26 Ogos 2007

RALAT


Terdapat sedikit kesilapan fakta bagi posting Jumaat 24 Ogos 2007 berjudul: “Ancaman Barat-Zionis Terhadap Malaysia: Bukan Lagi Dongengan Konspirasi atau Mitos Akademik.”
Bilderberg Group dan Trilateral Commission adalah dua pertubuhan berasingan, dan Pengerusi Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia, Azman Hashim serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Allahyarham Noordin Sopiee tersenarai di dalam keahlian Trilateral Commission bagi Asia, bukan Bilderberg Group.
Bagaimanapun, kesilapan ini tidak langsung menjejaskan segala hujah tentang ancaman dari kedua-dua pertubuhan yang bertindak sebagai komplot atau kabal bagi tamadun Yahudi-Kristian Barat ke arah penjajahan baru global demi menegakkan sebuah Kerajaan Dunia. Kedua-dua pertubuhan diasaskan oleh tokoh serta matalamat yang sama.
Bilderberg dan Trilateral, malah dua lagi pertubuhan yang berpengaruh dalam membentuk dasar luar Amerika Syarikat (AS) dan Britain, masing-masingnya Council of Foreign Relations (CFR) dan Royal Institute of International Affairs (RIIA), dibiayai dan kuat dipengaruhi oleh empayar kewangan Yahudi-Kristian global Rockefeller dan Rothschild serta banyak berpandukan asas doktrin imperialisme baru Barat yang dianjurkan oleh bekas Penasihat Keselamatan Negara AS di bawah pentadbiran Pres. Jimmy Carter, Prof. Zbigniew Brzezinski.
Bilderberg dan Suruhanjaya Trilateral dianggotai kalangan pemilik sistem perbankan antarabangsa, ketua-ketua industri, hartawan media, kepimpinan kesatuan sekerja, ahli akademik dan tokoh politik. Bagaimanapun, keahlian Kumpulan Bilderberg terhad kepada negara anggota perikatan NATO seperti AS, Kanada dan negara Eropah Barat.
Keahlian broker kuasa global, Trilateral Commission, ditubuhkan pada tahun 1973, pula dianggap unik kerana turut melibatkan kalangan elit Jepun di dalam pucuk kepimpinan teratasnya. Ini boleh dianggap pengiktirafan kalangan kabal kewangan dan politik Barat-Zionis terhadap peranan negara matahari terbit itu di dalam arena ekonomi mahupun politik antarabangsa.
Dengan lain perkataan Trilateral dan Bilderberg berpegang kepada pandangan yang menyatakan bahawa kalangan rakyat, kerajaan dan ekonomi di semua negara di dunia ini perlu tunduk kepada kehendak rejim korporat dan bank antarabangsa yang kini lebih dikenali sebagai korporatokrasi (corporatocracy). Justeru konsep Trilateralisme dan perjuangan Kumpulan Bilderberg adalah satu usaha oleh sekumpulan elit global untuk mengurus pergantungan seluruh umat manusia terhadap satu rejim korporat global melalui tipu helah demokrasi yang diperkenalkan oleh Barat.
Kami bertekad mendedahkan perancangan halus tamadun Yahudi-Kristian Barat yang memperalatkan jangkauan pengaruh global Trilateral Commission, Kumpulan Bilderberg, CFR dan RIIA ini, dari masa ke semasa.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Fahammm...kami sedia menanti demi agama, bangsa dan negara.

"Sedia Berkhidmat"

Insp. Pink Panther