentingan di Esso Malaysia dengan sebaliknya menguasai kepentingan di dalam syarikat oil & gas dari AS itu melalui syarikat gergasi pembuat arak dari Filipina, San Miguel, melalui proksi anaknya Mirzan Mahathir. Antara saham majoriti di dalam San Miguel dipegang oleh Mirzan. Tiada siapa akan percaya Mirzan Mahathir berkemampuan menguasai kepentingan di dalam San Miguel tanpa intervensi sumber dana dari bapanya memandangkan beliau sudah beberapa kali menghadapi masalah hutang berjumlah berjuta-juta ringgit sejak ketika bapanya masih menjadi PM. Walaupun telah lama pencen, orang tua ni masih cekap di dalam ilmu "rule by proxy", baik dalam mempengaruhi suasana politik semasa mahupun dunia korporat. Cuba tanya Ananda Krishnan atau Syed Mokhtar al Bukhary, siapa sebenarnya penggerak di belakang empayar perniagaan mereka hingga ke hari ini. Jawapannya tak mungkin diperolehi dari mulut kedua-dua gergasi korporat tanahair ini melainkan melalui penyiasatan due diligence terperinci dengan kerjasama sumber-sumber perisikan negara. Gelagat Mahathir ini adalah contoh klasiik tentang gejala salah guna kuasa dan pengaruh yang berlaku di kalangan elit pemerintah dan bekas elit pemerintah di negara-negara yang pernah dijajah. Apa yang menjadi penggerak kepada elit yang telah bersara ini untuk terus mempengaruhi pengundi dan pemegang saham adalah penyakit jiwa megalomania. Penyakit ini akan hanya terhapus di liang lahat.
Sepandai-pandai tupai melompat lambat laun akan jatuh ke tanah jugak. Majoriti senyap Melayu dah lama menyuarakan kepincangan Mahadiaq ni tetapi setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan mencampuri urusan pentadbiran pewarisnya hingga ke hari ini, orang tua ini mampu membasuh otak rakyat Malaysia secara beramai-ramai. Ilmu basuh otak di Malaysia telah dijadikan Mahathir dan konco-konconya mencapai ke tahap fine art. Tapi sayang sekali, manakan bangkai gajah bisa ditutup oleh nyiru.
India is rightfully a land of unity and diversity where extremes in opinions can and do and persevere in a democratic environment without showing any foreseeable signs of a political armageddon. Being a statesman, Dr Mahathir should have known better how India's democracy flourishes in such a trying environment. Rather than making such irresponsible remarks, he should have advised his successor, Najib Tun Razak to emulate such large and equally plural democracy in facing the political armageddon coming our way, if not during the forthcoming 13th General Election, the successive ones..
Mahathir nak tiru macam Lee Kuan Yew yang dapat terus pengaruhi hala tuju Singapura walaupun telah lama bersara. Masalahnya Lee berjaya angkat anaknya Lee Hsien Loong untuk mewarisi pemerintahan di Singapura tetapi Mahathir masih mengharapkan anaknya Mukhriz yang nampaknya bukan di kalangan bintang cerah dalam persada politik UMNO. Masa depan politik Mukhriz banyak bergantung kepada sokongan ikhlas dari Najib. Di sinilah letak kepentingan Mahathir untuk terus mempengaruhi senario politik tanahair di bawah Najib selain untuk memastikan Anwar tidak menjadi Perdana Menteri. Jika Anwar jadi PM, bukan sahaja Najib dan juak-juak di dalam kerajaan yang terpaksa lari malam, tetapi juga Mahathir.
Hahahahahahaha.....how can we trust this??????bongkok si bongkok yg bengkok....hehehehehe
Dear Tanpa Nama…to trust is to look out for that rare, persistent and independent close watchers of Mahathir's political wranglings throughout the years; right from the day he begun to re brand himself as a saviour of the Malays circa May 13th 1969 via the scarcely empirical study of the racial blood-lettings, The Malay Dilemma (the Mahathir's Mein Kampf or Das Kapital, if you may, is slightly better than the average "surat layang" political gossips of UMNO sub-culture, post-the Party’s deregisteration in1987. In fact, the book was penned in just a matter of days at a house owned by one Arshad, whom in many instances Mahathir has privately claimed to be the father of late local pop idol Sudirman in Section 16, Petaling Jaya), right up to the present. My friend Tanpa Nama, to be sure is also to trace how this shrewd believer in the Machiavellian philosophy of ends justifying means manages to wiggle his way up UMNO's heirarchy by a combination of mere dogmas and rhetorics, and by “eliminating” Party stalwarts that pose potential threats to his ambition. In strategizing his political blitzkrieg (that includes elimination of potential rivals; people like Musa Hitam, Tengku Razaleigh and Anwar Ibrahim) the now so-called statesman knew all along that adopting and disseminating the right combination of dogmas and rhetorics is a sure-fire ways to catch the imaginations of the Malay masses with their simplistic and staunchly feudalistic outlook towards life (especially the teeming mass of UMNO grassroots in the kampungs that’s constantly egged on to follow the Mahathirisme line by UMNO’s apparatchiks in the rural areas that comprised school teachers, Kemas, and Penerangan extension officers as well as occassional brainwashings and indoctrinations at Biro Tatanegara’s work camps, apart from the usual Party controlled media, notwithstanding his ownership-by-proxy of Astro’s pay TV network). Tanpa Nama, I’ve yet to mention how Mahathir have already created a symbiosis of cybertroopers to serve his seemingly immortal political and business ambitions, way before Prime Minister, Dato Sri Mohd Najib had begun his lately, but I don’t think its practical to do so for the time being. However, to sum it all up, thanks to his decades of meddling and riding shotgun on the back of UMNO’s Kebangsaan Melayu, Mahathir has achieved an uneering knack for that almost impossible political art of control-by-proxy in furtherance of his covert ideology ie. he need not pay or patronize anyone to do the political dirty jobs for him; Mahathir is a one man CIA Secret Team, with or without him realizing it.
Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.
Catat Ulasan