28 Ogos 2007

SURUHANJAYA TRILATERAL: PELENGKAP PENJAJAHAN BARU BARAT


Bahagian Kedua

(Ralat: Dalam Bahagian Pertama terdapat kesilapan yang menyebut Presiden Jimmy Carter sebagai bekas Gabenor Alabama. Sebenarnya beliau merupakan bekas Gabenor Georgia. Harap maaf).

Tidak cukup dengan penguasaan ke atas pentadbiran Presiden Jimmy Carter, setiap pilihanraya presiden yang menyusuli pemilihan ketua eksekutif Amerika Syarikat (AS) dari Parti Demokrat itu telah mengangkat Pesuruhjaya Trilateral ke dalam kedudukan paling berpengaruh dan berkuasa di negara kuasa besar tunggal dunia itu, sama ada sebagai naib presiden atau presiden, atau kedua-duanya sekali.

Ekoran pemilihan Carter sebagai presiden dalam tahun 1976, pilihanraya presiden yang menyusulinya telah, masing-masingnya, memilih George H. W. Bush (naib presiden di bawah Presiden Ronald Reagan), Bill Clinton, Al Gore dan Richard Cheney (naib presiden di bawah Presiden George W. Bush), kesemuanya anggota Suruhanjaya Trilateral.
Perlu juga disebut bahawa sejak timbulnya fenomena politik yang berlaku bukan secara kebetulan ini, dominasi Trilateral ke atas cabang eksekutif pentadbiran di AS turut mengatasi perbezaan politik kepartian: kalangan anggota Suruhanjaya ini menguasai barisan kepimpinan di dalam kedua-dua parti Republikan dan Demokrat.
Malah pentadbiran pusat AS sebelum Carter juga terbukti dapat menerima doktrin serta anggota Trilateral dengan baik. Misalannya, Gerald Ford yang dilantik Presiden ekoran perletakan jawatan Presiden Richard M Nixon pada 1970 telah melantik Nelson Rockefeller sebagai naib presiden.
Walaupun Ford dan Nelson tidak pernah menganggotai Suruhanjaya Trilateral, tetapi Nelson merupakan adik kepada pengasas Trilateral, David Rockefeller. Malah Nelson Rockefeller merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Jimmy Carter yang ketika itu memegang jawatan sebagai Gabenor negeri Georgia, kepada David dan Zbginiew Brzezinski.
Bagaimanakah Suruhanjaya Trilateral mencapai matlamat menegakkan doktrin Orde Dunia Baru atau Orde Ekonomi Antarabangsa Baru bagi pihak kuasa-kuasa Barat? Jawapannya mudah, komplot penjajahan baru global ini mempunyai kemampuan luar biasa untuk menempatkan kalangan ahlinya menduduki antara jawatan paling berpengaruh dalam setiap institusi perdagangan dan perbankan global serta jentera dasar luar AS.
Seperti yang diketahui umum, institusi Bank Dunia merupakan suatu mekanisma paling kritikal dalam mengerakkan enjin globalisasi. Sejak penubuhan Suruhanjaya Trilateral dalam tahun 1973, terdapat kesemuanya tujuh orang yang menjawat jawatan presiden Bank Dunia. Dan daripada jumlah tersebut, enam dilantik dari kalangan anggota Suruhanjaya berkenaan! Presiden Bank Dunia yang dilantik dari kalangan anggota Trilateral sejak tahun 1968 adalah (nama yang dihitamkan):
Robert McNamara (1968-1981)
A.W. Clausen (1981-1986)
Barber Conable (1986-1991)
Lewis Preston (1991-1995)
James Wolfenson (1995-2005)
Paul Wolfowitz (2005-2007)
Robert Zoellick (2007-present)
Satu lagi bukti tentang penguasaan Trilateral ke atas rejim penjajahan baru AS adalah dari segi pemilihan bagi jawatan Wakil Perdagangan negara tersebut; suatu lagi jawatan yang di anggap kritikal dalam memastikan setiap perjanjian dagang antarabangsa akan memuaskan cita-cita kalangan elit global Trilateral untuk menegakkan suatu Orde Ekonomi Baru Antarabangsa.
