11 November 2007

AGENDA TERSEMBUNYI DI SEBALIK WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR (WPI)

Bahagian Kedua

Sebagai rancangan pembangunan koridor ekonomi strategik, WPI sudah semestinya berpotensi meningkatkan kedudukan ekonomi, taraf kehidupan dan kuasa membeli masyarakat tempatan.

Sekali pandang, sewajarnya orang Melayu akan beroleh kebaikan dan limpahan dari perlaksanaan program rancangan koridor ekonomi ini yang dirangka sebagai tindakan strategik.

Namun begitu, segala pengharapan ini ibarat mimpi di siang hari;belum pun pelan pembangunan WPI sempat dibentangkan telah mula timbul cadangan agar perlaksanaannya dikecualikan dari segi memartabatkan kepentingan Melayu.

Suara sumbang yang menafikan kepentingan anak bangsa di dalam koridor pembangunan wilayah di Johor ini amat jelas kedengaran melalui satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam yang menjadi selaku Penasihat koridor pembangunan berkenaan.

Kenyataan penuh kontroversi dari tokoh anak tempatan Johor yang secara ironisnya pernah digelar oleh kalangan akar umbi UMNO sebagai bapa nasionalisme Melayu, dibuat melalui satu temubual dengan agensi berita antarabangsa Bloomberg yang disiarkan pada 21 Mac 2007, seperti berikut:

Malaysia Must End Race Policy in Johor, Adviser Says

By Angus Whitley and Haslinda Amin

March 21 (Bloomberg) — Malaysia should exempt the southern state of Johor from policies that favor the ethnic Malay majority to help attract foreign investors to the area, former Deputy Prime Minister Musa Hitam said.

Policies that give the racial grouping privileged access to government contracts and guarantee a minimum presence in the workplace may deter foreign companies from coming to Johor, said Musa, who is advising the government on the state’s development.

Contract awards “will have to be on merit,” Musa, the country’s deputy leader from 1981 to 1986, said in a March 19 interview. “The Malays will have to face competition.”

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is seeking foreign investors to help fund a two-decade, 382 billion ringgit ($109 billion) redevelopment of Johor, bordering Singapore. Scrapping the race-based program could lure investors and pave the way for the country to completely drop its 36-year-old policy in support of ethnic Malays, who comprise 60 percent of the population.

“It would be an exit route, politically,” said Manu Bhaskaran, a Singapore-based partner at economic research company Centennial Group. Johor “is an extremely important project. The affirmative action program and all the related problems do turn off foreign investors.”

Foreign direct investment in Malaysia in 2005 dropped to 15 billion ringgit from 17.6 billion ringgit in 2004, according to the government’s department of statistics. Last year’s figures haven’t been released.

Wealth Imbalance

The racial program, introduced under the New Economic Policy in 1971 after clashes between ethnic Chinese and Malays, also known as Bumiputras, aimed to increase the wealth of the nation’s poorest grouping through benefits ranging from cheaper housing to greater access to initial public offerings.

Concern about the policy’s validity grew last year after a report by the Asian Strategy and Leadership Institute in Kuala Lumpur showed the original targets to address the wealth imbalance had been surpassed.

The February report by the Centre for Public Policy Studies, controlled by ASLI, said ethnic Malays may own as much as 45 percent of Malaysia’s corporate equity. That was higher than the government’s estimate of 19 percent in 2004 and surpassed the New Economic Policy’s goal of 30 percent.

ALSI on Oct. 10 last year said there were “shortcomings” in its report. Lim Teck Ghee, director of the Centre for Public Policy Studies, quit a day later to protest the retraction.

Policy Revision

A five-member council including Musa and Malaysian billionaire Robert Kuok that’s advising the Johor project agrees the ethnic program should be dropped, Musa said.

“I am confident that this Bumiputra thing, if I may put it this way, need not be the negative factor, and I am stressing this in this particular exercise,” Musa said. “There needs to be a revision, updating, of the way we approach it.”

Incentives to take part in the Southern Johor Economic Region are being finalized, Musa said. Middle Eastern and Japanese investors are among those that have agreed to plow funds into Johor, he said.

The 2,216-square-kilometer development will include roads, offices, homes, theme parks, hotels, factories and hospitals and is Malaysia’s biggest real-estate project. Development of the region will require 382 billion ringgit of investment from 2006 to 2025, according to Khazanah Nasional Bhd., Malaysia’s state investment unit, which is leading the project.

The site will generate more than 800,000 jobs in 20 years, Prime Minister Abdullah said in November. It may boost growth in Johor to an average of 7 percent from 2005 to 2025, compared with 5.5 percent without the revamp, Khazanah said.

