25 Ogos 2007

UNTUK RENUNGAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG PATRIOTIK

Shahibul hikayat, maka sebermula pada awal 2005 Masehi, atas kehendak Allah s.w.t. jua, ketika keadaan kesihatan Allahyarhamah Hendon Mahmood (Kak Endon) bertukar menjadi tenat akibat barah payudara yang dihidapi, keluarga Pertama Negara (mengikut protokol kenegaraan, Malaysia sebenarnya tidak mempunyai gelaran Keluarga Pertama yang hanya diberikan kepada mana-mana negara republik yang mempunyai Presiden) yang diketuai suami, Abdullah Ahmad Badawi (Si Dolah), mula bergelora akibat krisis dalaman berpunca dari perlumbaan untuk memenangi hati ketua keluarga yang selaku Perdana Menteri Malaysia Ke 5 itu.
Kalakian sebelum itu, arwah Kak Endon dilihat sebagai unsur penyatu paling utama di dalam keluarga berkenaan di mana sifat keibuan membuatkan semua anggota keluarga terdekat yang menjadi penghuni mahligai indah Seri Perdana di Putrajaya begitu kasih dan sayang serta menghormati beliau.
Maka demikian jua seluruh rakyat, amat kasih dan sayang akan beliau.
Bermula keadaan tanpa disedari kalangan rakyat jelata, ketika keadaan barah payudara Kak Endon menjadi kronik hingga terpaksa terlantar di sebuah pusat perubatan di benua atas angin Sang Dajjal Samiri (Amerika Syarikat) ribut perpecahan mula melanda Keluarga Pertama Negara itu.

GARA-GARA SI BUTLER

Orang tua-tua ada berpesan, apabila kucing tiada tikus mula bermaharaja lela; maka demikianlah halnya dengan ketiadaan Kak Endon – Si Dolah mula meletakkan seorang “asing” sebagai pusat tumpuannya di rumah.
Wanita asing berkenaan pula seorang Butler Wanita (nama glamor yang diperkenal oleh bangsa dari atas angin untuk profesion orang gaji atau pembantu rumah di kalangan orang atasan hatta kalangan pak menteri mahupun saudagar besar di negara kita sekalipun; kebanyakannya terdiri dari mereka yang dijangkiti penyakit kecelaruan psiko-budaya dikenali sebagai anglophile yakni orang bukan Inggeris yang cintakan segala apa yang berbau bangsa bekas penjajah kita itu).
Hatta atas kehendak Allah jua, orang gaji tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Wanita Pertama Negara sekarang, Jeanne Danker atau Jeanne Abdullah yang berketurunan Serani (Eurasian).

MAINAN ASING

Sebermula ceritera rupa-rupanya rakyat jelata selama ini leka dibuai oleh dongeng cinta indah ala Laila Majnun atau Romeo and Juliet antara Si Dolah dengan Kak Endon hasil rekaan kalangan dalang wayang serba canggih yang dipinjam oleh si menantu, Khairy Jamaluddin dari kalangan Masyarakat Perisikan Zionis di bumi Temasik seberang Selat yang tergadai, Singapura.
Apa yang diketahui rakyat, seperti yang didongengkan oleh dalang wayang (spin doctors) Sang Dajjal Samiri dari bumi Temasik yang tergadai itu, melalui talibarut sulit yang “ditanam” di kalangan surat khabar utama watan, perkahwinan Si Dolah dan Kak Endon sejak berpuloh tahun dulu adalah bak merpati dua sejoli dan kedua-dua pasangan ini membina sebuah keluarga yang rukun lagi damai, sehidop semati bak merpati dua sejoli.
Indah khabar dari rupa; rupa-rupanya sejak ketiadaan Kak Endon kerana menjalani rawatan di benua atas angin Sang Dajjal Samiri, si Butler Wanita yang selama ini begitu menikus tiba-tiba bertukar sifat menjadi ibarat Sang Helang Botak atau dalam bahasa kaum dari atas angin, Bald Eagle (sejenis unggas yang menjadi lambang rasmi bagi kuasa utama buana ini yang terletak di benua atas angin Sang Dajjal Samiri, Amerika Syarikat).

PECAH TEMBELANG

Meminjam alkisah cinta Laila Majnun orang-orang yang kuat mengkaji Tauhid, maka talibarut Sang Dajjal Samiri dari bumi Temasik di seberang Selat yang tergadai mula tabur cerita muslihat kononnya cinta pasangan Si Dolah-Kak Hendon ibarat kisah cinta Laila Majnun.
Bermula ceritera ternyata itu semua muslihat Sang Dajjal Samiri yang terkenal dengan tipu muslihat untuk menganiayai seluruh cucu-cicit Adam sejak zaman Mesir dan Babylon Tua lagi. Bermula ceritera lagi, rupa-rupanya Si Dolah selama ini ada menyimpan dendam berahi terhadap tukang gaji glamour berketurunan darah kacukan Bawah Angin-Atas Angin itu.
Alkisah perhubungan sulit ini tidak terlepas dari pandangan arwah Kak Endon ketika keadaan kesihatan beliau masih belum begitu menggawat. Hatta dikatakan berlakulah satu kejadian di mana Jeanne dinyah dari Mahligai Seri Perdana yang indah itu oleh si isteri pertama yang tidak dapat lagi menahan bahang cemburu.
Maka terlantarlah si Butler Serani itu buat seketika di ibukota dan terpaksa menyewa di sebuah apartmen kos sederhana.