Justeru dari 10 Wakil Dagang AS yang dilantik sejak tahun 1977, lapan adalah terdiri dari kalangan anggota Trilateral! Mereka ini terdiri dari (nama yang dihitamkan):
Robert S. Strauss (1977-1979)
Reubin O'D. Askew (1979-1981)
William E. Brock III (1981-1985)
Clayton K. Yeutter (1985-1989)
Carla A. Hills (1989-1993)
Mickey Kantor (1993-1997)
Charlene Barshefsky (1997-2001)
Robert Zoellick (2001-2005)
Rob Portman (2005-2006)
Susan Schwab (2006-present)
Walaupun Clayton Yeuter and Rob Portman bukan terdiri dari kalangan Trilateral, tetapi kedua-dua juga didapati turut bersimpati terhadap cita-cita komplot antarabangsa itu.
Dari segi penguasaan ke atas dasar luar AS, sejak pentadbiran Presiden Richard M Nixon pada penghujung dekad 1960an, seramai tujuh Setiausaha Negara dilantik dari kalangan tokoh yang terbabit dengan rangkaian Suruhanjaya Trilateral, dan mereka terdiri dari: Henry Kissinger (di bawah Pres Nixon, Ford), Cyrus Vance (Pres Carter), Alexander Haig (Pres Reagan), George Shultz (Reagan), Lawrence Eagleburger (Pres G.H.W. Bush), Warren Christopher (Pres Clinton) and Madeleine Albright (Clinton). Selain dari itu, terdapat juga Pemangku Setiausaha Negara yang menjadi anggota Trilateral: Philip Habib (Carter), Michael Armacost (G.H.W. Bush), Arnold Kantor (Clinton), Richard Cooper (Clinton).
Akhir sekali, sejak tahun 1970 tiga Pengerusi Federal Reserve adalah dilantik dari kalangan Trilateral: Arthur Burns (1970-1978), Paul Volker (1979-1987), Alan Greenspan (1987-2006). Walaupun Federal Reserve merupakan sebuah organisasi milik swasta yang bertanggunjawab ke atas matawang dollar AS, tetapi perlantikan setiap pengerusi badan ini ditentukan oleh President AS.
Walaupun Pengerusi Federal Reserve masa kini, Ben Bernanke, bukan dilantik dari kalangan Trilateral, tetapi dasar yang diikutinya dalam mentadbir badan berkenaan tetap dilihat sebagai kesinambungan kepada apa yang telah dilaksana oleh para pengerusi sebelumnya.
Apa yang cuba diketengahkan setakat ini adalah, sejak tahun 1976 hingga kini, dominasi Trilateral terhadap cabang eksekutif di AS bukan sahaja tetap berterusan tetapi telah diperkukuhkan lagi.
Sejak itu, badan ini telah, secara konsisten dan tegas, membuktikan kemampuan untuk melaksanakan matlamat berikut: menempatkan kalangan ahli ke dalam kedudukan kuasa dan pengaruh paling kritikal agar mereka dapat melaksanakan dasar Trilateral.
Ramai yang mungkin ingin mengetahui sama ada segala dasar yang diambil oleh Suruhanjaya Trilateral hasil dari kata sepakat, dalam pertubuhan yang mana dua-pertiga dari keahlian bukan dari kalangan rakyat AS? Berdasarkan apa yang telah kita pelajari setakat ini tentang percaturan halus kalangan keahlian Trilateral dari AS yang amat berpengaruh, maka jawapannya adalah jelas.
Bagi mereka yang ingin mempertahankan institusi Trilateral ini dari sebarang kritikan, keahlian bagi AS yang rata-ratanya terlalu berpengaruh pasti dijelaskan hanya sebagai suatu kebetulan atau hanya menggambarkan mutu keahlian yang tinggi.
Bagaimanapun, persoalannya adakah seseorang yang punyai pemikiran waras dapat menerima hakikat bahawa di dalam sebuah negara seperti AS yang punyai jumlah penduduk lebih 300 juta, hanya 100 orang layak memegang kedudukan begitu berpengaruh lagi kritikal? Sekali lagi, jawapannya adalah jelas sejelas-jelasnya.
