Oleh: Rahim Zain
"..Jika doktrin kontrak sosial disambut dengan baik oleh majoriti rakyat Malaysia maka menjadikan tanggungjawab pemimpin Melayu yang mengungkitnya untuk menjayakan konsep Malaysian Malaysia kerana itulah apa yang diajar oleh pemikir dan penulis yang berkecimpung dalam falsafah kontrak sosial..."
Kebelakangan ini acap kali kedengaran pemimpin Melayu mengungkit kontrak sosial sebagai satu cara menyatakan bahawa orang bukan Melayu seharusnya ingat kepada janji. Tetapi nampaknya tidak siapa pun yang ambil peduli.
Kenapakah pemimpin-pemimpin Melayu baru sekarang tampak terlalu berminat untuk mengungkit tentang kontrak sosial sedangkan istilah dan dalil yang paling tepat dan berwibawa bagi menyatakan apa yang diperlukan orang Melayu ialah Perlembagaan Negara.
Malah di dalam memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu para pemimpin Melayu, khususnya yang di dalam UMNO, masa kini sering mengungkit perkara kontrak sosial. Namun perbuatan sedemikian kerap kedengaran sumbang, songsang, dan tidak kena dengan konteks dan matlamat pembelaan yang diperlukan.
Sebaliknya apabila pemimpin MCA membangkit tentang kontrak sosial bagi memperjuangkan agenda mereka istilah ini seolah-olah tepat membawa makna dan kesan. Malah segala laungan dibangkitkan dalam konteks yang betul.
Mungkin pemimpin Melayu yang teringin sangat mahu menggunakan istilah kontrak sosial ada menyimpan hasrat dan tujuan politik tersembunyi; tetapi ternyata mereka yang menyebut atau mengungkit perkara itu seolah-olah menepuk sebelah tangan.
Maksudnya tidak jelas, sasarannya tidak memberi reaksi positif. Retorik hanya tinggal sebagai ‘hot air’. Tidak ada yang peduli. Atau mungkinkah pemimpin Melayu baru ini baru berjumpa dengan istilah yang bunyinya sedap didengar sebagai datang dari orang yang berpelajaran kononnya.
Kontrak sosial mungkin telah pertama kali diungkit dalam syarahan oleh seorang vetran UMNO dalam satu majlis anjuran satu institusi yang berpengaruh di Singapura lebih dari sepuluh tahun dahulu (ed. Abdullah Ahmad atau Dollah Kok Lanas, bekas Ketua Pengarang Kumpulan akhbar The New Straits Times yang pernah ditahan di bawah Aktra Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika pentadbiran Perdana Menteri Tun Hussein Onn kerana pembabitan dengan aktiviti Komunis bawah tanah).
Ketika itu kontrak sosial telah diungkit untuk menunjukkan orang bukan Melayu mungkir janji, satu cara yang dipilih oleh veteran UMNO itu untuk berhadapan dengan khalayak yang kritis.
Sebelum itu tidak ada siapa yang menggunakan istilah kontrak sosial itu dalam konteks menyatakan dan menyakinkan pendengar bahawa apa yang orang Melayu mahu itu adalah perkara yang dipersetujui dalam kontrak sosial.
Bilakah kontrak diisytihar, dan dimana ia dibuat atau bilakah pungutan suara dibuat untuk menerimanya di dalam khalayak, tiada siapa yang tahu?
Jadi bagaimana timbulnya kontrak sosial?
Apa yang dimaksudkan dengan kontrak sosial di dalam polemik yang ditimbulkan oleh veteran UMNO berkenaan tiada siapa yang tahu.
Yang rakyat Melayu tahu ialah di dalam zaman orang Melayu menuntut kemerdekaan kontrak sosial tidak pernah kedengaran atau dilapurkan oleh media sebagai satu cara menyelesai perbezaan antara kaum.
Setakat yang diketahui secara pasti, istilah kontrak sosial merupakan satu doktrin atau falsafah yang berasal dari tamadun Yahudi-Kristian Barat, iaitu dari Yunani kuno dan disambung oleh pemikir di England dan Perancis.