NAIK TOCANG

Bermula ketika Kak Endon terlantar menahan sakit tak terhingga di benua atas angin Sang Dajjal Samiri, Jeanne dipujuk Si Dolah meneruskan tugas sebagai orang gaji Keluarga Pertama Negara ini.
Bermula lagi seperkara dengan ketiadaan Kak Endon kerana menjalani rawatan di seberang laut, si tukang gaji yang dilamun cinta terlarang mula bebas menentukan urusan harian keluarga hatta anak menantu Si Dolah sibuk dengan urusan mengejar laba dan kuasa duniawi yang tak terhingga dek menjadi anggota Keluarga Pertama Negara.
Kalakian perkara yang tersorok dari penglihatan kalangan rakyat jelata dan hamba sahaya negara ini sekian lama terdedah juga apabila ada di antara rakan rapat anak menantu, kalangan suku sakat Ambak serta sahabat akrab arwah Kak Endon mula melepaskan geram.
Alkisah maka akibat tingkah laku si tukang gaji yang ibarat ulat bulu dah naik daun maka seorang sahabat paling akrab selaku penasihat peribadi arwah sejak berpuluh tahun terpaksa terpinggir membawa hati yang lara.

MANGSA PERTAMA

Gamaknya, si sahabat akrab dan penasihat peribadi Kak Endon bernama Rosie ini yang turut disenangi oleh Kamaluddin dan isterinya Azrene, juga Nori dan Khairy, sebelum ini mempunyai bilik khusus untuk dirinya di Seri Perdana.
Alkisah, sejak ketiadaan Kak Endon, kehadiran Rosie di mahligai indah tersergam yang terletak di Putrajaya itu tidak disenangi si Butler yang dah mula naik tocang kerana digilai oleh, tidak lain dan tidak bukan, Perdana Menteri Malaysia Ke 5.
Hatta dengan pemergian Kak Endon ke rahmatullah, maka pergilah Rosie membawa diri dengan hati yang lara dan tempatnya sebagai sahabat keluarga paling akrab dan orang kepercayaan Jeanne dambil alih oleh seorang bekas cikgu sekolah orang putih, Dr Leela Ali.
Sebermula jika kalangan rakyat jelata dan hamba sahaya berusaha mendapatkan gambar lama arwah menghadiri mana-mana majlis umum atau rasmi maka pasti akan berpeluang melihat wajah Rosie yang sentiasa di sisi arwah.
Rosie kini berusia di sekitar 46/7 tahun dan gamaknya lebih banyak menghabiskan masa di tanah tumpah darah angkatnya di bumi asal bangsa benua atas angin Sang Dajjal Samiri, England.

TUNJUK BELANG

Sejak ketiadaan Kak Endon kerana menjalani rawatan atau setelah dipanggil Allah juga, Butler Serani mula bebas membuat beberapa perubahan fizikal terhadap mahligai di Putrajaya itu; bukan dengan tujuan untuk mengindahkannya mengikut selera anak menantu, tetapi bagi mendapatklan habuan dari kontrak hiasan dalaman yang kemudian difaraidkan di kalangan sahabat handai serta waris walak yang rata-rata terdiri dari kontraktor hiasan dalaman bukan Melayu.
Malah sejak Si Dolah mewarwarkan hutan bakau dan atau wetlands negara di pelihara maka kebanyakan kerja pemuliharaan ini telah dianugerah kepada kalangan kontraktor bukan Melayu yang dikenalpasti rapat dengan Jeanne.

PERANG DINGIN

Bermula ceritera, segala tingkah laku Jeanne menjolok mata sejak pemergian Kak Endon telah menimbulkan semacam perang dingin dan perpecahan di kalangan Keluarga Pertama Negara.
Ekoran perang dingin ini, Keluarga Pertama Negara kini terbahagi kepada dua fraksi atau puak:

1. Puak Jeanne yang dianggotai Si Dolah;

2. Puak Ambak yang terdiri dari anak menantu, termasuk naib ketua Permuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin, serta ipar duai yang menganggotai keluarga besar arwah bekas bapa mertua Si Dolah, Mahmood Ambak.

