07 November 2007

AGENDA TERSEMBUNYI DI SEBALIK WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR (WPI)

Mulai siri ini, Atok terpanggil untuk mendedahkan satu projek pembangunan wilayah di selatan Johor dilhamkan oleh rejim pro Anglo-Amerika Pak Lah yang jelas kelihatan sedang mengancam kedaulatan bumi bertuah Johor Darul Takzim, Negara Malaysia dan ketuanan bangsa Melayu-Islam di bumi sendiri.

Segala pendedahan yang dibuat bukan tohmahan yang timbul dari kalb yang khianat dan hasad dengki tetapi dianalisis dan diolah dari sumber-sumber seperti ucapan kalangan para pemimpin/bekas pemimpin politik Negara, para perancang, ahli korporat dan sebagainya.


Bahagian Pertama


Takrif Rasmi Projek:

Satu pelan pembangunan strategik dan jangka panjang untuk pembangunan berstruktur hartanah terbesar dalam Negara ini merangkumi kawasan seluas 2,217 km persegi dari Tanjung Piai hingga ke Pasir Gudang dan Kulai di Utaranya, dilancarkan di Johor Bahru pada 4 Nov 2006.

Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.

WPI juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini, dikatakan apabila siap keseluruhan kawasan pembangunan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura.

Khazanah Nasional Bhd. akan menjadi pemain utama dalam merealisasikan wawasan itu.

Kewujudan wilayah pertumbuhan seluas 2,217 kilometer persegi itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Ekonomi Selatan Johor (SJER), diyakini mampu menarik firma besar bertaraf antarabangsa menjalankan perniagaan di situ.

Pembangunan itu merangkumi lokasi segi tiga di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di utara, Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat daya dan Pelabuhan Pasir Gudang (PPG) di tenggara.

Syarikat milik kerajaan (GLC), seperti Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pelaburan tambahan sebanyak RM3.4 bilion lagi dengan melaksanakan beberapa projek strategik melalui Perbadanan Pelaburan Johor Selatan (SJIC).

Pada asalnya dinamakan Wilayah Ekonomi Johor Selatan (South Johor Economic Region), ianya kemudian diubah sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar, sempena nama Tuanku Sultan Johor, DYMM Al-Mutawakkil Allallah Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Baginda telah perkenan untuk mencemar duli dan merasmikan projek pembangunan hartanah mega dan strategik ini, yang diterajui Khazanah Holdings Bhd., anak syarikat pelaburan Kerajaan Persektuan.

Hakikat Sebenar:

Jika dilihat secara kasar, usaha menarik para pelabur dari Singapura merupakan objektif utama penubuhan projek pembangunan wilayah penuh kontroversi di selatan Johor yang lebih dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Sejak diwarwarkan dulu, ramai dari kalangan pencetusnya, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sendiri kelihatan begitu yakin bahawa WPI boleh memanfaatkan kekuatan ekonomi, pasaran modal, kewangan dan modal insan dari Pulau Republik pro-Yahudi sekangkang kera itu.

Namun demikian jika projek yang mendapat perhatian maha luar biasa rejim Pak Lah ini dirungkai secara teliti akan terserlah beberapa persoalan membimbangkan dari aspek kedaulatan negara dan ketuanan bangsa Melayu di bumi sendiri.

Malah tidak ramai yang mengetahui hakikat bahawa idea asal bagi penubuhan WPI timbul dari usaha senyap-senyap yang dilakukan oleh Setiausaha Politik kepada Pak Lah Dr. Vincent Lim. Bekas anak didik Singapura dan Oxford (antara rakan utama menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin dalam satu komplot gelap untuk mengkompromi aspek keselamatan dan kedaulatan Negara Malaysia) telah pergi beberapa kali ke Johor untuk berunding dengan pegawai pegawai Kerajaan Negeri, terutama Pejabat Menteri Besar dan Unit Pembangunan Negeri (UPEN).

Bagi meyakinkan boss beliau, Lim telah memberikan hujah bahawa limpahan dari pembangunan ekonomi pesat Singapura perlu disalur kepada WPI yang boleh menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi di Selatan Johor. Beliau juga didapati giat berusaha meyakinkan Pak Lah bahawa Johor mampu menikmati pelaburan baru dari Singapura – pada masa ini rancak melabur/dilabur-semula di Indonesia, Thailand, Vietnam dan China – jika beberapa halangan sedia ada terhadap pelaburan di negeri ini dapat dihapuskan. Ini termasuklah usaha memudahkan pemilikan hartanah dan kawasan komersil serta perniagaan.

Sementara itu, konsep pembangunan wilayah ini turut mendapat sokongan dari Ketua Unit Polisi di Pejabat Perdana Menteri ketika itu, Ahmad Zaki Zahid. Dalam usaha merangka pelan tindakan ke arah penubuhan koridor pembangunan wilayah ini, Lim dan Ahmad Zaki, dengan meminjam pengaruh dari Khairy, berjaya melibatkan Khazanah sebagai pemain utama.

Pada peringkat awal, pelan tindakan ke arah penubuhan WPI dirangka secara bersendirian atau unilateral dengan melibatkan unsur ’paksaan’ ke atas Kerajaan Negeri Johor agar dapat menerimanya dengan baik. Pada peringkat berkenaan ternyata timbul pelbagai kepincangan dalam deraf asas WPI, terutama yang melibatkan perasaan tidak puas hati Kerajaan Negeri Johor dari segi imbuhan yang boleh dinikmati negeri berkenaan.