Dengan lain perkataan, doktrin ini bertapak di atas nilai kebebasan manusia, keadilan, dan kesamarataan serta lain lain nilai yang memberi maruah dam keselamatan dalam hubungan antara manusia dengan manusia.
Maka jika itulah juga kontrak sosial yang dimaksudkan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional masa kini, implikasi dari perbuatan mengungkit nilai kebebasan, keadilan, kesamarataan, maruah dan keselamatan adalah luas.
Jika doktrin kontrak sosial disambut dengan baik oleh majoriti rakyat Malaysia maka adalah menjadi tanggungjawab pemimpin Melayu yang mengunkit-ungkitnya untuk menjayakan konsep Malaysian Malaysia - seperti yang dihasut oleh parti pemerintah cauvinis Cina di Singapura PAP, dan adik angkatnya di negara ini DAP - kerana itulah asas kepada konsep liberalisme atau humanisme seperti yang diajar oleh para pemikir dan penulis Yahudi-Kristian.
Jika itulah erti kontrak sosial yang dikenali dunia, dari manakah pemimpin Melayu status quo masa kini mendapat ilham untuk menggunakannya?
Atau adakah istilah itu dipakai secara ikut-ikut kerana sedap bunyinya di telinga?
Atau adakah istilah itu diguna sebagai satu cara ‘mencairkan’ tuntutan berat lain-lain kaum yang tidak terdaya dinyatakan dengan berhemah, berani, jelas, BN friendly serta politically correct oleh pemimpin yang tidak mempunyai sifat cemerlang.
Sikap dan amalan melaung-laungkan kontrak sosial inilah yang telah selama ini yang ‘mencairkan’ kepekatan di dalam peruntukan Perlembagaan berhubung hak istimewa Melayu hingga menimbulkan kekeliruan.
Apabila baru-baru ini pemimpin MCA menyanyi lagu kontrak sosial, mereka menyanyi dengan suara yang tidak sumbang tidak seperti para pemimpin Melayu di dalam UMNO.
Apabila kontrak sosial dan kesamarataan digandingkan itulah yang dikatakan irama dan lagu tidak boleh dipisahkan. Jika kontrak sosial dibangkitkan dalam konteks yang betul maka itu merupakan asas hubungan yang bermaruah antara manusia bebas dengan manusia yang lain.
Itulah yang sepatutnya dijadikan asas pembangunan Negara selepas 50 tahun merdeka.
Ingat! Perkara keistimewaan orang Melayu bukan perjanjian atau kontrak atau apa yang berupa permuafakatan diantara manusia bebas dengan manusia bebas.
Perkara ini telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia mengandungi beberapa peruntukan pampasan tidak terhingga nilainya sebagai ganti rugi kepada Melayu yang telah sanggup melepas ketuanan mutlak ke atas watan sendiri demi memberikan ruang kepada lain-lain kaum di dalam Negara lama yang baru merdeka.
Hak istimewa itu adalah bekal, jaminan dan penawar bagi orang Melayu dalam sebuah Negara yang di ambang kemerdekaan kerana orang Melayu ketika itu tidak cukup kuat dari segi keupayaan untuk bersaing dengan lain-lain kaumn.
Hak istimewa itu adalah juga hak asasi orang Melayu dalam Negara Malaysia.
Semua itu ada termaktub dalam Perlembagaan dan tidak bercanggah dengan nilai kebebasan, keadilan, kesamarataan, dan keselamatan. Oleh kerana penjajah Inggeris mahu menjamin supaya warisan bangsa Melayu (agama, bangsa, tanah air) tidak hilang dan supaya orang Melayu dapat hidup bermaruah di tanah air sendiri maka hak-hak istimewa dimaktubkan dalam Perlembagaan.
Tidak ada yang tidak baik terhadap orang bukan Melayu dalam peruntukan keistimewaan itu. Tidak ada perkara negatif dalam peruntukan itu. Ianya adalah nilai harga yang tidak terkira bagi apa yang dilucutkan dari tangan orang Melayu kepada penduduk berbilang kaum. Hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara ini nilai gantirugi bagi segala yang telah dilucutkan dari Ketuananan Melayu demi kepentingan masa depan sebuah Negara berbilang kaum.