Apa yang perlu disedari tentang ancaman yang dibawa oleh Trilateral terhadap masyarakat dunia dalam perencanaan mereka menegakkan Order Ekonomi Baru Antarabangsa adalah penguasaan politik ke atas sesebuah negera itu perlu dipastikan dahulu sebelum tercapainya dominasi ekonomi.
Langkah badan ini mendominasi cabang eksekutif di AS sejak pentadbiran Carter hinggalah ke hari ini adalah suatu bukti yang nyata. Penguasaan ke atas Washington memberikan komplot penjajahan baru Barat ini ruang untuk memperalatkan dasar ekonomi global AS demi kepentingan agenda halus lagi jahat mereka terhadap umat manusia.
Sejak tahun 1977 lagi Suruhanjaya ini terbukti begitu cekap dalam memperalatkan krisis (malah dalam sesetengah kes, mendalangi krisis) dalam usaha memaksa sesetengah negara untuk tunduk terhadap konsep penjajahan global mereka yang bertopengkan Orde Baru Global itu; walaupun terpaksa menerima pelbagai tentangan serius dari kalangan masyarakat tertindas akibat perencanaan mereka.
Namun demikian, setakat ini mangsa paling teruk menerima rancangan jahat lagi halus kalangan elit global yang menjadi Pesuruhjaya Trilateral hanyalah nilai dan cara hidup tradisi di AS.
Selama ini, kebanyakan dari rakyat di negara kuasa besar dunia itu tidak menyangka bahawa sebuah pertubuhan yang begitu berpengaruh lagi berkuasa sanggup melakukan sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan dan semangat kebebasan mereka, sama ada secara sedar atau sebaliknya.
Akibat pengaruh jahat lagi halus komplot antarabangsa ini, segala prinsip idealisma yang pernah menjadikan AS sebuah negara yang hebat, teruk tercemar; menjadikan segala prinsip it terus tidak bermakna.
Apakah ciri ekonomi kuasa penggerak di sebalik Trilateral?
Jawapannya sudah tentu badan-badan korporat gergasi multinational yang dimiliki bersama oleh kalangan anggota Suruhanjaya berkenaan atau yang mendapat banyak manafaat dari segala dasar serta tindakan komplot antarabangsa ini.
Tokoh-tokoh Trilateral seperti Brzezinski, Gardner, Allison, McCracken, Henry Owen dan sebagainya, hanya bertanggujawab memberikan “alasan falsafah” dalam usaha mengeksploitasi bumi ini.
Jangan sesekali kita terlepas pandang atau memperkecil-kecil kemampuan komplot ini atau apa yang telah mereka capai sejak Presiden Jimmy Carter menghuni White House pada tahun 1976.
Asas ekonomi kalangan anggota Suruhanjaya Trilateral sememangnya cukup kukuh. Syarikat gergasi antarabangsa seperti Coca-Cola, IBM, CBS, Caterpillar Tractor, Bank of America, Chase Manhattan Bank, Deere & Company, Exxon, adalah berlipat kali ganda besarnya dari lain-lain syarikat yang terdapat di AS.
Malah nilai pasaran saham IBM sahaja adalah jauh lebih tinggi dari nilai segala saham yang tersenarai di dalam Bursa Saham AS. Chase Manhattan Bank memiliki kira-kira 50,000 cawangan atau bank bersekutu di serata pelosok dunia.
Kebanyakan perkara yang sampai ke pendengaran dan penglihatan kita dikawal oleh CBS, the New York Times, Time magazine, dan sebagainya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedang tunggu selesai siri ini untuk menghantar suatu komen yang difikir relevan dgn topik ini. Teruskan usaha tanpa jemu.

Tanpa Nama berkata...

What u re exposing no satanic propaganda machine can rebuke. Keep itu up and well done.

Tanpa Nama berkata...

Dedahkan lebih lagi kaitan antara kumpulan yahudi ini dengan melayu2 haprak di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

budak kj tu nampaknya makin terror lak..nanti aku tunggu dia tengah mabuk di hotel hilton..