Kenyataan yang jelas menyisihkan kepentingan umat Melayu yang berketuanan di bumi mereka sendiri sudah tentunya bakal menimbulkan keresahan dan kekalutan, termasuk di kalangan para pemimpin UMNO.

Di dalam satu kenyataan yang dibuat ketika menghadiri satu majlis anjuran UMNO Cawangan Kulai Besar pada 29 Mac 2007 – seminggu selepas artikel Bloomberg penuh kontroversi itu disiarkan – mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menjadi boss kepada tokoh dari Johor itu telah dipetik oleh edisi 30 Mac 2007 Utusan Malaysia sebagai menyatakan perkara berikut:

Kekalkan kuota Melayu di WPI – Dr. M

JOHOR BAHRU 29 Mac – Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu kuota orang Melayu dikekalkan dalam merancang pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di selatan Johor.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, hak yang sedia ada perlu dipelihara bagi mengelak orang Melayu terpinggir dan gagal bersaing dengan pelabur asing di wilayah tersebut.

Beliau menegaskan, peluang perlu diberi kepada orang Melayu terlebih dahulu dan jika mereka tidak berjaya barulah diserahkan kepada pihak lain yang mampu melaksanakannya.

‘‘Saya yakin jika tiada kuota bagi Melayu, siapa sahaja boleh masuk, maka Melayu tidak ada tempat di wilayah tersebut.

‘‘Kita mesti jaga hak dalam wilayah kita, kalau tidak kita hilang harta yang ada,” katanya.

Dr. Mahathir memberi peringatan itu ketika berucap pada Forum Rakyat – Kepimpinan Melayu di Era Globalisasi di Kelab Putri Kulai, dekat sini hari ini yang dihadiri kira-kira 500 orang.

WPI merangkumi kawasan lebih daripada 2,000 hektar yang sedang dibangunkan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) untuk mengubahnya agar setanding dengan Singapura dan Hong Kong.

Sebelum ini, Panel Penasihat Lembaga WPI, Tun Musa Hitam dalam satu temu bual dengan agensi berita antarabangsa berkata, Malaysia patut mengecualikan pembangunan di WPI daripada dasar keistimewaan kepada bumiputera bagi membantu menarik dana pelabur asing.

Musa dipetik sebagai berkata, dasar yang memberikan keutamaan laluan kepada bumiputera terhadap kontrak kerajaan mungkin boleh menjadi penghalang kedatangan pelabur asing ke WPI.

Dr. Mahathir juga melahirkan rasa kurang yakin orang Melayu sudah bersedia untuk bersaing bagi menempatkan diri setanding dengan pelabur asing di wilayah tersebut.

‘‘Kalau benarkan mereka (orang asing) masuk, saya yakin negara akan menjadi maju tetapi ia bukan lagi negara kita,” tegasnya.


Selain dari itu, Ketua Penerangan UMNO Johor, merangkap Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat, Sen. Dr. Mohd. Fuad Zarkashi turut melahirkan kritikan ke atas kenyataan Musa itu seperti yang disiarkan dalam Berita Harian edisi 23 Mac 2007:

Kenyataan Musa tidak telus

“Kejayaan syarikat Bumiputera melaksanakan pelbagai projek mega di negara ini juga membuktikan bahawa mereka memang berdaya saing, mempunyai merit serta kompetitif,” katanya

Beliau diminta mengulas kenyataan Musa berhubung dasar kerajaan memberi keistimewaan kepada Bumiputera dalam pembahagian ekonomi yang didakwanya boleh menghalang pelabur asing menanam dana di WPI.

“Saya kesal dengan kenyataan beliau yang seolah-olah memperlekehkan keupayaan orang Melayu dan menganggapnya sebagai amat tidak wajar serta boleh mengelirukan orang ramai,” katanya.


Sekiranya aktiviti perdagangan dalam WPI berada dalam keadaan sihat, pesat dan progresif, maka golongan usahawan menengah Melayu,
boleh memainkan peranan besar memenuhi keperluan jaringan pembekalan (supply chain) dan sokongan keatas industri industri utama dan besar.

Namun demikian, jika saranan Musa itu diterima-pakai, maka usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) Melayu terpaksa bersaing dengan syarikat yang telah sedia bertapak dengan akses kepada modal yang banyak dan mempunyai sistem jaringan yang mantap.

Ini jelas satu saranan yang tidak mementingan ’padang rata’ (level playing field).

Secara realistiknya, orang Melayu sekitar Selatan Johor adalah terdiri dari golongan yang tidak banyak mempunyai kecairan dan sumber kepada dana/modal yang banyak.

Oleh demikian, jika berlaku ledakan hartanah sekitar WPI yang membenarkan pelabur menikmati kesan spekulatif yang bernilai berpuluh puluh billion Ringgit itu nescaya sebilangan besar orang orang Melayu Selatan Johor akan tertinggal dari persaingan ini kerana di luar kemampuan mereka, baik secara individu maupun institiusi.