Namun kini, apalah daya apabila kalangan pemimpin Melayu di dalam UMNO sendiri yang diberi mandat untuk menarajui Negara bertanggungjawab ‘mencairkan’ hak yang hakiki itu.
Jika perlu perhujah tentang hak istimewa Melayu para pemimpin UMNO perlu bercakap dan berhujah dengan fakta yang berasakan apa yang diperuntukan oleh Perlembagaan.
Pihak yang paling layak memberi penjelasan kepada rakyat tentang hak istimewa orang Melayu ialah Kerajaan. Cakap-cakap oleh para pemimpin lain-lain kaum dalam isu ini hanya akan menghangatkan keadaan tanpa prospek membawa kefahaman. Apatah lagi jika konsep kontrak sosial yang hendak dijelaskan tidak dapat dikaitkan dengan perkara yang berlaku dengan nyata.
Maka jaminan terhadap keberkekalan Ketuanan Melayu banyak bergantung terhadap keluhuran Perlembagaan dan kebijaksanaan pentadbiran Negaralah Melayu.
Hak istimewa yang "disejuk beku" dalam Perlembagaan tidak ada nilainya bagi orang Melayu.
9 ulasan:
Nampaknya pemimpin UMNO terbukti benar-benar bercelaru fikiran mereka dek disarok wang ringgit dan kemewahan dunia umpanan hantu Yahudi Zionis.
Kalau Roboh Kota Melaka
Papan Di Riau Saya Dirikan
Kalau tak sungguh rakyat tak kata
Nyawa dan maruah saya pertaruhkan
Bangsat betul orang amno ni...nak dijualnya bangsa sendiri.Dah lak tu, diperbodohkan orang dengan cakap yang bukan2 dan x masuk akal.
Bang, Si Bongkok Tg Puteri dengan Rahim Zain tu orang sama ke?
Melayu oh Melayu! Bila korang nak bangun tido...asyik kena tipu aje. Yang tipu pulak tu pemimpin-pemimpin sendiri.
memikirkan nasib melayu sekrang aku teringat lagu oh bangau oh bangau
...
nan gembol bertanya:
Bang, Si Bongkok Tg Puteri dengan Rahim Zain tu orang sama ke?
Si Bongkok jawab:
Bukan, Rahim Zain adalah sebahagian dari semangat Si Bongkok. Si Bongkok adalah insan kerdil yang tak punya pilihan melainkan terus memperjuangkan hak dan menentang kebatilan.
"Tak Melayu hilang di dunia," kata Tun Tuah. Melayu memang tak akan hilang di dunia tapi maruah dia dah hampir pupus.
Si Bongkok
Kontrak sosial adalah istilah Roesseau yang tidak sesuai diguna bagi apa yang telah ditetapkan dan setiap mereka menerima untuk menjadi warganegara.
KOntrak sosial memberi makna seolah-olah ianya boleh di bincang dan di kaji semula.
Saya lebih sesuai di sebut perjanjian keramat yang telah diperlembagakan.
Mengenai orang marah dengan kehilangan hak Melayu, apa jadi di Johor yg pemimpin UMNO terima dgn hati terbuka projek WPI yg merupakan potensi Malayan Union ke 3 dan akan menjadi masaalah sekuriti kepada kita.
Bayangkan isi kandung apa yang prowaris sedang perjuangkan dimana kuasa mutlak terletak di tangan kuasa asing (bukan johor tetapi di putrajaya)? Padahal ibu negeri johor dan istana johor berada di dalam WPI. Ini bermakna merek aboleh menentukan Tuanku nak buat renovation istana?
Harap timbullah seorang Panglima SI Bongkok yang akan berani menentang. Orang Johor dah tidak boleh berkonon termasuk Gani Osman. Merek akini adalh orangpengecut!!!!
Catat Ulasan