Oleh : THEODORE HERZL
KUALA LUMPUR: Syarikat “kroni” yang didakwa cuba menggelapkan sejumlah besar dana bernilai RM 52 juta dari Kementerian Pelancongan Malaysia dengan alasan untuk mengadakan satu ekspo aeroangkasa antarabangsa hanya berjaya mendapat peruntukan lebih kurang RM 37.5 juta sahaja dari Kementerian berkenaan (Sila rujuk cerita asal dalam blog ini bertarikh 4 Sept. 2007).
Selain dari itu, ekspo aeroangkasa yang sepatutnya diadakan mulai 28 Julai lalu di Pusat Pameran Antarabangsa Subang dekat sini itu telah ditunda kepada Disember.
Syarikat berkenaan, Best Venue Sdn Bhd (Best Venue), dipercayai proksi kepada Menteri Pelancongan, Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan), juga difahamkan sedang berusaha menarik balik keputusan asal mereka melantik kontraktor utama ekspo berkenaan, Mactus Sdn Bhd (Mactus) yang beribupejabat di Singapura.
Ini adalah ekoran perselisihan faham yang berlaku antara kedua-dua syarikat tersebut,hingga menyebabkan satu kejadian di mana salah seorang ahli lembaga pengarah Best Venue dikatakan bertindak mengurung dan mengugut seorang wakil Mactus rakyat Singapura dan merampas paspot antarabangsanya secara jenayah.
Best Venue dikuasai dua orang kuat Ku Nan, Setiausaha Politik Abu Mansor Khamis dan bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputih, Mustafa Kamal. Sebelum memegang jawatannya sekarang sebagai Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Menteri Pelacongan itu juga pernah memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Seputeh untuk satu tempoh yang agak lama.
PROKSI
Permohonan bagi mendapatkan peruntukan dana bagi menganjurkan Ekspo Aeroangkasa Antarabangsa
Di dalam pemohonan asal itu, Mactus telah memberikan sebutharga berjumlah hanya RM 21 juta untuk menganjurkan ekspo berkenaan.
Bagaimanapun, permohonan Mactus untuk menganjurkan ekspo tersebut telah diubahsuai oleh Best Venue dengan menokok tambah sebutharga menjadi RM 52 juta. Dari jumlah tersebut, Best Venue dikatakan bersetuju untuk memperuntukan RM 21 juta kepada Mactus sebagai kontraktor utama ekspo berkenaan, manakala jumlah selebih perlu dimasukkan ke dalam akaun Best Venua.
Berbekalkan konsep yang diperolehi dari Mactus dan sebutharga yang telah dipinda itu, Best Venue kemudian membuat permohonan kepada pihak Kementerian untuk menganjurkan ekspo antarabangsa itu.
Bagaimanapun, ekoran keputusan Kementerian Pelancongan baru-baru ini untuk memperuntukan hanya RM 37.5, Best Venue dipercayai hanya dijanjikan RM 16 juta manakala Mactus dipercayai bertegas mahukan peruntukan mereka dinaikkan menjadi RM 21.5 juta.
Ekoran percanggahan dengan Mactus, kini Best Venue dipercayai sedang mencari jalan untuk mengenepikan Mactus dan menggantikan dengan kontraktor utama untuk mengendalikan ekspo tersebut.
Sementara itu, difahamkan keputusan Kementerian Pelancongan mengurangkan peruntukan bagi mengadakan ekpo aeroangkasa itu adalah kerana kegagalan pihak kontraktor penganjur untuk mendapatkan kapal angkasa Buran bernilai RM 600 juta buatan Maghribi untuk dipamer di ekspo berkenaan.
REJIM LAMA
Dengan berakhirnya rejim mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad lewat 2002, maka karier politik Ku Nan dianggap telah berkubur oleh ramai di kalangan anggota akar umbi UMNO dan para pemerhati.
Seperti juga kalangan majoriti anggota barisan kepimpinan rejim UMNO masa kini yang mengisi kepimpinan di peringkat Jemaah Menteri mahupun di negeri-negeri, beliau tidak termasuk kalangan “orang pilihan” rejim pelapis, Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah).
Malah pada tempoh pemerintahan rejim Dr Mahathir, Ku Nan telah dikenalpasti sebagai antara “tokoh” paling sesuai untuk diangkat menduduki barisan pucuk kepimpinan parti serta negara atas peranan menegakkan konsep kapitalisme kroni (crony capitalism) UMNO yang mengalakkan amalan rasuah.
Beliau pernah menjadi satu-satunya anggota Majlis Tertinggi Dr Mahathir dari sektor korporat dikenali oleh kalangan anggota akar umbi parti atas sifat sebagai proksi kepada satu empayar korporat bukan Melayu tempatan yang terbina atas konsep kapitalisme kroni.
Justeru dalam rombakan kabinet yang diadakan ekoran Pilihanraya Umum 2004, nama beliau langsung tidak tersenarai di dalam senarai asal barisan Jemaah Menteri baru Dolah.
Ini adalah kerana empayar korporat yang diwakili Ku Nan, Kumpulan Berjaya yang dikuasai jutawan bukan Melayu, Vincent Tan, tidak termasuk di kalangan kroni rejim Pak Lah. Rejim pelapis Pak Lah mempunyai rangkaian kroninya sendiri seperti Scomi, ECM Libra, Equus, dan sebagainya.
Bagaimanapun, hasil usaha melobi secara agresif dengan memperalatkan pengaruh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Zaki Zahid yang begitu akrab dengan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, maka nama Ku Nan termasuk juga dalam senarai anggota Jemaah Menteri di saat-saat akhir.
HUTANG
Dipercayai bahawa bekas orang kuat Dr Mahathir itu tidak punya pilihan melainkan terpaksa “menebalkan muka” menyertai Kabinet Dolah akibat menanggung bebanan hutang yang terlalu besar.
Ekoran kegawatan ekonomi dan kewangan Asia Timur 2007, Ku Nan dianggarkan menanggung hutang tidak kurang RM 700 juta akibat kegiatan dagangan di bursa saham serta lain-lain aktiviti perniagaan yang kuat berbau kronisme dan nepotisme.
Malah di kalangan kenalan rapat,kebanyakan aktiviti beliau sebagai Menteri Pelancongan lebih ke arah mendapatkan keuntungan peribadi, terutama usaha untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan hutang yang telah tertunggak sekian lama itu.
“Setakat ini, beliau hanya mampu membayar ansuran faedah dari jumlah hutang asas yang tertunggak itu,” jelas salah seorang kenalan rapat beliau.
4 ulasan:
Kalau gini perangai orang-orang UMNO kat atas tu memang layaklah dia orang diguling dengan apa cara sekali pun. Tapi orang-orang kita ni letak tunggul kayu jadi pemimpin dia orang tetap terima. Ada Quran kita buat mengaji, bukan mengkaji! Memang ini digalakkan oleh ahli-ahli kitab (Yahudi-Nasara) yang tak pernah henti dengki kepada Islam.
You are on sticky mode, must be a major scoop on ku nan.
Tak kira siapa pun Bang, telanjangkan terus! Dia orang dok kat atas sana bukan untuk kayakan kaum kerabat tetapi berkhidmat untuk anak bangsa.
Ku Nan ni org kuat Tun M ke org kuat bro AnWar yg ditanam dlm inner circle Tun M,..heheh,..apo nak dikato,..(,")
Brotherhood Bro.
Catat Ulasan