Bagaimanapun dengan campur tangan Khazanah faktor imbuhan yang boleh dinikmati oleh Johor turut diambil kira.

Setelah tujuh kali deraf dirundingkan antara Khazanah, UPEN Johor dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri maka Rang undang-undang penubuhan WPI yang dikenali sebagai Rang Undang-Undang Iskandar Development Region Authority (IRDA) telah akhirnya disiapkan untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada 13 Disember 2006 dan di Dewan Negara pada 21 Disember 2006.

Rang Undang-Undang ini kemudian mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 12 Februari 2007 dan digazetkan pada keesokan harinya serta mula berkuatkuasa pada 17 Februari 2007.

Keseluruhan proses ke arah penubuhan WPI ini ternyata dilakukan dalam keadaan yang tergesa gesa.

Ekoran termaktubnya Akta IRDA, sebuah syarikat yang akan bertindak sebagai “Super Developer” bagi WPI turut diwujudkan pada Disember 2006. Syarikat ini dikenali sebagai South Johor Investment Corporation (SJIC). Ekuiti di dalam SJIC melibatkan kepentingan Khazanah sebanyak 60% manakala bakinya dimiliki Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (20%), dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), 20%.

Modal permulaan syarikat berkenaan, dalam bentuk aset hartanah dan tunai, adalah berjumlah RM 3.4 billion. Selain dari itu sebuah badan berkanun bakal diwujudkan sebagai penyelia dan pemaju terhadap segala program dalam WPI di samping penubuhan Iskandar Regional Development Authority (IDRA) yang diletakkan di bawah bidang kuasa Khazanah.

Setakat ini sebuah panel penasihat bagi WPI telah diumumkan penubuhannya. Penal penasihat yang bakal dipengerusikan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Musa Hitam (seorang tokoh politik dari Johor yang telah sekian lama dilihat sebagai Tok Guru roh liberalisme/globalisme/nasionalisme fasis Yahudi-Kristian Barat kepada Pak Lah). Lain-lain ahli panel penasihat IDRA ialah Tan Sri Robert Kuok, Pengerusi KWSP Tan Sri Shamsuddin Osman, usahawan perkapalan Dato’ Seri Andrew Sheng dan Pengerusi Globe Silk Store, Tan Sri Kishu Tirathai.

Bersambung…Bahagian Kedua pada 9 November 2007

8 ulasan:

Maverick SM berkata...

This is news to me; I never heard of it. If it is true, the nation would soon be financially bankrupt.

And Jamaluddin Jarjis is proposing to buy the Soyuz rocket for display!!! Absurdity!

cohong gym berkata...

Tahniah diucapkan kerana keberanian dan kegagahan tuan dalam membuat laporan polis terhadap PM. Walaupun ramai yang sudah tahu tentang perkara tersebut termasuk saya sendiri, tetapi tidak ada seorang pun yang berani dan mampu untuk tampil kehadapan dan memdedahkan perkara tersebut.
Hat off untuk tuan. Semoga diberkati Allah.
Tidak semestinya orang yang menentang PM merupakan pembangkang. Saya ahli UMNO, beberapa kali berkempen semasa pilihanraya untuk UMNO, tetapi sekiranya pemimpin melakukan kesalahan dan membuat rakyat hidup terseksa, maka adalah menjadi kewajipan kita semua terutamanya ahli UMNO sendiri untuk menegur dan menegahnya.
Berani Kerana Benar

gram.kong berkata...

I hope your action is sincere and motivated by moral uprightness, not out of disenchantment for personal reason.

Be prepared to be sacked from the party.

Tanpa Nama berkata...

Implikasi tinakan Tuan dalam menyelamatkan negara dan UMNO tidak boleh dipandang ringan. Jika hasil dari segala apa tindakan Tuan kelak membuktikan PM Dollah bersalah ini,saya yakin, pasti akan membongkar banyak lagi kepincangan yang berlaku dalam tempoh singkat empat tahun dia menerajui negara. Dan ini termasuklah persekongkolan dengan kuasa/kompplot asing melalui menantu Khairy Jamaluddin, juruperunding imej Kalimullah Hassan, dan bini Jeane Abdullah.
SYABAS DAN SELAMAT BERJUANG

Tanpa Nama berkata...

Orang Johor apa lagi tuggu? Takkan Hangpa dok tengok saja tanah pusaka tok nenek hangpa kena pulun oleh puak Cina-Yahudi. Hangpa ni semua kena buang perangai kuat menyebai macam yang tok Daim dok tuduh hangpa dulu masa kes Musa Hitam menyebai letak jawatan. Sat2 kena juga jadi pendekar pertahankan maruah agama, bangsa dan negara. Jangan asyik nak mengampu pemimpin aje kerja hangpa.

Tanpa Nama berkata...

go get 'em! The people are sick and tired of all the propagande, double talks and cover ups!

Tanpa Nama berkata...

What's the latest on your sensational move to make a police report on PM Bodollah for allegedly expunging minutes of an UMNO Supreme Council meeting. My only advise is for you to forge ahead in dragging the idiotic chief executive of our nation to court. Based on the police report you made, I can see that is ground enough for a criminal prosecution under the Societies Act. For it was through the same Act that UMNO was deregistered in the 1970s.

Tanpa Nama berkata...

Correction: Sorry, the last line in my comment should read in the 1980s....not 1970s.