Ini bermakna ledakan industri pembangunan hartanah tidak akan melibatkan mereka sebagai pemain dan sebaliknya, para pelabur Singapura yang mempunyai kekuatan sokongan pasaran modal dan kewangan, terutama dari pembiaya kewangan bertaraf global, akan memonopoli segmen industri di dalam WPI.

Jika dinilai dari kepentingan politik, sekiranya begitu banyak pemilikan hartanah dan perniagaan terbuka tanpa langsung sekatan sekitar Selatan Johor, maka pertimbangan politik untuk orang orang Melayu juga akan terjejas.

Keadaan ini pasti mengakibatkan sebilangan besar ahli UMNO yang mencari kehidupan melalui perniagaan kecil-kecilan di sekitar Johor Bahru, Pulai, Tebrau, Pasir Gudang, Gelang Patah, Tanjong Piai, Senai, Kulai dan Pontian merasa bahang kesanya.

Jelas fokus pembangunan strategik WPI mementingkan pelabur dan perniagaan dari Singapura ibarat kera di hutan disusui sedangkan anak di rumah kelaparan.

Oleh demikian, ekoran kenyataan yang dibuat oleh Musa Hitam, pihak Dewan Perniagaan Cina Malaysia (ACCIM) telah tanpa berlengah-langah lagi mengeluarkan kenyataan merebut pelbagai peluang keemasan yang ditawarkan dalam WPI dan persediaan untuk bekerjasama dengan golongan peniaga Singapura. Laporan berkenaan dipetik dari Bernama bertarikh 12 April 2007 :


ACCCIM cadang tubuh konsortium di WPI

KUALA LUMPUR 12 April – Gabungan Dewan Industri China Malaysia (ACCCIM) menimbang untuk mewujudkan konsortium bagi mengambil bahagian dalam projek-projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Naib Presidennya, Ter Leong Yap berkata, anggota ACCCIM seramai kira-kira 90,000 orang, berminat melibatkan diri dalam projek-projek WPI dan “mereka mungkin terlibat secara individu atau menerusi usahasama.”

WPI dikatakan menawarkan separuh daripada keluaran kasar per kapita dalam negara Singapura iaitu AS$30,000 (sekitar RM102,000).

Ter berkata, ACCCIM telah menandatangani lebih 30 memorandum persefahaman (MoU) bersama dewan perniagaan antarabangsa untuk mempromosikan pertukaran perniagaan dan menambah “rantaian yang kukuh untuk menarik mereka ke WPI.”

“Kami akan menawarkan platform untuk mereka (dewan perniagaan antarabangsa) agar memahami WPI dengan lebih baik,” kata Ter yang juga Pengarah Urusan SunSuria Group, sebuah syarikat hartanah, kepada pemberita di sini.

Anggota ACCCIM, organisasi induk bagi lebih 15 dewan perniagaan China, pagi ini mendengar taklimat mengenai WPI yang disampaikan oleh Pengarah Projek Khas Khazanah Nasional Bhd., Dr. Iskandar Ismail.


Selain dari itu, pada 24 Mei 2007, Dewan Perniagaan Cina Malaysia (ACCIM) dan Dewan Perniagaan Cina Singapura telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia sebagai memberikan kenyataan berikut:

ACCCIM, SCCCI ikrar jayakan WPI

JOHOR BAHARU 24 Mei – Dewan Perdagangan dan Industri Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) dan Dewan Perdagangan dan Industri Cina Singapura (SCCCI) berikrar untuk memastikan kejayaan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Ikrar itu dibuat semasa persidangan akhbar selepas delegasi kedua-dua pihak melawat dua tapak pembangunan di IDR, dekat sini hari ini.

Rombongan itu yang diketuai Presiden ACCCIM Tan Sri William Cheng dan Presiden SCCCI Chua Thian Poh, melawat tapak-tapak projek Nusajaya dan Dangga Bay.

Ketika bercakap kepada pemberita, Cheng berkata, IDR dan Singapura boleh mencontohi kejayaan Shenzen sebagai hab pembuatan dunia dan Hong Kong sebagai pusat kewangan dunia.

Thian Poh pula berkata, beliau akan mengetuai delegasi 50 ahli perniagaan untuk satu lawatan kerja ke IDR bulan depan.


Bagaimanapun pada 22 April 2007 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah dilaporkan oleh Bernama sebagai memberikan kenyataan balas seperti berikut:

DPMM mahu tanah di WPI diperuntuk kepada usahawan Melayu

JOHOR BAHRU 22 April — Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) meminta pemaju Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Khazanah Nasional, memperuntuk 40 peratus daripada 10,000 hektar tanah milik sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di koridor pembangunan itu kepada usahawan Melayu.