PERSOALAN

Persoalannya sekarang adalah: Siapa sebenarnya Jeanne? Adakah kehadiran beliau sebagai pengganti kepada Kak Endon di dalam hati Si Dolah akan memulihakan imej Keluarga Pertama Negara Ke 5 yang telah teruk tercemar itu?
Atau mungkinkah kehadiran bekas orang gaji ini di dalam hidup Si Dolah akan menjadikan nama keluarga ini lebih kotor dari sebelum ini? Dan, lebih penting lagi, adakah penjelmaan Jeanne ibarat “tongkat baru” di dalam hidup Si Dolah bermakna “tongkat lama” seperti menantu lelaki Khairy Jamaluddin dan isteri Nori Abdullah, tidak lagi relevan?
Atau adakah penjelmaan isteri baru Perdana Menteri Malaysia Ke 5 ini hasil mainan “silap mata” si menantu lelaki dengan bantuan sulit dari kepentingan kuasa-kuasa asing demi mencerobohi kedaulatan negara yang kita cintai ini?

RUMUSAN

Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, jangan-janganlah sesekali hendaknya kita memandang enteng sambil menganggap segala perkembangan melibatkan Keluarga Pertama Negara ini sebagai bukan urusan kita.
Percayalah bahawa dari pemantauan halus oleh kalangan rakyat jelata yang mengaku pewaris bangsa, tanda-tanda kian jelas menunjukkan bahawa apa yang selama ini dianggap sebagai satu keluarga paling berpengaruh lagi berkuasa di Malaysia telah teruk diresapi anasir subversif dan anti-nasional paling licik dengan segala kecanggihannya dari benua atas angin Sang Dajjal Samiri; sama ada disedari atau tidak oleh kebanyakan anggota keluarga berkenaan sendiri.
Bermula lagi seperkara, ketika Si Dolah mula-mula memegang jawatan Perdana Menteria dulu, negara dan masyarakat antarabangsa telah digegarkan dengan skandal membuat komponen bom nuklear untuk satu kuasa asing di Timur Tengah yang secara langsung melibatkan syarikat Scomi milik anak sulung Si Dolah, Kamaluddin.
Apabila demikianlah perinya, yang menjadi persoalan ekoran skandal berkenaan, mengapakah Kamaluddin dan seorang pakar asing berbangsa Eropah terlepas begitu sahaja sedangkan seorang warga Sri Lanka yang dikatakan hanya bertindak sebagai broker bagi operasi pembuatan komponen nuklear sulit itu ditangkap oleh pihak berkuasa keselamatan negara dengan bantuan pihak Biro Penyiasat Persekutuan (FBI) dari benua atas angin Sang Dajjal Samiri.
Berdasarkan persoalan ini, ramai dari kalangan penganalis profesional yang arif tentang tipu muslihat masyarakat perisikan dari benua atas angin Sang Dajjal Samiri bagi menegakkan agenda imperialis baru global mereka percaya bahawa skandal nuklear Scomi yang melibatkan anak Perdana Menteri Malaysia Ke 5 ada menunjukkan tanda-tanda jelas satu operasi “false flag” yang sengaja didalangi oleh kuasa dajjal benua atas angin Sang Samiri/negara asal mereka England serta sekutu di rantau ini, bumi Temasik yang tergadai, bagi memeras ugut Si Dolah supaya mengikuti telunjuk mereka dalam ehwal pemerintahan watan.
Bermula dari skandal tersebut, kebanyakan dasar negara yang digubal atau dipinda oleh pentadbiran Si Dolah mula kelihatan condong itu ikut bulat kehendak politik, ekonomi, malah ketenteraan, benua atas angin Sang Dajjal Samiri serta kalangan sekutu satelit terpenting mereka ke arah Timur Terusan Suez, khususnya bumi Temasik yang tergadai.
Alkisah maka persoalan ini, ditambah pula dengan latarbelakang menantu Si Dolah, Khairy Jamaluddin serta beberapa rakan akrab beliau yang cenderong dengan beberapa institusi atau individu penuh tanda-tanya dari perikatan benua atas angin Sang Dajjal Samiri, juga termasuk bumi Temasik seberang Selat yang tergadai, kian banyak menimbulkan persoalan tentang kemungkinan peranan mereka sebagai talibarut sulit Sang Dajjal Samiri dari atas angin dalam usaha mencerobohi kedaulatan dan keselamatan watan daulah MALAYSIA BARU.















4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau begitu kita kena cari jalan jatuhkan rejim Pak Lah yang pandai bersandiwara.

Tanpa Nama berkata...

apo nak dikato. dulu ada mahatir orang tak puas hati. sekarang rasakan korang.

Tanpa Nama berkata...

nampaknya awak ada mata telinga di seri perdana. agaknya dalam bilik...pun ada.

Tanpa Nama berkata...

How reliable is your report? If its is then I'm on my way to deregister as a member of MCA.