Timbalan Presiden DPMM, Syed Ali Al-Attas Mohamad Al-Attas berkata, permintaan untuk mendapatkan tanah UEM Land itu telah pun disampaikan kepada pihak pengurusan syarikat pelaburan negara berkenaan pada satu mesyuarat di antara kedua-dua pihak baru-baru ini.

“Pihak pengurusan Khazanah memberikan reaksi yang baik terhadap cadangan kami.

"Kami berharap menerusi cadangan itu, usahawan Melayu terutamanya di Johor dapat terbabit sama di dalam WPI dan mengambil peluang yang tersedia,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan kali ke-26 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Johor (DPMMJ) di sini, hari ini.

Syed Ali Al-Attas yang juga Yang Dipertua DPMMJ berharap tanah yang akan diperuntukkan kepada DPMM itu, jika dipersetujui, akan terletak di kawasan WPI yang strategik seperti di “Central Business District” (CBD) (Daerah Pusat Perniagaan) dan tidak di lokasi yang kurang menarik untuk perniagaan.

Mesyuarat agung DPMMJ itu dirasmikan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya dan turut dihadiri presiden DPMM, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin.

Syed Ali Al-Attas berkata, pihaknya tidak mahu apa yang telah berlaku di bandar raya Johor Bahru berulang di WPI di mana usahawan Melayu yang berniaga di CBD hanya merangkumi dua peratus.

Sementara itu, Abdul Rahman pula meminta anggota DPMMJ menjadi pemantau kepada pembangunan di WPI dan memastikan usahawan Melayu turut terbabit di dalam pembangunan koridor itu.

“Kita tidak mahu usahawan Melayu terpinggir dan tercicir daripada pembangunan WPI. Anggota DPMMJ perlu memberikan maklum balas terhadap tahap pembabitan mereka di WPI supaya segala perkembangan itu boleh disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

Tahap pembangunan di WPI, kata Abdul Rahman, perlu selari dengan pembangunan yang terdapat di kawasan lain di Johor dan mengelak dari menjadi sebuah kawasan asing.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Senator Fuad Zarkashi kerana menunjukkan keberanian kerana benar. Kaum Kerabat UMNO Johor yang lain bila pulak? Hangpa semua berada di negeri kubu kuat UMNO kena tunjuk contoh. Kalau hangpa ada masalah kami di Kedah sanggup turun padang membantu jihad melawan Yahudi Singapore dan talibarut mereka di kalangan para pemimpin UMNO yang bacul. Bercakap fasal bacul, kami tahu PM Dolah dulu pun pernah menuduh orang UMNO bacul bila depa tak undi dia untuk jawatan naib presiden. Sekarang dia dan menantu pro Yahudi tu pulak yang bacul! he he he he

Tanpa Nama berkata...

Well, SiBongkok no one could've put it better as you've not only defied official sanctions on criticism of the WPI but, more than that, had dared to stand up to Bodollah by lodging a police report against his alleged expunging minutes of an UMNO Supreme Council meeting held on Aug 28 last year. Forge ahead bro. we're all behind you.

Tanpa Nama berkata...

Tok Musa nie kawan dah lama tak percaya. Dulu pada tahun '80an bila dia bergaduh dengan Dr M kitorang bebudak "komando" UMNO dari Johor, Perak, Pahang dan banyak bagai nak rak sokong dia. Lepas tu tiba-tiba dia "menyebai" dan terus meletak jawatan, terumbang ambing kita dibuatnya. Dulu dia juga yang kononnya nak jadi hero orang Melayu bila MCA nak buat Universiti Merdeka. Sekarang MCA nak ajar dia buat kampus Universiti Tunku Abdul Rahman di bekas kubu kuat dia di Segamat. Sekarang dia pula nak tolong Bodollah jual tanah Melayu di Johor kepada Yahudi Singapura. Memang dulu pun Tok MUsa ini dah lama sekongkol dengan Yahudi melalui Pusat Pelajar Antarabangsa di Leiden, Belanda yang mana CIA ada di belakangnya. Melayu oh Melayu! Bila mika nak henti jual maruah.

Tanpa Nama berkata...

Saya dok tertunggu2 bahagian selanjutnya dari siri mengenai WPI yang amat menarik ini. Bila lagi Tok?

Tanpa Nama berkata...

Bloody kaki TIDUR dan ANAK MENANTU ... Cakap depan RAKYAT ... PERKASAKAN JATI DIRI 'MELAYU'... Belakang RAKYAT sibuk nak JUAL NEGARA ... apa nak jadi sampaikan Anak Bangsa nak DIGADAIKAN pada YAHUDI Temasik.Dah merdeka pun kena JAJAH. BANGKITLAH KHALIFAH SEKELIAN ALAM 'MALAYSIA'.